SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Ahad, 30 September 2012

Majlis Solat Hajat Untuk PMR, SPM dan STPM

majlis tersebut telah berlangsung pada 27 September 2012 hari Khamis malam Jumaat. Bermula jam 6.30 petang pelajar ibubapa dan guru mula hadir dan mendaftarkan diri. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohd Hafiz manakala Solat Hajat dan bacaan Yaasin pula dikhalifahkan oleh Ustaz Auzaai. Aku pula ditugaskan untuk imamkan solat Isyak dan seterusnya menjadi pengacara majlis untuk ucapan En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolahku dan Tn Hj Muzammil bin Ali, YDP PIBG.
Acara kemuncak ialah ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Tomami bekas Kaunselor SMK Bandar Maharani bermula jam 9 malam sehingga jam 10.30 malam. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan pengagihan makanan kepada ibubapa pelajar dan guru.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama daripada semua pihak yang telah menjayakan majlis solat hajat pada tahun ini.

Selasa, 25 September 2012

Kecemerlangan Berterusan Buat MGC Muar..Tahniah!

sekalung tahniah kepada Majlis Guru Cemerlang Muar kerana telah mendapat 2 anugerah utama di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Daerah Muar dan Ledang 2012 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 24 September yang lalu. Sebanyak 8 agensi telah mengambil bahagian iaitu PPD Muar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koko, GPK Tingkatan 6, MASMA, Pendidikan Khas dan juga MGC Muar.MGC Muar telah meraih ANUGERAH EMAS 3 BINTANG manakala Pn Hjh Noor Rashidah Kasbi mendapat ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK.
Jangan cari la gambar aku sebab aku yang tukang ambil gambarnya....hehehehe,,,,apapun tahniah dan kekalkan dengan motto guru cemerlang kita iaitu "KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

Rabu, 19 September 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web / Blog

pada hari ini 19 September bertempat di Dewan Maahad Muar telah berlangsungnya pertandingan mencipta laman web / blog untuk pembimbing rakan sebaya Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi sekolah menengah daerah Muar dan Ledang. Sebanyak 23 buah sekolah telah mengambil bahagian. dan aku pula telah dijemput untuk menjadi salah seorang hakim bagi mengadili pertandingan tersebut. Setiap sekolah yang mengambil bahagian diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan blog masing-masing dan 1 minit untuk soal jawab bersama para hakim. dan hasilnya PRS SMK (P) Sultan Abu Bakar telah muncul sebagai Johan Blog Terbaik.
Tempat kedua pula telah dimenangi oleh PRS SMK Bukit Gambir.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh PRS SMK Pei Hwa.
Tahniah kepada pemenang. SMK (P) Sultan Abu Bakar akan mewakili Daerah Muar dan Ledang ke pertandingan laman web / blog peringkat negeri Johor yang dijadualkan pada awal bulan November. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa, teruskan dengan memurnikan lagi laman web dan blog PRS masing-masing. Mungkin tahun depan boleh mencabar pemenang ini...Belajar sesuatu daripada kekalahan...

Sabtu, 15 September 2012

Jamuan Raya Ala Pot Luck Style

pada hari Jumaat yang lepas di kantin sekolah telah diadakan jamuan sempena hari raya Aidilfitri ala 'potluck style' di mana guru membawa makanan dan minuman dari rumah untuk dikongsi bersama guru-guru yang lain. yang tak sempat tu bagi duit ajelah kat Pengerusi Kelab Guru..Mr Auzaai...aku plak main beli je kuih karipap dan cuk keria...
Pagi tu dimulakan dengan Budaya Quran dengan disambung ayat dari Surah Ali Imran yang diketuai oleh Ustaz Asri...pada mulanya giliran aku tetapi ntah kenapa selepas nazir memantau aku untuk kenaikan GC Gred tengahari semalam, aku mula hilang suara...hehe...nasib baik dah lepas pemantauan.
Ada yang bawa nasi tomato, kuih muih, nasi himpit, rendang, dalca, ayam masak merah dan bermacam lagi juadah..ini juga sempena bagi guru yang meraikan 'raya untuk puasa enam yang disempurnakan dalam bulan Syawal ini. Bagusnya dengan jamuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru berbilang  bangsa dan agama serta tanpa mengira kedudukan, pangkat serta jawatan...yang penting...makan....

Isnin, 3 September 2012

Perkahwinan Adik Ipar di Mersing

pada 1 September yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan adik ipar Norliza dengan pasangannya Nazif di Felda Nitar Satu, Mersing. Akad nikah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumah pengantin perempuan dan acara bersanding dijalankan pada hari yang sama pada jam 2 petang. cuaca pada mulanya ok dan elok akan tetapi pada jam 2.300 petang tiba-tiba berubah dengan kehadiran hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kencang. tetamu yang hadir bertempiaran lari meninggalkan khemah yang mungkin akan tercabut kain kanvasnya. bilal masjid yang berada di khemah dengan segera mengalunkan azan sebagai tanda perlindungan memohon dari Allah. segalanya reda dalam tempoh 20 minit. alhamdulillah tiada yang rosak dan semua tetamu selamat.
akan tetapi cadangan makan berdamai untuk pengantin yang ditetapkan pada khemah pengantin terpaksa diubah ke dalam rumah kerana kerusi dan meja di khemah tersebut basah. nasib baik makanan selamat kerana makanan bertutup dengan plastik.
tetamu mula meninggalkan rumah penganin dan segalanya berakhir pada jam 5 petang. satu pengalaman yang takkan dilupakan. kebetulan Norliza adalah ahli keluarga yang terakhir menamatkan zaman daranya dan keluarga mertuaku telah selamat menjalankan tanggungjawabnya mencarikan pasangan hidup untuk kesemua anak-anak mereka bermula dengan perkahwinan isteriku dengan ku pada 2002, abg iparku pada 2009, adik ipar bongsu dan adik ipar ketiga pada 2011 dan penamatnya adik ipar keempat pada tahun ini 2012.
Buat Norliza dan Nazif, semoga bahagia berkekalan sehingga ke anak cucu dan selamanya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...