pada Isnin yang lepas bersamaan 8 Ogos (8 Ramadhan) telah berlangsungnya pelancaran Bulan Kemerdekaan sekaligus pada bulan Sains Sosial yang diterajui Ketua Bidangnya iaitu Pn Hjh Badariah Hj Mohamed Dali. Majlis bermula dengan ucapan guru-guru dan penyampaian hadiah. diikuti dengan ucapan perasmian oleh En Toh Cheng Hwa, Pengetua sekolahku.
Acara seterusnya ialah perarakan oleh pelajar pakaian beragam sempena ulangtahun kemerdekaan membawa kain rentang kepada Tuan Pengetua dan merentangnya di rostrum Dataran Wawasan.
Acara tamat dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti lagu Jalur Gemilang, Wawasan 2020, 1Malaysia dan Negaraku.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pelancarannya...
MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Selasa, 9 Ogos 2011
Sabtu, 6 Ogos 2011
Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah)
Sumber dari Berita Harian 21 Mac lepas meunjukkan bahawa jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-1 yang bersidang pada 28 - 29 Jan 1981 telah membincangkan Penamaan Anak Tak Sah Taraf (Anak Luar Nikah). Muzakarah telah memutuskan bahawa anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf) sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah.
Keputusan (English):
Ahad, 31 Julai 2011
Persaraan Pn Hjh Rokiah bt Jaafar
pada 26 Julai lepas telah diadakan satu majlis makan malam sempena persaraan salah seorang guru di sekolahku iaitu Pn Hjh Rokiah bt Jaafar. Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Marina Bay Tanjung Emas dan telah dihadiri oleh semua warga staf sokongan dan guru SMKBP. Dimulakan jam 9.00 malam dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa. ucapan Pengetua dan diakhiri dengan ucapan yang diraikan Pn Hjh Rokiah bt Jaafar.
Beliau merupakan guru Kemahiran Hidup dan juga Bahasa Melayu di sekolah ini. aku mula mengenali beliau ketika berpindah dari Sabah ke Johor pada tahun 2001. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi, prihatin dengan pelajar yang dipanggilnya anak-anaku, prihatin kepada rakan seangkatan dan seperguruan.
Pada 29 Julai pula telah diadakan majlis 'Send Off' untuk beliau pula di Dewan Serbaguna Blok F dan kali ini amanah yang disampaikan khusus untuk semua pelajar yang ditinggalkan juga untuk guru-guru.
Kita ucapkan selamat bersara kepada beliau dan mohon dipanjangkan umur dan dimurahka rezeki serta diberikan kesihatan berpanjangan. Selamat Bersara Pn Hjh Rokiah bt Jaafar. Jasamu Sentiasa Dikenang.

Sabtu, 23 Julai 2011
Hukum Pemerdagangan Manusia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Pemerdagangan Manusia. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa manusia merupakan makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah s.w.t dan tidak diciptakan untuk menjadi hamba kepada manusia yang lain.
ii. Oleh yang demikian, pemerdagangan manusia yang melibatkan berbagai eksploitasi seperti pelacuran, perhambaan dan sebagainya adalah bercanggah dengan kemuliaan dan konsep khalifah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.
iii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memperdagang dan mengeksploitasikan manusia dalam pelbagai bentuk yang menyalahi hukum syarak adalah diharamkan oleh Islam.
Selasa, 12 Julai 2011
Hari Koperasi,Keusahawanan dan Hari Temubincang 2011
baru-baru ini sekolahku mengadakan Hari Koperasi dan Keusahawanan peringkat sekolah serta dimasukkan juga Hari temubincang antara pihak sekolah dengan pihak ibubapa. majlis bermula pada waktu pagi di tapak perhimpunan dengan taklimat dari GPK HEM, dan diteruskan dengan temubincang.
yang tidak terlibat akan mula membeli makanan yang dijual di gerai-gerai jualan makanan seperti nasi ayam, nasi ambang, kuih muih, air tebu dan juga tayangan gambar amal.....majlis tamat jam 1 tengahari.

Sabtu, 2 Julai 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
pada 2 Julai telah diadakan larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk lah sekolah di Daerah Muar ini..SMK Bukit Pasir. pelajar datang awal ke sekolah seperti biasa dan dimulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan dan pada jam 8 pagi semua pelajar lelaki dan perempuan 18-13 tahun dilepaskan untuk larian tersebut.Untuk sekolahku, larian dilepaskan oleh tuan Pengetua sendiri iaitu Mr Toh Cheng Hwa dan beliau turut sama mengambil bahagian dalam larian tersebut. Moga tercapai hasrat nak pecahkan rekod baru dalam Malaysia Book Of Record....
