SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 23 Disember 2008

TAZKIRAH ZULHIJJAH

AMALAN TERBALIK 7
Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

Majlis Kesyukuran



alhamdulillah pada 18hb dis 2008 telah diadakan majlis kesyukuran sempena kepulangan abah dan mak aku dari menunaikan haji di Makkah. jemputan yang hadir adalah jemaah surau di taman aku dan jiran-jiran sekeliling. apalagi...adik aku la yang jadi chef, chef Hakim....dia pandai masak. ni antara suasana semasa bacaaan yassin dan tahlil yang telah dijalankan. semoga abah dan mak mendapat haji yang mabrur...insyaallah... aku dahpun menunaikan haji tahun 1996 semasa aku belajar di timur tengah dulu tapi memang menyimpan hajat nak pi lagi dengan isteri la pulak kan.....tengah kumpul duit la ni...doakan untuk kami. amin...

Ahad, 21 Disember 2008

HAJI RADZI DAN HAJJAH ZALIHA





selamat pulang ke tanahair setelah selama 46 hari berada di Madinah dan Makkah kerana menunaikan ibadat haji. 16dis aku dan adik aku ke senai airport untuk menyambut kepulangan orang tua ku. flight patut landing 3.50ptg tapi tertunda ke 5.35ptg. dah nak jam 6.30ptg baru nampak abah dan mak keluar di balai berlepas...alhamdulillah syukur!

Selasa, 25 November 2008

GC DG44

alhamdulillah pada 12 november lepas dapat berita baik, aku dianugerahkan Guru Cemerlang DG44(KUP) dan buat masa ini memangku selama 6 bulan dan akan dipantau oleh nazir kementerian pelajaran. rezeki anak-anak. surat kuatkuasa 25 ogos. kalau nak diikutkan tahun depan aku dah time based, dapat dg44 juga tapi kenaikan pangkat dengan GC lebih cepat ke dg yang seterusnya. cuma cabaran yang aku harus pikul lebih besar. apapun aku bersyukur padMu Ya Allah.

Selasa, 11 November 2008

HAJI 2008


tarikh 31okt hingga 2nov sepatutnya aku mewakili muar ke kejohanan majlis sukan dan kebudayaan perhidmatan pendidikan di kulaijaya akan tetapi pada 1nov adalah tarikh flight abh dan mak aku ke arab saudi untuk menunaikan haji ......aku buat keputusan untuk lupakan mskpp johor di kulaijya.....apapun family's first. jadi aku pi hantar abh mak aku ke senai airport...adik aku satu kereta, acik loy bawa oumah nya, pak lang dan maklang dari KL.tournament bowling bila-bila boleh main kan.......

Khamis, 30 Oktober 2008

Famili Abualia@Abuafif

SELAMAT HARI RAYA


rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya. tahun ni raya di rumah mertua sebab cutinya tak ngam nak balik kedua-dua tempat. keluarga ku di Perak. apapun keseronokan hari raya lebih tertumpu kepada kedua-dua anakku.....siapa lagi kalau bukan alia dan afif. lihat sahaja keletah mereka dalam gambar raya ni....

Rabu, 15 Oktober 2008

ONE DROP PERFUMES / EGYPTIAN POTION


Memperkenalkan wajah baru One Drop Perfumes Egyptian Potions.
Kini anda tidak perlu menghabiskan ratusan ringgit untuk keperluan minyak wangi anda.
Apa lagi yang anda cari daripada minyak wangi lain?
- hanya setitik badan wangi sepanjang hari
- pati minyak wangi tanpa campuran alkohol dan air
- diinspirasikan daripada jenama terkemuka dan antarabangsa
- 8 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
- lebih 50 kali penggunaan setiap botol
- hanya RM40 sekotak
Hubungi saya di 019-4251768 / 017-6209850

Isnin, 29 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 6
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Ahad, 21 September 2008

BATUK DAN SELSEMA


Wawawa...dah 4 hari anak aku sakit, diserang batuk dan selesema. mula-mula Kak Longnya pastu si Afif plak. Esok petang pi cek sekali lagi, kalau ok dah kena makan ubat yang sama Kak Longnya makan dulu, SINGULAIR untuk kuatkan paru-paru. Kak Long dulu makan 3 bulan aje dan alhamdulillah berkesan. ubat ni kena makan tiap-tiap malam, campur dengan susunya. Sesiapa yang baca blog ni...doakan la untuk anak aku ini...Amin.

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 5
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Sabtu, 13 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 4
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir

CONDOR HERO


sepanjang hidup aku, aku rasa inilah antara drama cina terbaik yang pernah aku tengok. dengan jalan cerita yang menarik, lagu yang sedap didengar membuatkan kita sentiasa tertunggu 'lepas ni apa jadi, lepas ni apa jadi'. sekarang ditayangkan di TV8 tapi aku dah beli dvd nya dah khatam semua chapter dalam 2 minggu. dapatkannya sekarang. tak rugi.

Khamis, 4 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 3
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Renungkanlah.

Ahad, 31 Ogos 2008

FZ150i IDAMANKU.....ADUHAI



Inilah motor idamanku.....harga dah 8K tapi masih lagi aku pertimbangkan...kot2 naked bike ni 'panas' macam ex5 atau rxz. tunggu jelah......FZ, tunggu aku nak sambar kau.....hahahhaha

MSKPP MUAR 2008

Tournament bowling ni berlangsung pada 30 Ogos 2008 di Muar Perfect Bowl jam 10 pagi. penyertaan amat menggalakkan dan aku bermain seperti biasa. hehehe. lutut sakit lagi sikit-sikit tapi kugagahkan jugak. pemilihan ni nakkkan 'top 5' lelaki dan perempuan. dan keputusannya aku dapat nombor 3.
Alhamdulillah. dapatlah aku mewakili Muar ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Kulai Jaya pada bulan 10. sedikit kecewa kerana kalau dapat champion, dapat la bola sebiji. Tapi takpe....syukur lah.

Rabu, 27 Ogos 2008

TAZKIRAH MENJELANG RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 2

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Renungkanlah!

Isnin, 25 Ogos 2008

TAZKIRAH MENJELANG RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 1
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Renung-renungkanlah

HOBI MASA LAPANG

inilah hobi aku masa lapang...main bowling. alhamdulillah cita-cita aku nak mewakili MSKPP Johor ke MSKPP KEBANGSAAN dah tercapai tahun 2007 lepas. main double dapat nombor 4, ngan partner Noresham. tapi keseluruhan Johor champion la. belajar main ala 'hook' baru 4 tahun je. nak belajar lagi lanjut, ilmu kurang lagi. pasni cita-cita MSKPP KEBANGSAAN tahun ni kat P.Pinang plak. doakan.

Hobi Masa Lapang

video

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG


hai...aku letakkan kat profile......afif dan alia.....buah hati pengarang jantung. afif 4 bulan, alia 3 1/2 tahun. hari ni ke rumah kawan aku, fahmi kat sg mati. sembang punya sembang....dapat tahu dari atuknya....kami ni sedara rapat........keciknya dunia..padahal fahmi ni kawan baik bowling dan tennis jer....baru 4 tahun kenal.....bertambah sedara.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Hari ini hari pertama aku mula berjinak dengan blog....tak pernah pun buat sebelum ni. tapi aku akan murnikan lagi....hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...