JIKA dulu guru dinobat golongan paling dihormati, kini semakin diperlekehkan dengan pelbagai isu remeh dan kurang menyenangkan.
Imej semakin tercalar apabila masyarakat kian berani mencabar, sekali gus mempertikaikan kewibawaan guru hingga pergeseran semakin parah.
Pelajar menjadi sasaran yang sering dipersalahkan sementara sekolah berada dalam dilema. Masing-masing cuba menegakkan kebenaran hingga mewujudkan suasana kurang harmoni dan mengganggu proses pembelajaran.
MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Jumaat, 30 Julai 2010
Selasa, 27 Julai 2010
Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke-10
Bermula 24-28 JULAI 2010 telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum ke-10 di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak, Johor. Sebanyak 14 buah matrikulasi seluruh Malaysia telah datang ke sini dan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan seperti tenis, bola jaring, bola tampar, bola sepak dan bola keranjang. Aku telah dijemput bersama rakan-rakan tenis aku untuk membantu pihak KMJ dari segi kepengadilan. Antara yang terlibat ialah aku, Zainal Fitri, Zainal Esa, Ramlan, Fahmi, Zainizam, Sulaiman, Saidi dan Adnan. Semuanya dari daerah Muar dan Segamat.
Sabtu, 24 Julai 2010
Servis Kereta 20K
Rabu, 21 Julai 2010
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".
Jumaat, 16 Julai 2010
RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas- ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Isnin, 12 Julai 2010
Tulisan ayat al-Quran dengan huruf Rumi.....boleh ke?
Didalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama" sepertimana berikut:-
1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama").
2) Harus mennulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.
3) Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.
1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama").
2) Harus mennulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.
3) Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.
Jumaat, 9 Julai 2010
Program Gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM 2010
pada 6 dan 8 Julai lepas pihak SMK Dato' telah menjemput aku untuk menyertai program gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM dan acara ini telah dijalankan di Dewan sekolah tersebut. acara dimulakan pada jam 2 petang dan pelajar Pendidikan Islam PMR adalah seramai 183 orang manakala 202 pelajar SPM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. sempat jugak aku 'snap' beberapa keping gambar buat tatapan semua. Aku doakan agar semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut dapat menjawab soalan Pendidikan Islam dengan baik dan berdoalah kepada Allah dan seterusnya bertawakkal kepadaNya.Amin.
Ini adalah pelajar Pendidikan Islam untuk Penilaian Menengah Rendah...
Ini pula pelajar Pendidikan Islam untuk Sijil Pelajaran Malaysia...
Ini adalah pelajar Pendidikan Islam untuk Penilaian Menengah Rendah...
Ini pula pelajar Pendidikan Islam untuk Sijil Pelajaran Malaysia...
Isnin, 5 Julai 2010
Permohonan Guru Cemerlang Julai 2010
Urusan pemangkuan Guru Cemerlang (GC) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA32, DGA38,DG44 dan Gred Khas C secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2010 di Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua guru yang berkelayakan boleh memohon dengan memuat turun borang dari laman web Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Julai 2010. Semua surat siaran dan lampiran syarat-syarat permohonan boleh dimuat turun dari blog Majlis Guru Cemerlang Muar (mgcmuar.blogspot.com) dan juga laman web JNJK.
Ahad, 4 Julai 2010
Tanda-tanda PC anda diserang virus
1. | PC menjadi pegun selepas dibuka. |
2. | Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan. |
3. | Keluar mesej ‘Out-of-memory error’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi. |
4. | Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry. |
5. | Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan disebabkan fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan sistem ini hilang secara tiba-tiba. |
6. | |
7. | Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU. |
8. | Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru. |
9. | Windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali. |
10. | Utiliti cakera seperti Scandisk melaporkan banyak ‘error’ pada cakera selepas melakukan imbasan cakera. |
Langgan:
Catatan (Atom)