Rabu, 29 Jun 2011
Ceramah Sempena Isra' Wal Mi'raj
pada Selasa 28 Jun yang lepas, pihak taman aku iaitu Taman Seri Bakri 3 telah mengadakan sambutan Isra' Wal Mi'raj bagi tahun ini dan telahpun menjemput Ustaz Mohd Fauzi Al-Kedahi dari MRSM Muar untuk menyampaikan ceramah. Pada masa sekarang penceramah lebih gemar menggunakan peralatan yang moden dan begitu juga dengan beliau di mana menggunakan Laptop dan LCD sebagai bahan bantu ceramah beliau. dan ternyata ianya membantu bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan tepat.
Isnin, 20 Jun 2011
Kepentingan Mengingati Mati
Hadith : |
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka". Abu Sa'id r.a |
Sabtu, 11 Jun 2011
TRIP KE LANGKAWI CUTI SEKOLAH TAHUN NI
dah lama tak kemaskini, tak sempat, sibuk tanda kertas dan kali ni kami bercuti di langkawi selama 4 hari 3 malam....pagi 31may jam4 pagi, kami dah bertolak ke Bayan Lepas, rumah kawan, lepak kat umah dia dan pada jam 11pagi kami ke lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang....terima kasih kepada Kak Sal sekeluarga yang melayan dan menghantar kami ke airport.
naik flight dari Penang ke Langkawi yang mengambil masa selama setengah jam sahaja. kami menaiki MAS. pertama anak-anakku menaiki flight, seronok bukan kepalang....nasib baik tak takut....
sampai di airport Langkawi, Lamin dah tunggu terus bawa pi De Baron Resort..petangnya kami rehat, malam baru jalan-jalan di 'Uptown' Pekan Kuah...ok la, banyak gak barang yang dijual, survey dulu, sok jalan lagi...
hari kedua kami memulakan perjalanan ke Makan Mahsuri, besar gak tempatnya, kena bayar tiket RM5 untuk dewasa, pusing-pusing la dalam tu, ada makam mahsuri, rumah pandak maya, studio tayangan, kumpulan cak lempung, bergambar dan sebagainya....
ini plak di Beras Terbakar...dikatakan datuk Karma Wijaya penghulu masa itu membakar beras supaya kerajaan Siam yang menyerang tidak berjaya mendapatkannya....masa ini ank-anak aku dah mula keletihan...pas ni beli barang sikit...pas tu balik hotel lepak jap...makan tengahari dulu....hehehe..lapor tu
pas makan, tanya anak-anak, larat tak nak jalan, ok katanya...akhirnya terus kami pi Underwater World kat area Pantai Chenang...dewasa rm28 X 2, kanak-kanak rm18 X 2 ...jumlah RM92.....banyak spesis ikan dan perjalanan dalam memakan masa hampir 45 minit la......seronok tengok ikan besar kecik dan pelik dengan akuariumnya yang sedemikian rupa...hebat...
dataran Lang.....dok tengok kat tv selama ni.....sampai jam 6.45petang balik hotel......
hari ketiga, Langkawi Cable Car, punya la ramai orang....dewasa rm30, kanak-kanak rm20.....sayup je tengok kat atas.....niat di hati nak naik tapi......atas sebab tertentu, hasrat dibatalkan....hehehe....
sebelum balik hotel nak check out, sempat la pagi hari keempat pi jalan di Jetty Kuah....sempat gak ibu beli barang, aku pun....flight balik Langkawi - Penang jam 2.00 petang....Bye Bye Langkawi...
Kenangan 4hari dan 3malam di De Baron Resort...sesiapa yang nak pi Langkawi dan nak stay kat Pekan Kuah, aku boleh cadangkan hotel ni, parkir mudah, bilik besar, harga berpatutan, tv astro, ada peti ais dsbnya.....

Isnin, 23 Mei 2011
Isteri Derhaka
Gambar : Harian Metro
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
(al-Bukhari)
Ahad, 15 Mei 2011
Program Imtiyaz SMKBP 2011 Siri Pertama
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya menganjurkan Program Imtiyaz Pendidikan Islam sekolahku untuk semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Pada program ini pelajar diberikan taklimat tentang cara menjawab Pendidikan Islam Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.
Ini merupakan siri pertama iaitu diadakan sebelum peperiksaan pertengahan tahun dan siri kedua dan ketiga akan menyusul. Untuk siri pertama ini penglibatan menyeluruh dari semua guru pendidikan Islam bagi menjayakannya.
