SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 2 Januari 2010

10% markah Kokurikulum masuk IPTA



Pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berasaskan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, 10 peratus markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti tersebut.

''Markah kokurikulum yang diperoleh akan dipadankan dengan markah akademik yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia; Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran serta Lembaga Peperiksaan untuk tujuan pemilihan pelajar ke IPTA.

''Dasar perkongsian data Kementerian Pengajian Tinggi dengan agensi peperiksaan dan Kementerian Pelajaran meningkatkan integriti dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Radin Umar berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan selepas pihaknya menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang masih tidak pasti dengan kaedah pengiraan markah untuk masuk ke IPTA.

''Kementerian telah mengedarkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah mulai minggu pertama November bagi menerangkan prosedur permohonan dan pemilihan ke IPTA.

''Pemohon digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan yang jelas serta tepat daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh melayari laman web upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

''Orang ramai juga boleh mengunjungi Karnival Pengajian Tinggi di 10 zon terpilih dari 9 Januari hingga 29 Mac 2010 untuk mendapatkan nasihat mengenai IPTA, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi lain," katanya.

2 ulasan:

anak muallaf berkata...

Apa kebaikannya kepada pelajar cikgu.Ada murid yang sememangnya lemah dalam kokurikulum tetapi cemerlang dalam akedemik..macam mana tu ya..
Anyway cikgu selamat kembali kesekolah.Mendidik anak bangsa.Selamat tahun baru juga buat semua guru-guru di Malaysia/

abuafif berkata...

sebenarnya tiada istilah lemah dalam kokurikulum.kokurikulum adalah pelajar berpersatuan, menyertai unit uniform dan kalau bagus akan mewakili sekolah, daerah dan negeri. jadi yang penting pelajar jangan menyepikan diri, ikut serta dalam persatuan dan sebagainya. bila berpersatuan dan menyertai kokurikulum, kebaikannya akan nampak dari segi ketokohan dalam kepimpinan, pergaulan dengan sesama pelajar dari berlainan tingkatan, menyelesaikan masalah dan sebagainya. jadi pelajar bukan sahaja bijak dari segi akademik bahkan bijak dalam mentadbir persatuannya sendiri sebelum mereka berada dalam dunia luar yang sebenar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...