SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 26 Mac 2011

Fikrah Ilmu Guru Pendidikan Islam 2011

pada hari ini 21Rabiul Akhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011M telah berlangsungnya satu majlis Fikrah Ilmu Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf dan Mesyuarat Agung Pekdis Cawangan Johor. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ali bin Dahalan, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diadakan di Tingkat 6, Dewan Auditorium, Wisma Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Hampir 250 orang GPI yang hadir dalam program ini yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari.Aku pergi ke sana bersama dengan rakan-rakan dari Muar iaitu Ustaz Zakaria, Ustaz Aswandi dan Ustaz Ramzi (dalam gambar)...

Selasa, 22 Mac 2011

SPM keluar keputusan esok!!

Semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 pada hari esok mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing. Yang terkini boleh juga menghantar sistem pesanan ringkas (sms) dengan taip : SPM(jarak)SEMAK(jarak)no.kad pengenalan(jarak)angka giliran dan hantar ke 15888. Contohnya : SPM SEMAK 990911027897 JF001A001 hantar ke 15888. Perkhidmatan sistem pesanan ringkas ini boleh digunakan mulai jam 10 pagi 23 Mac sehingga 12 malam 30 Mac....
Juga semoga mendapat keputusan yang baik dan cemerlang buat anak-anak didikku di sekolahku di Muar, Johor.....

Isnin, 14 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Alia ke-6

selamat hari lahir untuk anak sulungku Alia Farhana yang ke-6 semoga panjang umur dan murah rezeki. tahun ni sambuatan di lakukan di KFC Jalan Bentayan, Muar...seronok dapat pekena ayam kokok(kata adik) dan toasted pocketfull...

Khamis, 10 Mac 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMKBP 2011M/1432H

pada 4 Mac yang lepas, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah dan warga guru SMKBP telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan perarakan pelajar dari Dataran Wawasan menuju ke blok F, bacaan doa oelh Ustaz Auzaai dan ucapan En Mohd Asri Abd Rahman selaku Ketua Penyelaras Majlis Sambutan.

Selasa, 8 Mac 2011

Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
Keputusan (English): 
 
The Black Metal Group and Ways to Handle It

Decision:

The 72nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd January 2006 has discussed the Black Metal Group and Ways to Handle it. The Conference decided that all practices and actions of the Black Metal Group are deviatory and contradict with the true teachings of Islam. Therefore, Muslims are advised to stay away from this group as its practices and actions could cause its practitioner to be out of the fold of Islam.


Sumber: portal e-fatwa

Sabtu, 26 Februari 2011

Kursus Profesionalisme Guru-guru cemerlang Muar/Ledang 2011

pada 24hb Februari yang lepas, Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar/Ledang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme GC untuk daerah Muar dan Ledang. Program bermula seawal jam 7.30 dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan taklimat ringkas dari YDP MGC iaitu Tn Hj Hassni

Isnin, 21 Februari 2011

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM PARLIMEN BAKRI PAGOH LEDANG

pada sabtu lepas 19 Februari telah berlangsungnya satu Multaqa Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan Rendah serta J-Qaf bagi parlimen Muar, Pagoh dan Ledang di Dewan Dato' Onn Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar.
Pada mulanya Tuan Pengarah nak datang tetapi di saat akhir beliau terpaksa batalkan kerana ada urusan lain di Pagoh.
Jadi program dimulakan dengan Ustaz Syahrin (S/U Sulit TPM). beliau menyampaikan amanat yang berguna buat semua peserta yang hadir bagi memartabatkan lagi status GPI.
Program ataupun slot kedua pula oleh Tn Hj Kassim (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ) menerangakn tentang kualiti seorang guru agama dan fungsi kita di sekolah.
Tn Hj Basari, Ustaz Lokmanul Hakim dan Ustaz Lukmanulhakim Mashadi menyampaikan info terkini tentang perkongsian ilmu. ditamatkan tepat jam 1.30 tengahari....