Terima kasih kepada penceramah SPM kertas satu iaitu Pn Hjh Badariah dengan dibantu Ustazah Alina dan penceramah kertas dua iaitu Tn Hj Saiful Nizam....hehehehe aku la...aku juga menyampaikan ceramah untuk PMR dibantu oleh Ustaz Hafiz dan Ustaz Asri juga Ustaz Auzaai...terima kasih kepada semua guru kaunseling yang terlibat iaitu Tn Hj Salihuddin, En Aminuddin, Pn Siti Ruzaimah dan Pn Siti Maisara.
Tidak ketinggalan En Kamarul Bahrin selaku juruteknik bertugas..tunggu siri kedua pula...
SELAMAT HARI GURU
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Jumaat, 6 Mei 2011
Selamat Hari Lahir ke 3 Afif Danial
pada 28 april lepas adalah hari lahir Afif Danial ketiga...bawa famili makan di KFC dan bulan lepas semasa 'birthday' Alia telah dibelikan sebikal(basikal versi Afif) seorang satu...advance hadiah la...abah dan ibu serta alia doakan Afif cepat besar dan boleh pi sekolah ya..Kami sayang Afif....seronok dia dapat makan ayam kokok...
Khamis, 28 April 2011
Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
Sabtu, 23 April 2011
Penyerahan Netbook 1Malaysia
pada 18 April yang lepas, telah diadakan penyerahan Netbook 1Malaysia kepada 370 pelajar yang terpilih untuk menerimanya. penyerahan ini telah diadakan di dewan serbaguna Blok F bermula seawal jam 8 pagi selepas perhimpunan pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Pelajar- pelajar diminta untuk memanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang diberikan dengan menggunakan netbook tersebut dengan berhikmah bagi menjamin kecemerlangan prestasi pelajar. Jangan pula digunakan untuk melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya dilayari seperti laman web lucah dan permainan judi internet. Tahniah pelajar-pelajar!
Sabtu, 16 April 2011
Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2011
pada 12 April lepas, telah diadakan satu program yang dinamakan :-
Ianya dianjurkan pada jam 2.30 petang di Dewan Blok F SMK Bukit Pasir, Muar dan Tn Hj Hushim bin Salleh telah dijemput sebagai penceramah. Beliau adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor Berdaftar. Program ini juga merupakan anjuran bersama Yayasan Nurul Yaqeen Sekteriat Pagoh dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
PROGRAM MENARA ILMU PARLIMEN PAGOH 2011
KECEMERLANGAN KEIBUBAPAAN, GURU DAN PELAJAR.
Ianya dianjurkan pada jam 2.30 petang di Dewan Blok F SMK Bukit Pasir, Muar dan Tn Hj Hushim bin Salleh telah dijemput sebagai penceramah. Beliau adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor Berdaftar. Program ini juga merupakan anjuran bersama Yayasan Nurul Yaqeen Sekteriat Pagoh dan juga Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
Selasa, 12 April 2011
Hati-hati dengan 'phishing web'
Gara-gara percaya e-mel yang mengatakan akaunnya di sebuah bank bakal dibekukan, seorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM5,000 dipindahkan ke akaun lain tanpa pengetahuannya. Mangsa berkata dia menyedari wang dipindahkan ke akaun lain apabila menerima SMS pengesahan daripada pihak bank.
Ahad, 3 April 2011
4 LELAKI DITARIK KE NERAKA
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Sabtu, 26 Mac 2011
Fikrah Ilmu Guru Pendidikan Islam 2011
pada hari ini 21Rabiul Akhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011M telah berlangsungnya satu majlis Fikrah Ilmu Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf dan Mesyuarat Agung Pekdis Cawangan Johor. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ali bin Dahalan, Ketua Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah diadakan di Tingkat 6, Dewan Auditorium, Wisma Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Hampir 250 orang GPI yang hadir dalam program ini yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari.Aku pergi ke sana bersama dengan rakan-rakan dari Muar iaitu Ustaz Zakaria, Ustaz Aswandi dan Ustaz Ramzi (dalam gambar)...
Selasa, 22 Mac 2011
SPM keluar keputusan esok!!
Semoga berjaya kepada semua pelajar yang akan mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 pada hari esok mulai jam 10 pagi di sekolah masing-masing. Yang terkini boleh juga menghantar sistem pesanan ringkas (sms) dengan taip : SPM(jarak)SEMAK(jarak)no.kad pengenalan(jarak)angka giliran dan hantar ke 15888. Contohnya : SPM SEMAK 990911027897 JF001A001 hantar ke 15888. Perkhidmatan sistem pesanan ringkas ini boleh digunakan mulai jam 10 pagi 23 Mac sehingga 12 malam 30 Mac....
