SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Isnin, 31 Mei 2010

Belajar, mengajar lebih seronok


BAYANGKAN situasi ini. Sebuah kelas hingar bingar, pelajar berhimpit tidak selesa, guru yang sedang mengajar di depan tidak diendahkan manakala suasana persekitaran diselubungi bau kurang menyenangkan meskipun kipas ligat berputar.
Pelajar merungut kerana kurang diberi perhatian manakala guru gagal melaksanakan proses pembelajaran dengan baik kerana kekurangan tenaga bagi memantau kira-kira 40 pelajar.

Khamis, 27 Mei 2010

Ciri-ciri Orang Munafik


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

Rabu, 26 Mei 2010

Majlis Ramah Mesra TPM Dengan Warga Pendidik Muar Ledang 2010


pada 26 Mei yang lepas, Selasa, telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yasin dengan warga pendidik seluruh daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh. Majlis ini diadakan sempena dengan sambutan hari guru pada tahun ini bagi Muar dan Ledang.

Isnin, 24 Mei 2010

Multaqa Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf Muar/Ledang 2010


Tuan Penceramah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (STC) sedang mendengar ucapan wakil PPD dan di sebelahnya ialah Penolong Pengarah Bahasa Arab JPNJ Ustaz Md Hanafi.

Sabtu, 22 Mei 2010

Jejak Kasih 13 Tahun


apabila aku dapat tahu yang sahabat aku nak datang Muar bagi ceramah iaitu Ustaz Hasrizal, aku mencongak dalam kepala untuk mengajak beliau dan pasukan STC nya bermalam di rumah aku sahaja. Alhamdulillah beliau bersetuju. Jadi malam tadi jam 1 pagi beliau dan pasukannya sampai di rumahku. Ya Allah hampir 13 tahun tak berjumpa sejak aku graduasi dari Mutah Universiti of Jordan pada tahun 1997. Jadi kesempatan berjumpa kami saling bertukar cerita dan pengalaman. Beliau pernah berkhidmat sebagai Imam di Ireland Utara sebelum kembali bertugas di Malaysia sebagai konsultan dan pakar motivasi serta beliau juga seorang ustaz yang berjaya. banyak kenangan kat Mutah sekitar 1993-1997 kami bongkarkan dan terkenang kembali masa belajar. Dalam gambar ialah dari kiri ialah Danial (PA), aku, Hasrizal, Syakir dan Zul.

Khamis, 20 Mei 2010

Kajian Tindakan Pendidikan Islam/Bahasa Arab 2010


pada 20 Mei 2010, hari Khamis telah berlangsungnya Pembentangan Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk Zon 1 bagi daerah Muar, Segamat dan Batu pahat di SK Batu Anam, Segamat. Sebanyak 10 orang peserta telah mengambil bahagian bagi memilih wakil zon ke pembentangan Kajian Tindakan antara zon negeri Johor pada tahun ini. Muar telah diwakili oleh aku (Pendidikan Islam Menengah - Tajuk Rukun Haji dan Wajib Haji guna Kod Jari Ringkas), Ustaz Abd Ghani (Pendidikan Islam Rendah - Gurindam Jawi - GURAWI) dan Ustaz Iskandar (Bahasa Arab Rendah - Tajuk Tajul Ariffin - Mahkota Orang Yang Berilmu). Alhamdulillah semua wakil dari Muar telah mendapat tempat pertama bagi kategori masing-masing. tahniah buat pemenang, tahniah juga buat pasukan GC Pendidikan Islam Muar yang membantu, juga terima kasih buat Bekas Penolong PPD Muar Pendidikan Islam Ustaz Hanafi dan juga Penyelia Pendidikan Islam Muar Ustaz Hussin.

Seminar Bina Negara Guru Cemerlang Guru Pendidikan Islam Johor 2010


pada hari semalam iaitu 19 mei telah berlangsungnya Seminar Bina Negara GC GPI yang telah diadakan di Kem Biro Tatanegara di Kem Gunung Pulai. Seminar ini dujalankan sehari bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran. Kami yang datang dari Muar mula bergerak dari Tol Pagoh seawal jam 6.15 pagi. Di antara peserta GC GPI Muar yang telah terlibat ialah aku sendiri, Ustaz Abd Ghani, Ustaz Mujib, Ustaz Aswandi, Ustaz Amran dan Ustaz Azemee. Manakala di kalangan ustazah pula iaitu Ustazah Suhaila, Ustazah Faridah, Ustazah Surianna dan Ustazah Zainura. Kami pergi dengan dua kereta.

Selasa, 18 Mei 2010

Hari Guru SMKBP


pada hari semalam 17 Mei, pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Acara bermula jam 9 pagi dengan perarakan masuk semua guru diketuai oleh Pengetua diiringi dengan paluan kompang ke Dewan Blok F. Aku dipertanggungjawabkan dengan membaca doa. setelah selesai GPK Hem En Ahmad Lutfee membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran manakala GPK 1 En Zainuddin Jaini membacakan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010


pada hari ini 16 Mei, seluruh rakyat malaysia meraikan hari guru. di mana sahaja ada guru, maka di situlah akan lahirnya anak bangsa yang mampu menggegarkan dunia. betapa besar jasa guru. aku hari ini dihujani dengan berbagai-bagai sistem pesanan ringkas (sms) mengucapkan selamat hari guru dengan berbagai bentuk ayat dari seringkasnya sehinggalah sepanjang-panjangnya.

