SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Isnin, 29 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 6
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

Ahad, 21 September 2008

BATUK DAN SELSEMA


Wawawa...dah 4 hari anak aku sakit, diserang batuk dan selesema. mula-mula Kak Longnya pastu si Afif plak. Esok petang pi cek sekali lagi, kalau ok dah kena makan ubat yang sama Kak Longnya makan dulu, SINGULAIR untuk kuatkan paru-paru. Kak Long dulu makan 3 bulan aje dan alhamdulillah berkesan. ubat ni kena makan tiap-tiap malam, campur dengan susunya. Sesiapa yang baca blog ni...doakan la untuk anak aku ini...Amin.

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 5
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik2nya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Sabtu, 13 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 4
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir

CONDOR HERO


sepanjang hidup aku, aku rasa inilah antara drama cina terbaik yang pernah aku tengok. dengan jalan cerita yang menarik, lagu yang sedap didengar membuatkan kita sentiasa tertunggu 'lepas ni apa jadi, lepas ni apa jadi'. sekarang ditayangkan di TV8 tapi aku dah beli dvd nya dah khatam semua chapter dalam 2 minggu. dapatkannya sekarang. tak rugi.

Khamis, 4 September 2008

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 3
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik dirumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Renungkanlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...