Juga semoga mendapat keputusan yang baik dan cemerlang buat anak-anak didikku di sekolahku di Muar, Johor.....
Juga semoga mendapat keputusan yang baik dan cemerlang buat anak-anak didikku di sekolahku di Muar, Johor.....
Isnin, 14 Mac 2011
Selamat Hari Lahir Alia ke-6
selamat hari lahir untuk anak sulungku Alia Farhana yang ke-6 semoga panjang umur dan murah rezeki. tahun ni sambuatan di lakukan di KFC Jalan Bentayan, Muar...seronok dapat pekena ayam kokok(kata adik) dan toasted pocketfull...
Khamis, 10 Mac 2011
Sambutan Maulidur Rasul SMKBP 2011M/1432H
pada 4 Mac yang lepas, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah dan warga guru SMKBP telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara dimulakan dengan perarakan pelajar dari Dataran Wawasan menuju ke blok F, bacaan doa oelh Ustaz Auzaai dan ucapan En Mohd Asri Abd Rahman selaku Ketua Penyelaras Majlis Sambutan.
Selasa, 8 Mac 2011
Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
Keputusan (English):
The Black Metal Group and Ways to Handle It
Decision:
The 72nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd January 2006 has discussed the Black Metal Group and Ways to Handle it. The Conference decided that all practices and actions of the Black Metal Group are deviatory and contradict with the true teachings of Islam. Therefore, Muslims are advised to stay away from this group as its practices and actions could cause its practitioner to be out of the fold of Islam.
Sumber: portal e-fatwa
Sabtu, 26 Februari 2011
Kursus Profesionalisme Guru-guru cemerlang Muar/Ledang 2011
pada 24hb Februari yang lepas, Majlis Guru Cemerlang Muar/Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar/Ledang telah menganjurkan Kursus Profesionalisme GC untuk daerah Muar dan Ledang. Program bermula seawal jam 7.30 dengan pendaftaran peserta dan diikuti dengan taklimat ringkas dari YDP MGC iaitu Tn Hj Hassni
Isnin, 21 Februari 2011
MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM PARLIMEN BAKRI PAGOH LEDANG
pada sabtu lepas 19 Februari telah berlangsungnya satu Multaqa Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan Rendah serta J-Qaf bagi parlimen Muar, Pagoh dan Ledang di Dewan Dato' Onn Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar.
Pada mulanya Tuan Pengarah nak datang tetapi di saat akhir beliau terpaksa batalkan kerana ada urusan lain di Pagoh.
Jadi program dimulakan dengan Ustaz Syahrin (S/U Sulit TPM). beliau menyampaikan amanat yang berguna buat semua peserta yang hadir bagi memartabatkan lagi status GPI.
Program ataupun slot kedua pula oleh Tn Hj Kassim (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ) menerangakn tentang kualiti seorang guru agama dan fungsi kita di sekolah.
Tn Hj Basari, Ustaz Lokmanul Hakim dan Ustaz Lukmanulhakim Mashadi menyampaikan info terkini tentang perkongsian ilmu. ditamatkan tepat jam 1.30 tengahari....

Isnin, 14 Februari 2011
Selamat Pengantin Baru
selamat pengantin baru buat Norain dan Izuan pada 11 februari yang lepas....semoga jodoh berkekalan bahagia sepanjang hayat.....
alhamdulillah petang khamis kami sekeluarga sampai di Mersing jam 8.30 malam...keluarga di sana tak tahu pun kami nak balik malam ni...
esoknya berlangsungnya akad nikah di rumah pengantin perempuan jam 3 petang 11 Februari 2011.....
kenduri kahwin pada 12 februari 2011 dan dihadiri oleh ramai tetamu dari jam 11.30 tengahari sampailah ke malam....Tahniah Ain dan Wan....
Sabtu, 5 Februari 2011
Hukum Haji Lebih Daripada Sekali
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan didunia dan beroleh ganjaran yang besar diakhirat. terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat.
Sumber: e-fatwa
Sabtu, 29 Januari 2011
Program Budaya Quran
setiap pagi Jumaat sebelum memulakan persekolahan akan diadakan program Budaya Quran dan pada pagi ini Ustaz Asri mengetuainya dengan bacaan Yaasin dan Tahlil Ringkas. Semua pelajar Islam dan guru yang beragama Islam terlibat dengan program ini dan semuanya berjalan dengan lancar.
Terima kasih semua.
Terima kasih semua.
Langgan:
Catatan (Atom)