Di samping sms, ucapan dari sahabat handai ketika bermain tenis pagi tadi juga kuterima, terima kasih sahabat kerana mengingatiku dengan hari guru ini. Aku baru saja berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia selama 11 tahun dan pelbagai pengalaman telah kulalui bermula dengan penempatanku yang pertama pada tahun 1999. Tamat je ambik kursus induksi di Maktab Perguruan Islam, aku diterbangkan ke Sabah, negeri di bawah bayu. Bermalam di KK selama 2 malam dan diberikan surat penempatan di sana, SMK Gum Gum, Sandakan. Itulah sekolah pertamaku.

Jumaat, 14 Mei 2010

Surat Kenaikan Pangkat Gred DG44


alhamdulillah pada hari ini 14 Mei aku menerima surat kenaikan pangkat PPPS Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) sebagai Guru Cemerlang di Kementerian Pelajaran Malaysia. Aku sebenarnya telahpun memangku GC DG44 sejak tarikh lantikan aku iaitu 25.8.2008. dan surat kenaikan pangkat ini juga berkuatkuasa tarikh yang sama dengan lantikan aku sebagai GC iaitu 25.8.2008. Aku akan bekerja sebagai guru dengan lebih dedikasi dan penuh rasa komitmen dan tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan anak-anak didikku berjaya dalam hidup mereka.

Rabu, 12 Mei 2010

BIarlah Kehadiran Anda Dirasai


Biarlah kehadiran anda dirasai!

Oleh WAHID HASHIM
Pendidikan@utusan.com.my

HARI guru pada tahun ini disambut dalam suasana yang cukup berhemah. Sambutan besar-besaran di peringkat sekolah mungkin tidak perlu - tetapi ia tetap perlu diadakan juga. Masih ada murid yang mahu meraikan dan menghargai jasa anda. Sekurang-kurangnya anda perlu membuat sesuatu supaya kewujudan dan kerja anda dirasai.

Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan.

Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Karnival Sukan Agensi 2010



pada 8 Mei yang lepas, pejabat daerah Muar telah menganjurkan Karnival Sukan Agensi daerah Muar 2010 di mana telah diadakan pertandingan sukan antara jabatan kerajaan Muar yang melibatkan sukan seperti tenpin bowling, bolatampar, bola jaring, sepak takraw dan badminton. aku, chemad, kak shidah, hambali dan ghaffar telah dipilih untuk bermain tenpin bowling bagi mewakili pejabat pelajaran daerah Muar. Shahrizan dan isteri Ghaffar pula telah dipilih sebagai jurulatih dan pengurus pasukan. Tenpin bowling diadakan sebanyak 2 blok...iaitu blok pagi dan petang. dan keputusannya ialah JPJ telah muncul sebagai johan, JKR /JPS sebagai naib johan dan PPD Muar (team aku lah) mendapat tempat ketiga.Tahniah buat para pemenang...

Sabtu, 8 Mei 2010

Happy Mother's Day...


Narrated Abu Huraira:

A man came to Allah's Apostle and said, "O Allah's Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?" The Prophet said, "Your mother." The man said. "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man further said, "Who is next?" The Prophet said, "Your mother." The man asked for the fourth time, "Who is next?" The Prophet said, "Your father. "

Buat ibuku yang berada di Perak...buat Ibu Mertuaku di Johor....dan tak lupa buat Ummuafif..ibu kepada anak-anak kita.....SELAMAT HARI IBU....aku sayang semua...

Rabu, 5 Mei 2010

Kem Pengukuhan Solat 2010


Pada hari ini 5 Mei 2010, MAKDIS sekolah yang diterajui oleh Ustaz Muhd Asri telah mengadakan Kem Pengukuhan Solat bagi 40 orang pelajar yang dipilih dari tingkatan dan dua. Program ini telah dirasmikan oleh GPK 1 En Zainuddin bin Jaini. Semua guru agama dan guru bimbingan dan kaunseling terlibat. aku sendiri terlibat dalam menyampaikan ceramag yang bertajuk "Solat membentuk peribadi muslim agung". Pagi dimulakan dengan ucapan perasmian dan diikuti dengan solat sunat taubat, dhuha dan qadha subuh. Seterusnya slot ceramah 1 yang disampaikan oleh Ustaz Saiful(akulah tu) dan Ustaz Asri yang menyampaikan ceramah mengenai bacaan dalam solat. Apa yang diharapkan agar program ini akan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang betapa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan kita seharian..

Ahad, 2 Mei 2010

Pahalanya Tetap Ada


Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”

(al-Bukhari dan Muslim)


Sumber : E-Hadith

Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.

Jadi biasakanlah diri kita dengan bersedekah samada kepada anak yatim, fakir atau miskin ataupun ke saluran-saluran yang sepatutnya seperti masjid dan kutipan derma. Insyaallah ganjarannya di sisi Allah. Bersedekah juga merupakan salah satu tanda kita bersyukur. Allah berfirman " Sekiranya engkau bersyukur atas nikmatku maka akan aku tambahkan nikmat ke atas mu, dan sekiranya kamu kufur akan nikmatku maka ingatlah sesungguhnya azab seksa aku amat pedih". Renung-renungkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...