SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 26 Disember 2009

28,188 pelajar PMR peroleh semua A


Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 orang atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi jumlah calon yang mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan).

Dari segi ukuran gred purata mata pelajaran (GPMP) pula, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Punjabi telah meningkat atau tidak berubah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, seramai 63.65 peratus daripada 442,721 calon PMR berjaya mencapai minimum gred D dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 62.93 peratus pada 2008.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat gred E atau sangat lemah dalam semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan daripada 440 orang (0.10 peratus) pada 2008 kepada 397 (0.09 peratus) tahun ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran buat pertama kalinya memperkenalkan Pendidikan Kesenian dalam empat bidang iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

''Pencapaian keempat-empat bidang kesenian ini ditaksir oleh guru dan pentaksir luar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya.

''Seramai 84 orang daripada 624 calon Pendidikan Kesenian telah mendapat Band Empat iaitu Band yang tertinggi dan seramai 12 orang calon sekolah seni memperoleh gred A dalam semua pelajaran yang diambil dalam PMR," katanya.

Tahniah buat semua guru di Malaysia....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...