SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2014

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



pada 25 Januari lepas telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku....seperti biasa ada perarakan dari pelajar bermula di dataran wawasan menuju ke dewan baru sekolah kami iaitu Dewan Seri Permata..
Ceramah pada tahun ni ada sedikit kelainan apabila Panatia Pendidikan Islam menjemput penceramah dari luar Muar, bahkan luar Johor iaitu Kapten Mohd Asri bin Abd Khalek...Pegawai Kor Agama Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan (MINDEF)..
Ustaz Asri ni sebenarnya kawan sekolah aku masa di Maktab Mahmud Alor Setar pada tahun 1992...dan kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Mutah Universiti di Jordan selama 4 tahun....Ceramah kali ni bertajuk Syria Bumi Berdarah. Dan intipatinya lebih kepada keadaan terkini dan semasa di Syria dan juga tentang Syiah. Perjalanan ceramah selama hampir 3 jam bagaikan tidak terasa dengan keadaan pelajar yang sangat terkawal, senyap, sekali sekala kedengaran tangisan para pelajar dan guru apabila melihat video tentang kejadian di Syria yang sangat menyayat hati...
Semoga dengan kehadiran dan ceramah yang disampaikan akan meninggalkan kesan yang sangat positif dan mendalam di jiwa semua warga sekolah dan juga mengingatkan kita yang betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia yang aman ini. dan kita jangan lupa nasib saudara-saudara seIslam kita di dunia ni....

Khamis, 25 Julai 2013

Peperiksaan Percubaan PMR sekolahku

pada hari ini diadakan taklimat peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 26 Julai hari Jumaat. Taklimat dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, GPK1, Setiausaha Peperiksaan, Guru Kaunselor dan diakhiri dengan lafaz ikrar akujanji dari setiap pelajar calom PMR 2013
Semoga kalian semua berjaya...Aaamin...

Rabu, 10 April 2013

Seminar Bijak Sifir Cikgu At



cuti sekolah kali ini lebih bermakna apabila anak sulungku Alia Farhana berpeluang mengikuti satu Seminar Bijak Sifir yang dikendalikan oleh seorang guru Matematik dari Kedah iaitu Cikgu Azhar bin Pa atau lebih dikenali dengan nama Cikgu At.
Untuk seminar di Ipoh ianya dijalankan di Hotel Seri Malaysia  Ipoh bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengahari. Antara yang menarik ialah dalam seminar ini Cikgu At telah mendedahkan kaedah yang mudah bagi mengingati sifir yang besar, kaedah sifir guna jari, kaedah sifir guna garisan, skala gred sifir 9X9 dan berbagai lagi.

Bagi Alia yang baru darjah dua, ianya satu pengalaman yang amat bagus dan kesannya aku lihat dia mudah menyebut sifir dan mendapatkan jawapannya menggunakan kaedah yang diberikan. aku bercadang nak menganjurkan seminar Cikgu At ini pula di sekolah rendah kawasan Muar pulak.

Ahad, 27 Januari 2013

Kesulitan sistem PBS diatasi

Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.
Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

Rabu, 26 Disember 2012

Seronok Jika Diajar Betul

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diketahui minggu lalu. Daripada 481,424 pelajar yang mengambil peperiksaan itu, seramai 30,474 memperolehi keputusan paling cemerlang.
Selepas PMR, mereka akan memasuki tingkatan empat tetapi ramai yang mencongak untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Lazimnya, pelajar cemerlang tentu mempunyai keinginan memasuki aliran sains kerana jaminan memasuki institusi pengajian tinggi selain tawaran pekerjaan lebih cerah.

Bagaimanapun, penurunan pencapaian subjek Sains dan Matematik dalam setiap peperiksaan utama setiap tahun kini menimbulkan pertanyaan.

Adakah penurunan itu bagaikan isyarat senyap bahawa dua subjek berprestij itu semakin kurang diminati hingga pelajar ‘meluahkan’ dalam peperiksaan atau kerana ketidakfahaman menjawab hingga gagal mencapai keputusan yang baik?

