SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 29 Januari 2011

Program Budaya Quran

setiap pagi Jumaat sebelum memulakan persekolahan akan diadakan program Budaya Quran dan pada pagi ini Ustaz Asri mengetuainya dengan bacaan Yaasin dan Tahlil Ringkas. Semua pelajar Islam dan guru yang beragama Islam terlibat dengan program ini dan semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih semua.

Sabtu, 22 Januari 2011

Merentas Desa SMK Bukit Pasir 2011

pada 22 januari 2011 sabtu telah berlangsungnya kejohanan merentas desa peringkat sekolah.
jam 7.15-8.00 pagi semua pelajar berkumpul di tempat yang ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing untuk pembahagian nombor dada. jam 8.00-8.30 para pelari mendengar taklimat dan acara pemanas badan di dataran wawasan.

jam 8.30 pagi dilepaskan para pelari mengikut kategori L13/P13/L15/P15/L18/P18. peserta L15 dan L18 akan melalui track yang lebih jauh berbanding yang lain. aku pula ditugaskan menjaga checkpoint 3 berhampiran padang bola jalan menuju ke Kg Jorak..
segalanya tamat jam 10 pagi dan terus diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. tamat jam 12 tengahari, para pelajar bersurai dan pulang.

Selasa, 18 Januari 2011

1 MURID 1 SUKAN


PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
1.0 PENGENALAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Ahad, 9 Januari 2011

Suasana Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011

hari pertama persekolahan di sekolahku bermula dengan perhimpunan rasmi pagi Isnin. Ada pemantau dari JPNJ yang datang memantau sekolah pada hari tersebut iaitu Tn Hj Mohd Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.


 Pelajar datang ke sekolah dengan cerianya selepas hampir satu setengah bulan bercuti pada hujung tahun lepas. Aku berharap tahun ni semua warga smkbp lebih sukses dan untuk diriku, buat yang terbaik demi mencapai apa yang disasarkan pada tahun ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...