SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Ahad, 31 Ogos 2008

FZ150i IDAMANKU.....ADUHAI



Inilah motor idamanku.....harga dah 8K tapi masih lagi aku pertimbangkan...kot2 naked bike ni 'panas' macam ex5 atau rxz. tunggu jelah......FZ, tunggu aku nak sambar kau.....hahahhaha

MSKPP MUAR 2008

Tournament bowling ni berlangsung pada 30 Ogos 2008 di Muar Perfect Bowl jam 10 pagi. penyertaan amat menggalakkan dan aku bermain seperti biasa. hehehe. lutut sakit lagi sikit-sikit tapi kugagahkan jugak. pemilihan ni nakkkan 'top 5' lelaki dan perempuan. dan keputusannya aku dapat nombor 3.
Alhamdulillah. dapatlah aku mewakili Muar ke peringkat negeri yang akan berlangsung di Kulai Jaya pada bulan 10. sedikit kecewa kerana kalau dapat champion, dapat la bola sebiji. Tapi takpe....syukur lah.

Rabu, 27 Ogos 2008

TAZKIRAH MENJELANG RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 2

Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Renungkanlah!

Isnin, 25 Ogos 2008

TAZKIRAH MENJELANG RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 1
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau2 mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Renung-renungkanlah

HOBI MASA LAPANG

inilah hobi aku masa lapang...main bowling. alhamdulillah cita-cita aku nak mewakili MSKPP Johor ke MSKPP KEBANGSAAN dah tercapai tahun 2007 lepas. main double dapat nombor 4, ngan partner Noresham. tapi keseluruhan Johor champion la. belajar main ala 'hook' baru 4 tahun je. nak belajar lagi lanjut, ilmu kurang lagi. pasni cita-cita MSKPP KEBANGSAAN tahun ni kat P.Pinang plak. doakan.

Hobi Masa Lapang

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG


hai...aku letakkan kat profile......afif dan alia.....buah hati pengarang jantung. afif 4 bulan, alia 3 1/2 tahun. hari ni ke rumah kawan aku, fahmi kat sg mati. sembang punya sembang....dapat tahu dari atuknya....kami ni sedara rapat........keciknya dunia..padahal fahmi ni kawan baik bowling dan tennis jer....baru 4 tahun kenal.....bertambah sedara.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Hari ini hari pertama aku mula berjinak dengan blog....tak pernah pun buat sebelum ni. tapi aku akan murnikan lagi....hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...