Selasa, 25 September 2012

Kecemerlangan Berterusan Buat MGC Muar..Tahniah!

sekalung tahniah kepada Majlis Guru Cemerlang Muar kerana telah mendapat 2 anugerah utama di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Daerah Muar dan Ledang 2012 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 24 September yang lalu. Sebanyak 8 agensi telah mengambil bahagian iaitu PPD Muar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koko, GPK Tingkatan 6, MASMA, Pendidikan Khas dan juga MGC Muar.MGC Muar telah meraih ANUGERAH EMAS 3 BINTANG manakala Pn Hjh Noor Rashidah Kasbi mendapat ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK.
Jangan cari la gambar aku sebab aku yang tukang ambil gambarnya....hehehehe,,,,apapun tahniah dan kekalkan dengan motto guru cemerlang kita iaitu "KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

Rabu, 19 September 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web / Blog

pada hari ini 19 September bertempat di Dewan Maahad Muar telah berlangsungnya pertandingan mencipta laman web / blog untuk pembimbing rakan sebaya Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi sekolah menengah daerah Muar dan Ledang. Sebanyak 23 buah sekolah telah mengambil bahagian. dan aku pula telah dijemput untuk menjadi salah seorang hakim bagi mengadili pertandingan tersebut. Setiap sekolah yang mengambil bahagian diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan blog masing-masing dan 1 minit untuk soal jawab bersama para hakim. dan hasilnya PRS SMK (P) Sultan Abu Bakar telah muncul sebagai Johan Blog Terbaik.
Tempat kedua pula telah dimenangi oleh PRS SMK Bukit Gambir.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh PRS SMK Pei Hwa.
Tahniah kepada pemenang. SMK (P) Sultan Abu Bakar akan mewakili Daerah Muar dan Ledang ke pertandingan laman web / blog peringkat negeri Johor yang dijadualkan pada awal bulan November. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa, teruskan dengan memurnikan lagi laman web dan blog PRS masing-masing. Mungkin tahun depan boleh mencabar pemenang ini...Belajar sesuatu daripada kekalahan...

Khamis, 5 Julai 2012

Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang

pada 4 Julai yang lepas telah diadakan Hari keusahawanan dan Hari Temu Bincang. pada paginya ada sesi jualan pasaria oleh kelab dan persatuan dengan bantuan guru-guru penasihat. macam-macam yang dijual daripada makanan, kain baju dan pokok bunga...juga ada promosi Proton Preve yang dijemput khas dari Eon Bakri, Muar.
 Pada jam 9.30 pula bermula perjumpaan ibubapa dengan guru-guru di tempat-tempat yang telah dikhaskan. semuanya berakhir pada jam 12.30 tengahari.terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam program sehari ini.
Ini adalah sebahagian daripada gerai yang mengambil bahagian dalam Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang....

Khamis, 28 Jun 2012

Bengkel Transformasi Penerbitan Buku Teks

satu bengkel transformasi penerbitan buku teks telah diadakan pada 24-27 Jun yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks KPM.

Seluruh peserta yang terdiri daripada berbagai latar belakang pendidikan seperti dari IPTA, IPG, dan sekolah telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut di antaranya pensyarah-pensyarah, guru-guru cemerlang dan guru-guru pakar serta jurulatih utama bagi steiap negeri.
Di antara objektif program tersebut ialah :-
1- peserta dapat berkongsi maklumat berkaitan transformasi secara menyeluruh
2- BBT mendapat maklum balas daripada peserta berkaita kandungan buku teks sedia ada dan buku teks KSSM
3- BBT dapat mengumpulkan cadangan penambahbaikan aspek kandungan buku teks untuk persediaan buku teks KSSM.
Untuk aku guru cemerlang Pendidikan Islam, terdapat 10 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang dipanggil ke bengkel tersebut. Ianya diadakaan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Aku pergi dengan adik iparku yang ada mesyuarat Bank Rakyatnya di Hotel Ancasa.

Jadual Program adalah :
 25 Jun 2012 Isnin

Ceramah 1 - Transformasi Kurikulum Terhadap  Buku Teks Sekolah Menengah (BPK)
Ceramah 2 - Buku Teks sebagai Bahan Rujukan dalam PBS (LPM)
Bengkel 1 untuk Ceramah 1
Bengkel 2 untuk Ceramah 2

26 Jun 2012 Selasa
Ceramah 3 - Inovasi dan Kreativiti dalam Buku Teks (UM)
Ceramah 4 - Transformasi Buku Teks (UM)
 Bengkel 3 untuk ceramah 3
Bengkel 4 untuk ceramah 4

27 Jun 2012
 Majlis rumusan dan penutupan rasmi oleh Pengarah Bahagaian Buku Teks En Jami Alif . Dan pada jam 3 petang aku bertolak pulang ke Muar dan sampai di rumah dengan selamatnya...alhamdulillah...