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Pengantin Baru


selamat pengantin baru buat Norain dan Izuan pada 11 februari yang lepas....semoga jodoh berkekalan bahagia sepanjang hayat.....
alhamdulillah petang khamis kami sekeluarga sampai di Mersing jam 8.30 malam...keluarga di sana tak tahu pun kami nak balik malam ni...
esoknya berlangsungnya akad nikah di rumah pengantin perempuan jam 3 petang 11 Februari 2011.....
kenduri kahwin pada 12 februari 2011 dan dihadiri oleh ramai tetamu dari jam 11.30 tengahari  sampailah ke malam....Tahniah Ain dan Wan....

Sabtu, 5 Februari 2011

Hukum Haji Lebih Daripada Sekali

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan didunia dan beroleh ganjaran yang besar diakhirat. terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat.

Sumber: e-fatwa

Sabtu, 29 Januari 2011

Program Budaya Quran

setiap pagi Jumaat sebelum memulakan persekolahan akan diadakan program Budaya Quran dan pada pagi ini Ustaz Asri mengetuainya dengan bacaan Yaasin dan Tahlil Ringkas. Semua pelajar Islam dan guru yang beragama Islam terlibat dengan program ini dan semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih semua.

Sabtu, 22 Januari 2011

Merentas Desa SMK Bukit Pasir 2011

pada 22 januari 2011 sabtu telah berlangsungnya kejohanan merentas desa peringkat sekolah.
jam 7.15-8.00 pagi semua pelajar berkumpul di tempat yang ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing untuk pembahagian nombor dada. jam 8.00-8.30 para pelari mendengar taklimat dan acara pemanas badan di dataran wawasan.

jam 8.30 pagi dilepaskan para pelari mengikut kategori L13/P13/L15/P15/L18/P18. peserta L15 dan L18 akan melalui track yang lebih jauh berbanding yang lain. aku pula ditugaskan menjaga checkpoint 3 berhampiran padang bola jalan menuju ke Kg Jorak..
segalanya tamat jam 10 pagi dan terus diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. tamat jam 12 tengahari, para pelajar bersurai dan pulang.

Selasa, 18 Januari 2011

1 MURID 1 SUKAN


PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
1.0 PENGENALAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Ahad, 9 Januari 2011

Suasana Hari Pertama Persekolahan Sesi 2011

hari pertama persekolahan di sekolahku bermula dengan perhimpunan rasmi pagi Isnin. Ada pemantau dari JPNJ yang datang memantau sekolah pada hari tersebut iaitu Tn Hj Mohd Amin bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.


 Pelajar datang ke sekolah dengan cerianya selepas hampir satu setengah bulan bercuti pada hujung tahun lepas. Aku berharap tahun ni semua warga smkbp lebih sukses dan untuk diriku, buat yang terbaik demi mencapai apa yang disasarkan pada tahun ini....

Jumaat, 31 Disember 2010

Pendaftaran Pra Sekolah Alia

pada 28 Disember lepas aku telah menghadiri taklimat pendaftaran pra sekolah Alia. tahun ni tahun kedua Alia di pra sekolah. Tahun lepas semasa 5 tahun, tahun ni 6 tahun. Taklimat berjalan lancar sehinggalah tiba-tiba namaku dipanggil..terkejut aku, rupanya nak dilantik sebagai Pengerusi Permuafakatan Ibu bapa Pra Sekolah. Terima ajelah, dah diberikan kepercayaan...bayar yuran dan balik. Aku doakan Alia belajar dengan rajin dan boleh menguasai membaca, mengira, menulis, menaakul dengan baik sebelum melangkah ke alam persekolahan tahun 2012 di darjah satu....

Isnin, 27 Disember 2010

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan

Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.



Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan. 



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, 17 Disember 2010

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Sumber: e-fatwa Malaysia

Jumaat, 3 Disember 2010

Friday Prayer

Narrated Jabir:
A man entered the Mosque while the Prophet was delivering the Khutba. The Prophet said to him, "Have you prayed?" The man replied in the negative. The Prophet said, "Pray two Rakaat."

