SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Rabu, 29 Jun 2011

Ceramah Sempena Isra' Wal Mi'raj

pada Selasa 28 Jun yang lepas, pihak taman aku iaitu Taman Seri Bakri 3 telah mengadakan sambutan Isra' Wal Mi'raj bagi tahun ini dan telahpun menjemput Ustaz Mohd Fauzi Al-Kedahi dari MRSM Muar untuk menyampaikan ceramah. Pada masa sekarang penceramah lebih gemar menggunakan peralatan yang moden dan begitu juga dengan beliau di mana menggunakan Laptop dan LCD sebagai bahan bantu ceramah beliau. dan ternyata ianya membantu bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan tepat.

Isnin, 20 Jun 2011

Kepentingan Mengingati Mati

Hadith :

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".

 
Abu Sa'id r.a


 

Sabtu, 11 Jun 2011

TRIP KE LANGKAWI CUTI SEKOLAH TAHUN NI

dah lama tak kemaskini, tak sempat, sibuk tanda kertas dan kali ni kami bercuti di langkawi selama 4 hari 3 malam....pagi 31may jam4 pagi, kami dah bertolak ke Bayan Lepas, rumah kawan, lepak kat umah dia dan pada jam 11pagi kami ke lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang....terima kasih kepada Kak Sal sekeluarga yang melayan dan menghantar kami ke airport.
naik flight dari Penang ke Langkawi yang mengambil masa selama setengah jam sahaja. kami menaiki MAS. pertama anak-anakku menaiki flight, seronok bukan kepalang....nasib baik tak takut....
sampai di airport Langkawi, Lamin dah tunggu terus bawa pi De Baron Resort..petangnya kami rehat, malam baru jalan-jalan di 'Uptown' Pekan Kuah...ok la, banyak gak barang yang dijual, survey dulu, sok jalan lagi...
hari kedua kami memulakan perjalanan ke Makan Mahsuri, besar gak tempatnya, kena bayar tiket RM5 untuk dewasa, pusing-pusing la dalam tu, ada makam mahsuri, rumah pandak maya, studio tayangan, kumpulan cak lempung, bergambar dan sebagainya....
ini plak di Beras Terbakar...dikatakan datuk Karma Wijaya penghulu masa itu membakar beras supaya kerajaan Siam yang menyerang tidak berjaya mendapatkannya....masa ini ank-anak aku dah mula keletihan...pas ni beli barang sikit...pas tu balik hotel lepak jap...makan tengahari dulu....hehehe..lapor tu
pas makan, tanya anak-anak, larat tak nak jalan, ok katanya...akhirnya terus kami pi Underwater World kat area Pantai Chenang...dewasa rm28 X 2, kanak-kanak rm18 X 2 ...jumlah RM92.....banyak spesis ikan dan perjalanan dalam memakan masa hampir 45 minit la......seronok tengok ikan besar kecik dan pelik dengan akuariumnya yang sedemikian rupa...hebat...
dataran Lang.....dok tengok kat tv selama ni.....sampai jam 6.45petang balik hotel......
hari ketiga, Langkawi Cable Car, punya la ramai orang....dewasa rm30, kanak-kanak rm20.....sayup je tengok kat atas.....niat di hati nak naik tapi......atas sebab tertentu, hasrat dibatalkan....hehehe....
sebelum balik hotel nak check out, sempat la pagi hari keempat pi jalan di Jetty Kuah....sempat gak ibu beli barang, aku pun....flight balik Langkawi - Penang jam 2.00 petang....Bye Bye Langkawi...
Kenangan 4hari dan 3malam di De Baron Resort...sesiapa yang nak pi Langkawi dan nak stay kat Pekan Kuah, aku boleh cadangkan hotel ni, parkir mudah, bilik besar, harga berpatutan, tv astro, ada peti ais dsbnya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...