Selasa, 12 Jun 2012

IMTIYAZ PMR VERSI 1


pada hari Jumaat 18 Mei yang lepas telah diadakan satu program yang dinamakan Imtiyaz PMR versi pertama untuk pelajar tingkatan tiga. bermula waktu pagi dengan teknik menjawab Pendidikan Islam selama 2 jam, dan pada slot kedua pula para pelajar diberikan modul latihan dan contoh soalan. semuanya berakhir pada jam 12 tengahari. alhamdulillah berjalan dengan lancar.
kali ini penceramah jemputan ialah....tidak lain tidak bukan, hehehehehe..aku la....Pengetua kata kita kena guna kekuatan dalaman, jadi aku adalah GC Pendidikan Islam, maka aku gunakanlah apa yang aku ada untuk diberikan kepada para pelajar.

Ahad, 13 Mei 2012

Kursus Guru Cemerlang 2012

pada 10 Mei yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi Mara Mukim Serom 4&5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah berganding tenaga dengan menganjurkan satu kursus khas untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertaan dari guru cemerlang yang terlibat. Bermula dengan pendaftaran pada jam 7.30 pagi dan terus dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj Hassni iaitu Pengerusi MGC Muar dan Ledang.
Slot pertama bermula pada jam 10.30 dengan ceramah 'Guru Penyayang' yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Issmail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Penyampaian yang sungguh berkesan dan meyakinkan sesuai dengan kredibiliti beliau sebagai pengetua cemerlang membuatkan warga GC tak kering gusi dan tak berganjak dari tempat duduk.
Slot kedua pula bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau semasa memantau guru-guru, perkara-perkara penting sebelum, semasa dan sesudah mengajar dan tidak lupa juga beliau menceritakan tentang iklan guru cemerlang yang akan tutup pada 25 Mei.
Tengahari berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur.
Slot petang disambung dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang yang telahpun bersara dari dunia pendidikan iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia sekitar persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhirnya ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Sektor Pengurusan Akademik.
Selepas ucapan disampaikan cenderamata kepada guru yang bersara dan tak lupa juga kepada Tn Hj Lokman. Majlis berakhir pada jam 4,45 petang, MGC Muar dan Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GC yang terlibat sebagai AJK samada secara langsung ataupun tidak begitu juga kepada semua GC yang hadir bagi memenuhi amanat dan tanggungjawab kita sebagai ahli dalam MGC Muar dan Ledang. Kecemerlangan Berterusan Insyaallah....

Jumaat, 27 April 2012

Program Imtiyaz 1 Pendidikan Islam SPM 2012


satu program kecemerlangan yang dinamakan Imtiyaz Pendidikan Islam SPM 2012 telah diadakan di sekolahku pada hari ni Jumaat 27 April di dewan blok F. seramai 120 pelajar Islam SPM yang terlibat. jam 8-10 pagi slot 1 untuk pendedahan teknik dan tips kertas satu dan kertas dua. manakala jam 10.30 - 12.00 pula slot 2 untuk modul latihan dan jawapan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. diharapkan program ini dapat membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang dijadualkan pada minggu hadapan..

Jumaat, 23 September 2011

Kursus Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Muar / Ledang 2011

Tarikh : 22 September 2011 Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit Pasir
Masa : 8 pagi - 4 petang
Slot Pertama : Pengurusan Rekod dan Fail Panatia
Penceramah : Tn Hj Hanafiah bin Hj Alwee (PPD Muar)
Slot Kedua : Pengurusan Plan J
Penceramah : Tn Hj Shahabuddin bin Jazuli (PPD Muar)
Slot Ketiga : JSU dan Bina Item
Penceramah : Ustazah Zurina (Sekolah Tinggi Muar)
Sebahagian daripada peserta yang hadir....
Tidak ketinggalan peserta lelaki....terima kasih atas kehadiran tuan dan puan..


Khamis, 15 September 2011

Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam

satu Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan untuk Pengetua, Guru Besar dan guru-guru daerah Muar, Pontian, Batu Pahat dan Segamat pada:
tarikh : 15 September 2011
hari : Khamis
tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar
jam : 8 pagi - 2 petang
Program dimulakan dengan slot pertama bertajuk "Transformasi Pendidikan" yang disampaikan oleh Profesor Dato' Doktor Sidek Baba, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Slot Kedua pula bertajuk " Halatuju Kerja Pendidikan" disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Akhirnya penutupan rasmi disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...