Khamis, 25 November 2010

SOLAT TAHAJUD TINGGIKAN DARJAT INSAN


            Umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat selain daripada tuntutan menunaikan ibadah wajib. Antara ibadah sunat itu ialah sembahyang malam atau dikenali solat tahajud. Ibadat solat tahajud adalah amalan yang sangat baik disisi Allah.
            Sesungguhnya, solat tahajud bertujuan meninggikan darjat kehambaan mukmin dan menolong mereka mencapai makam (kedudukan) tertinggi disisi Allah serta manusia. Justeru, umat islam digalak mengerjakan ibadah berkenaan pada waktu dua pertiga malam selepas bangun dari tidur. Ada banyak hadis yang menganjurkan umat Islam sentiasa mengerjakan solat tahajud. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : “ Bahawa Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada waktu tengah malam dan mengejutkan isterinya bagi menunaikan solat malam. Jika isterinya tidak sedar, direnjiskan dengan sedikit air. Begitu juga Allah memberi rahmat kepada isteri yang bangun pada dinihari dan mengejutkan suaminya bagi menunaikan solat tahajud.”              
            Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang difardukan kepada umatku, iaitu solat witir, bersugi, dan sembahyang tahajud. Saidina Umar al- Khattab meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang mengerjakan solat tahajud dan memperelokkannya nescaya Allah memberi lapan kemuliaan. Empat diperoleh di dunia dan empat lagi di akhirat.”

4 kemuliaan di dunia ialah  :
1.      Allah memelihara daripada kemusnahan jiwa dan harta benda,
2.      Meninggalkan kesan ketaatan pada wajahnya,
3.      Dikasihi orang mukmin dan sekalian manusia serta
4.      Lidahnya sentiasa bercakap benar lagi berhikmat.

4 lagi kemuliaan di akhirat ialah :
       1.  Dihimpunkan kepadanya di padang mahsyar dengan wajah berseri-seri,
       2.  Dimudahkan pengiraan hisab,
       3.  Melintasi titian sirat sepantas kilat dan
       4.  Di beri kitab amalan pada tangan kanan.

Isnin, 22 November 2010

Hari Q Peringkat Sekolah 2010

pada Jumaat yang lepas 19 November yang lepas, telah berlangsung Hari Q peringkat sekolah untuk kurikulum. Pada hari tersebut pelajar yang  mendapat kecemerlangan dalam kurikulum diberikan anugerah dan penghargaan dari pihak sekolah. tidak ketinggalan juga guru-guru yang terlibat meningkatkan prestasi pelajar. dan aku alhamdulillah aku mendapat 2 anugerah dari sekolah iaitu anugerah peningkatan prestasi PMR 2009 Pendidikan Islam dan anugerah peningkatan prestasi SPM 2009 Tasawwur Islam. Terima kasih SMKBP..
Dan pada hari Sabtu pula telah diadakan mesyuarat guru akhir tahun 2010 di mana Pengetua, GPK memberikan pesanan kepada semua guru sebelum bercuti dan mengingatkan guru tentang kerja-kerja yang belum selesai dan tarikh mesyuarat pertama bagi tahn 2011 yang akan diadakan pada 29 Disember. Kehadiran adalah wajib..Selamat Bercuti....dan Selamat menempuh peperiksaan SPM bagi semua calon SPM SMK Bukit Pasir dan semua calon dari seluruh negara....

Ahad, 14 November 2010

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.
Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

Isnin, 8 November 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Negeri Johor 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani (Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam...aku la (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Dan aku membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun aku bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama bagi dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.

