SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 25 November 2010

SOLAT TAHAJUD TINGGIKAN DARJAT INSAN


            Umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat selain daripada tuntutan menunaikan ibadah wajib. Antara ibadah sunat itu ialah sembahyang malam atau dikenali solat tahajud. Ibadat solat tahajud adalah amalan yang sangat baik disisi Allah.
            Sesungguhnya, solat tahajud bertujuan meninggikan darjat kehambaan mukmin dan menolong mereka mencapai makam (kedudukan) tertinggi disisi Allah serta manusia. Justeru, umat islam digalak mengerjakan ibadah berkenaan pada waktu dua pertiga malam selepas bangun dari tidur. Ada banyak hadis yang menganjurkan umat Islam sentiasa mengerjakan solat tahajud. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : “ Bahawa Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada waktu tengah malam dan mengejutkan isterinya bagi menunaikan solat malam. Jika isterinya tidak sedar, direnjiskan dengan sedikit air. Begitu juga Allah memberi rahmat kepada isteri yang bangun pada dinihari dan mengejutkan suaminya bagi menunaikan solat tahajud.”              
            Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang difardukan kepada umatku, iaitu solat witir, bersugi, dan sembahyang tahajud. Saidina Umar al- Khattab meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang mengerjakan solat tahajud dan memperelokkannya nescaya Allah memberi lapan kemuliaan. Empat diperoleh di dunia dan empat lagi di akhirat.”

4 kemuliaan di dunia ialah  :
1.      Allah memelihara daripada kemusnahan jiwa dan harta benda,
2.      Meninggalkan kesan ketaatan pada wajahnya,
3.      Dikasihi orang mukmin dan sekalian manusia serta
4.      Lidahnya sentiasa bercakap benar lagi berhikmat.

4 lagi kemuliaan di akhirat ialah :
       1.  Dihimpunkan kepadanya di padang mahsyar dengan wajah berseri-seri,
       2.  Dimudahkan pengiraan hisab,
       3.  Melintasi titian sirat sepantas kilat dan
       4.  Di beri kitab amalan pada tangan kanan.

Isnin, 22 November 2010

Hari Q Peringkat Sekolah 2010

pada Jumaat yang lepas 19 November yang lepas, telah berlangsung Hari Q peringkat sekolah untuk kurikulum. Pada hari tersebut pelajar yang  mendapat kecemerlangan dalam kurikulum diberikan anugerah dan penghargaan dari pihak sekolah. tidak ketinggalan juga guru-guru yang terlibat meningkatkan prestasi pelajar. dan aku alhamdulillah aku mendapat 2 anugerah dari sekolah iaitu anugerah peningkatan prestasi PMR 2009 Pendidikan Islam dan anugerah peningkatan prestasi SPM 2009 Tasawwur Islam. Terima kasih SMKBP..
Dan pada hari Sabtu pula telah diadakan mesyuarat guru akhir tahun 2010 di mana Pengetua, GPK memberikan pesanan kepada semua guru sebelum bercuti dan mengingatkan guru tentang kerja-kerja yang belum selesai dan tarikh mesyuarat pertama bagi tahn 2011 yang akan diadakan pada 29 Disember. Kehadiran adalah wajib..Selamat Bercuti....dan Selamat menempuh peperiksaan SPM bagi semua calon SPM SMK Bukit Pasir dan semua calon dari seluruh negara....

Ahad, 14 November 2010

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.
Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

Isnin, 8 November 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Negeri Johor 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani (Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam...aku la (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Dan aku membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun aku bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama bagi dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.

Jumaat, 5 November 2010

Cuti Hari Deepavalli

Sempena Deepavali, sekolahku bercuti selama 5 hari bermula 3hb November sehingga 7hb November. Kami sekeluarga tak balik kampung. Jadi kami bawa anak-anak ke Melaka, mana tujuan kami ya..dalam kereta baru rancang, akhirnya sepakat pi Tesco Melaka. Kebetulan aku nak beli ubat sengkuang tu. Sampai jam 12.30, mula kami ronda-ronda dalam Tesco tu. Beli la sikit barang. Solat Zuhur. makan kat food court. Dan tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Alia dan Afif nak main kat pusat permainan.
Aku lepaskan mereka bermain di situ hampir 30minit..punya la suka mereka terutama Afif yang buat pertama kali dilepaskan main di situ..mula-mula Afif malu-malu. dah tu taknak  keluar plak. Kami sampai umah di Muar jam 6 petang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...