SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Rabu, 28 April 2010

Selamat Hari Lahir Ke-2 Afif Danial


hari ni hari lahir anak kedua aku Afif Danial. kebetulan plak hari ni rabu , sekolah ada ko kurikulum sampai jam 4.30 petang. kalau ikutkan letih tetapi demi anak ku gagahkan jua..lepas solat asar, kami semua keluar, ambik telefon TM dan pi beli KFC dan kek...balik makan kat rumah je..

Selasa, 27 April 2010

Bahaya Aids...


Dalam surah Al -Baqarah ayat 207 yang maksudnya: "Wahai orang yang beriman ! Masuklah kedalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Penyakit Aids berpunca dari VIRUS yang menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia (darah putih) sekiranya sistem pertahanan badan dilemahkan dengan virus aids menjadikan orang tersebut akan hilang daya tahan. Seterusnya terdedah kepada berbagai penyakit, lama kelamaan pengidapnya akan menghadapai keadaan yang amat buruk dan boleh membawa kepada kematian.

Aids merebak melalui saluran yang diharamkan oleh Islan,iaitu melalui hubungan jenis lelaki sama lelaki (HOMOSEKS) zina,pelacuran,berkongsi jarum suntikan oleh penagih dadah. Lebih mudah merebaknya aids ialah didalam masyarakat yang sedang menghadapi keruntuhan akhlak,dan masyarakat yang membelakangkan akidah dan syariat Allah swt.

Ahad, 25 April 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG 2010


Pada 24 April lalu telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Kali ke 23 tahun 2010 di sekolahku. Telah diadakan acara penyampaian hadiah dan anugerah kepada para pelajar PMR , SPM dan STPM yang telah mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan awam tersebut bagi tahun 2009. Juga diadakan mesyuarat agung PIBG dan juga Hari Terbuka kali pertama bagi tahun 2010 ini.

Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan dan perjalanan majlis begitu lancar sekali dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Sharudin iaitu ADUN JORAK.


Inilah wajah-wajah ceria para penerima anugerah dan merekalah bakal-bakal pemimpin di masa depan. Teruskan usaha anda demi agama,keluarga,bangsa dan negara tanahair Malaysia tercinta

Sabtu, 24 April 2010

Rumah Jiran Terbakar


Pada jam 1 pagi 22 april, aku dikejutkan dengan bunyi hanfon aku, tertera nama kawan, terfikir kenapa plak jam 1 pagi tepon aku..dah takda hari siang ke. bila ku angkat dia kata...cikgu bawa keluarga keluar rumah, umah jiran terbakar. aku pun dengan tenangnya memberitahu isteriku untuk gerak alia dan afif, terus keluar. sempat aku amik hanfon, beg duit, buku bank dan sijil2..letakkan dalam kereta, bawak kereta keluar. aku lihat umat jiran aku, cikgu jugak sedang terbakar. kiranya selang sebuah rumah dengan rumah aku.bomba baru sampai.aku hantar keluarga aku pi lepak umah pengasuh. alia dah mula ketakutan. segalanya berakhir jam 3 pagi. agak lama nak dipadamkan kerana kebetulan siang hari tadi memang tiada bekalan air, kerja2 maintenance SAJ.
jam 3 semua masuk tidor, jam 6.30 plak jiran tekan loceng pintu umah aku,beritahu aku...api ada lagi..terus tepon bomba.dalam 10minit dia sampai dan katanya terbakar lagi ni di kawasan tangki air...getah tu...jam 8 setel semua...habis semua barang2 nya tak dapat diselamatkan...tuan rumah sempat menyelamatkan dirinya dan kereta honda beliau.syukur semua selamat...buat akak...sabar lah ya...

Rabu, 21 April 2010

Perlukah pendidikan seks di sekolah?


Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai satu subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia terdapat dalam ajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir.

Subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai menjelaskannya melalui cara yang baik supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Perkara-perkara yang mengajar tentang disiplin dan mengawal nafsu boleh dimasukkan dalam mata pelajaran Agama Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

Akibat tidak mengawal nafsu, bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu.

Sabtu, 17 April 2010

Kalau Mencari Teman...



Islam merupakan agama yg lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dr segi ilmu
pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yg kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran seperti firman Allah s.w.t. dalam surah Kahfi ayat 29 yg bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya utk mengingat-ingat
(berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yg terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yg soleh yg paling ingat-mengingati ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yg bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dr kamu semua itu meniliti orang yg dikasihi."

Dalam mencari teman dalam erti kata yang sebenar, perlulah penelitian dibuat agar tidak terjebak dengan unsur-unsur negatif yang akan merugikan kita. Tepuk dada tanya iman..

Khamis, 15 April 2010

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan Hiv Kepada Bakal Pengantin



Tarikh Keputusan : 23 Jun, 2009
Tarikh Mula Muzakarah : 23 Jun, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah : 25 Jun, 2009
Oleh : Muzakarah Kali Ke-87

Keputusan

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.


Muzakarah juga bersetuju mencadangkan supaya usaha bersungguh-sungguh dilakukan kearah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

sumber : E-Fatwa

Ulasan..

Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya adalah detik permulaan bagi pasangan suami isteri bagi melayari alam rumahtangga. Bagi diri aku sendiri yang telahpun melangsungkan pernikahanku dengan pasangan pilihanku pada 22 Disember 2002, ianya adalah detik manis dalam hidupku.

