SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 9 Mac 2010

MyGC-Bengkel Plan J




pada 8 Mac telah diadakan satu bengkel kecemerlangan akademik dan pembinaan Plan J untuk pelajar dan guru seluruh negeri Johor..dalam bengkel ini pihak JPNJ di bawah kelolaan Unit Perkhidmatan Pendidikan Islam telah menjemput Jurulatih Utama (JU) dan Guru Cemerlang (GC) untuk melaksanakan tugas bagi membina modul kecemerlangan akademik bagi pelajar yang akan menghadapai peperiksaan dan untuk membina Standard Akademik Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (Plan-J)bagi kegunaan guru-guru agama Johor. bengkel ini telah berlangsung satu hari di SMK Datuk Menteri, Air Hitam, Batu Pahat. Aku dan ahli telah diberi tugas untuk menyediakan Plan J bagi tingkatan 4 dan 5.

Pegawai Penyelaras : Ustaz Norzaidi Ismail
Ketua Pasukan Ustazah Nor Azmah Jaapar
Ahli : Ustazah Suhaila Shamsudin
Ahli : Ustaz Khairul Anuar Ramlan
Ahli : Ustaz Saiful Nizam Mohamed Radzi

Pelaksanaan sepenuhnya Plan-J ini ialah pada tahun 2011 bagi Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun subjek lain ada yang telahpun siap Plan-Jnya dan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah-sekolah. Apapun Plan-J ini adalah satu piawaian standard akademik yang akan memantapkan lagi proses P&P guru dan seterusnya menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Amin...

2 ulasan:

insan pendidik berkata...

salam,

selesa ke buat kat situ nampak macam tak selese saje anyway yg ptg objektifnya tercapai...

abuafif berkata...

kat sini kami diberikan panduan dan pendedahan bagaimana nak buat je...petang tu dah tamat, balik buat masing-masing dan diberikan masa sebulan untuk RPT dan dua bulan untuk PLAN-J...selesa tu ok lah....apa yang penting kerjasama dalam pasukan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...