Jumaat, 5 November 2010

Cuti Hari Deepavalli

Sempena Deepavali, sekolahku bercuti selama 5 hari bermula 3hb November sehingga 7hb November. Kami sekeluarga tak balik kampung. Jadi kami bawa anak-anak ke Melaka, mana tujuan kami ya..dalam kereta baru rancang, akhirnya sepakat pi Tesco Melaka. Kebetulan aku nak beli ubat sengkuang tu. Sampai jam 12.30, mula kami ronda-ronda dalam Tesco tu. Beli la sikit barang. Solat Zuhur. makan kat food court. Dan tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Alia dan Afif nak main kat pusat permainan.
Aku lepaskan mereka bermain di situ hampir 30minit..punya la suka mereka terutama Afif yang buat pertama kali dilepaskan main di situ..mula-mula Afif malu-malu. dah tu taknak  keluar plak. Kami sampai umah di Muar jam 6 petang...

Ahad, 31 Oktober 2010

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar

Tarikh : 28 - 30 Oktober 2010
Tempat : SMK Bukit Pasir, Muar
Peserta : 50 Orang (Pelajar PMR 2010)

Kem ini telah diadakan selama 3 hari dan dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam di sekolah dengan bantuan guru-guru lain. Diantara pengisian yang terdapat dalam kem tersebut ialah :-
Ceramah daripada Ustaz Malek, beliau adalah pegawai penguatkuasa di Majlis Agama Islam Johor cawangan Muar. Banyak mendedahkan tentang enakmen dan undang-undang serta beberapa siri serbuan dan tangkapan pasangan yang berkhalwat.
Pameran Seni Khat daripada Galeri Seni Khat di bawah kelolaan Ustaz Zamri. Berpengalaman menghasilkan khat dan di pameran ini dikendalikan juga tulisan khat secara spontan oleh beliau dan kita boleh menempah nama dan sebagainya untk ditulis di atas kertas dan ianya dijual samada dengan bingkai atau tidak.
Penceramah ialah Ustazah Zubaidiah daripada Majlis Agama Islam juga dan menceritakan tentang Bicara Kematian. Siap ada model kain selimut jenazah lagi. Menggeletar model tu..
Pada waktu petangnya diadakan 'repelling' dari tingkat 3 bangunan baru Blok F sekolahku..hampir 30 orang memberanikan diri mencuba sukan 'extreme' ini....tahniah dik...
Dan akhirnya pada tengahari sabtu diadakan Perasmian Penutupan Kem Pemantanpan Sahsiah Pelajar oleh YB Dato Dr Sharuddin ADUN Jorak. Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Khairozi Penolong Pengarah Unit Dakwah, Akidah dan Ajaran Sesat, Tn Hj Salihuddin Rasul Pegawai Khas Menteri Pelajaran dan Tn Hj Muzammel YDP PIBG sekolahku....
Semoga dengan kem ini akan dapat mendidik pelajar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara..

Selasa, 26 Oktober 2010

Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Isnin, 18 Oktober 2010

Pilgrimmage (Hajj)

Narrated Abu Huraira:
The Prophet was asked, "Which is the best deed?" He said, "To believe in Allah and His Apostle." He was then asked, "Which is the next (in goodness)?" He said, "To participate in Jihad in Allah's Cause." He was then asked, "Which is the next?" He said, "To perform Hajj-Mabrur. " 

Sekarang dah bermulanya musim haji, penerbangan demi penerbangan telah mula berlepas menuju ke tanah suci samada terus ke Mekah atau ke Madinah terlebih dahulu. bagiku alhamdulillah pernah menunaikan haji pada tahun 1996 masa aku menuntut di Jordan. Walaupun begitu aku daftar dengan tabung haji lagi sebab kali ini aku ditemani oleh isteriku yang sememangnya belum pernah menjejak kaki di Mekah. kalau ikut jadual, tahun 2025 baru ada peluang kami...Doakan kami. dan kita doakan jemaah tahun ni dapat menunaikan haji dengan penuh ketaqwaan dan mendapat haji yang mabrur....Amin

Isnin, 11 Oktober 2010

Selamat Hari Jadi Buat Isteriku

Selamat hari jadi buat isteriku yang tersayang Erdalina Ramli pada 8hb Oktober yang lepas. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki berkekalan sepanjang hayat. Terima kasih atas kurniaan Allah kepada kita iaitu Alia dan Afif...nak tambah lagi? Lagi dua ok la...cukup dua pasang.....

Sabtu, 9 Oktober 2010

MSKPP Muar 2010

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Jam : 10pg - 1 tengahari
Tempat : Muar Perfect Bowling Centre
Telah berlangsung Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP) Daerah Muar bagi acara tenpin bowling. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih wakil bagi daerah Muar ke kejohanan peringkat negeri Johor yang dijangkakan akan diadakan di Ampang Superbowl Johor Baharu pada 28 dan 29 Oktober nanti..
Hampir 50 orang telah menyertainya terdiri daripada warga pelajaran sekolah rendah, menengah dan juga dari warga PPD sendiri. Aku pun ambil kesempatan untuk mencuba nasib. Sejak 2004 sehingga 2009 aku tidak pernah terlepas peluang mewakili daerah Muar ke MSKKPP Johor. Tahun 2007 aku dapat mewakili MSKPP Johor ke MSKPP Malaysia yang diadakan di Ampang Superbowl Ipoh Parade...Johor Juara buat kali pertama..dan mengekalkan untuk 2008 dan 2009...
Untuk kejohanan Muar hari ni, sejarah tercipta apabila Johan, Naib Johan dan Ketiga mendapat jatuhan pin yang sama iaitu 710..dan kemenangan dikira melalui game terakhir..
akhirnya aku dapat tempat ketiga kerana balingan terakhir aku cuma jatuhkan 8 pin saja sedangkan aku sudahpun mendapat 2 strike sebelum itu di frame ke-10 dan bonus frame....kalau dapat 9 pin, jumlah aku 711 dan juara la aku...tapi takpe..aku bersyukur dengan tempat ketiga...janji dapat wakil Muar.

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR 2010

Saya Ustaz Saiful ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan PMR bagi semua pelajar yang akan mendudukinya pada esok 5 Oktober 2010..semoga berjaya terutama anak-anak didikku di SMKBP dan 3 Intan/Mutiara...ingat janji Ustaz kat kamu semua....nak tips?
1. Bangun awal pagi..solat subuh....baca Quran
2. Sarapan pagi amat penting
3. Restu ibubapa sangat penting...salam dan peluk mereka sebelum ke sekolah (kalau boleh ibubapa hantar anak ke sekolah)
4. Masuk dewan dengan zikrullah..baca doa...
5. Jawab dengan tenang...agak terlupa, selawat lah ke atas nabi kita Nabi Muhammad SAW
Semoga berjaya... ATAMANNA LAKUM BIN NAJAH WAT TAUFIQ...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Solat Hajat Perdana 2010

Pada 30 Oktober yang lepas bersamaan dengan 14 Syawal telah diadakan satu majlis solat hajat untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Ibubapa dan para pelajar tersebut turut dijemput bagi menambahkan keberkatan majlis tersebut.
Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan kehadiran para pelajar dan tetamu juga ibubapa yang diadakan di Dewan Serbaguna Blok F. Jam 7.04 bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan  oleh aku sendiri.
Dan selepas solat, aku menyerahkan majlis Solat hajat dan bacaan Yaasin kepada Ustaz Asri.
Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan ucapan GPK1 En Zainuddin Jaini dan YDP PIBG Tn Hj Muzammil Ali.
Acara kemuncak ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi MRSM Muar. Ceramah lebih menitikberatkan tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak terutama di sepanjang peperiksaan berlangsung.
Majlis tamat jam 10 dengan pengagihan makanan kepada para pelajar dan ibubapa serta jamuan ringkas untuk tetamu VIP dan Tuan Penceramah. jam 10.45 majlis bersurai.....
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat bagi menjayakan majlis solat hajat ini...Jazakumullah Khair..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...