Kembali kepada ujian saringan HIV, aku yang sememangnya bekerja di Johor, tertakluk dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Perasaan bercampur baur apabila melangkah kaki ke klinik untuk ujian. Bukan apa, takut kan jarum aje. Bagi aku, keputusan tentunya kita dah tahu sebab kita tahu siapa diri kita sendiri. Mungkin akan terjadi sebaliknya kalau ianya berlaku akibat pemindahan darah atau sebagainya.

Alhamdulillah semuanya negatif..bagi sang teruna dan dara, jangan takut. Ujian ini hanya saringan dan lakukanlah dengan hati yang redha dan terbuka demi masa depan anda. Insyaallah Allah bersama dengan orang yang benar...Amin..

Isnin, 12 April 2010

Ablutions (Wudu')


Narrated Abu Aiyub Al-Ansari:

Allah's Apostle said, "If anyone of you goes to an open space for answering the call of nature he should neither face nor turn his back towards the Qibla; he should either face the east or the west."

Kadang-kadang manusia itu akan lupa apabila dah terdesak. jadi ingatlah semua apabila menyahut seruan 'hajat' walau di mana anda berada...

Sabtu, 10 April 2010

Kejohanan Bowling Hari Polis 2010

Pada 10 April 2010 Sabtu Jam 10 pagi di Muar Perfect Bowl telah diadakan kejohanan Tenpin Bowling Sempena Hari Polis. Ianya dianjurkan oleh Maktab Teknik PDRM Bakri. Kejohanan ini dijalankan antara jabatan-jabatan kerajaan daerah Muar dan antara yang mengambil bahagian ialah maktab teknik PDRM, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pengangkutan jalan, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Agama Islam dan banyak lagi. hasilnya 20 pasukan dibentuk yang terdiri daripada 3 orang bagi satu pasukan. Pejabat Pelajaran daerah menghantar 2 pasukan.


Ini adalah pasukan Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Azrun selaku ketua pasukan, aku dan Reza....Pasukan ini dapat tempat keenam dari 20 pasukan yang bertanding dengan purata jatuhan pin 170.0. Azrun seorang yang dapat melangkah ke acara masters.


Ini pula pasukan kedua Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Che Mad selaku ketua pasukan, Ghafar dan Shahrizan.


Ini antara aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang kejohanan..dan berita baiknya ialah.....


Azrun telah muncul sebagai Juara Masters dengan jatuhan pin 255 mengalahkan 14 peserta masters yang lain...terima kasih kat Azrun kerana selepas itu dia belanja kitaorang makan tengahari kat restoran depan taman rumah aku.Tahniah..

Khamis, 8 April 2010

Tennis MSSD Muar 2010


pada 6 dan 7 april yang lepas telah berlangsung kejohanan Tennis Majlis Sukan Sekolah Daerah Muar 2010 di komplek tennis remaja tanjung. sekolah aku menghantar 3 wakil iaitu Asyraf dan Akmal untuk L18 manakala Syafiq untuk L15. dan keputusannya Syafiq dalam penampilan sulungnya yang masih di tingkatan satu telah muncul naib Johan L15. abangnya pula Asyraf mendapat tempat ketiga dan Akmal mendapat naib Johan L18. Tahniah buat semua..aku pi sebagai pengadil pun ya, guru pengiring pun ya, jurulatih pun ya....hehehehe....thanx to Pak Ali yang banyak melatih mereka...


Syafiq menerima hadiah dan sijil untuk naib johan L15..Tahniah..Jangan malu-malu..


Asyraf menerima hadiah dan sijil untuk tempat ketiga L18..Tahniah..Cuba lagi..


Akmal menerima sijl dan hadiah untuk naib johan L18..Tahniah...tahun depan milik anda..

Selasa, 6 April 2010

Bawang Putih dan Bau Mulut


Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

(HR Muslim)

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Ahad, 4 April 2010

Selamat Pengantin Baru HOR TPCC Johor


Selamat pengantin baru buat Hisham yang telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada 3 April lepas di Pt Yusof. Akad nikah telah berlangsung pada waktu pagi dan satu konvoi kelab persona dari Muar telah mengiringi pengantin lelaki dari Muar ke rumah pengantin perempuan di Pt Yusof.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kepada Hisham semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby, boleh kawan dengan Alia dan Afif.....tahniah!


Gambar kenangan ahli kelab kereta persona dari Muar dengan pengantin 'raja sehari'..


Ini pula gambar semasa kenduri kahwin di rumah pengantin lelaki pada 4 april...macam Hang TPCC....

Jumaat, 2 April 2010

Mesyuarat Kajian Tindakan GPI JPNJ 2010


satu mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan Guru Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diadakan pada 1 April 2010 bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Pelajaran daerah Kluang. Ianya telah dipengerusikan oleh En Lukmanulhakim dari Sektor Pendidikan Islam JPNJ. Dalam mseyuarat tersebut telah melantik semua guru cemerlang (GC) adalah AJK kepada pertandingan kajian tindakan GPI bagi negeri Johor. Telah dibahagikan kepada 3 Zon. GC hendaklah berbincang dengan PPD masing-masing tentang pemilihan kajian tindakan yang terbaik yang akan dipertandingkan di peringkat negeri pada September 2010.


Ustazah-ustazah sedang khusyuk mendengar amanat yang sedang diberikan oleh Ustaz Lukman.

Sempat gak aku ambil gambar dan sahabat-sahabat tengah dengar ceramah. Selamat Berkajian Tindakan.

Khamis, 1 April 2010

Simptom-simptom Terkena Sihir


1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Sumber:http://rawatsihir.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...