Kekayaan tidak
membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan,
harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.
Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun
banyak harta.
Dalam kisah
Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba
Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya.
Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu
supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi
Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa
keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan
dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Cara untuk
mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur
atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan
harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha
untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan
sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan
sedekah sunat
kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah
kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari
anak-anak
yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa
kita sedari.
6. Ikhlaskan
pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan
mengharapkan
pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa
diketahui
tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu
selepas itu
barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan
anggap
pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak
mereka.
7. Hulurkan
pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat) perlu
diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep
sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam
ayat Quran Ali
Imran ayat 92
9. Cari harta
dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat
- bukan dunia
untuk dunia)
10. Amalan
yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli
(perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki
ialah berpunca
daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi
Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah
seorang ahli
perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang
amanah akan
dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.
Perniagaan
merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang
Islam
sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada
menjalankan
aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang
ketiadaan suami.
Dalam satu
hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit
matahari ada
dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu
menyeru 'Ya
Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang
membelanjakan
hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru
'Musnahkanlah
orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang
bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan
akhiratnya.
Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya
menahannya
adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah
api neraka
walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi
Sedekah itu
penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah
walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan
digalakkan
memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya
dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang
dikurniakan
oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan
membalas atau
menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu
yang ada,
nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta -
belanjakan
harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang
kita tidak
ketahui.
Sekian,
wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang
buruk dari
kesilapan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan