SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 17 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

pada 16 Mei yang lepas, telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan di dataran wawasan. acara bermula dengan perarakan masuk guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi paluan kompang sekolah. Semua guru berada di dataran wawasan berhadapan dengan pelajar seramai 1000 orang. Dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas dan seterusnya nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri Johor. Seterusnya ucapan dari Ketua Pelajar dan diikuti ucapan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolah. dan selepas itu, ucapan dari En Toh Cheng Hwa, Pengetua sekolah.
Diteruskan dengan acara sajak, tarian dan nyanyian dari pelajar dan segmen pendidikan khas. Pengawas dan pelajar tingkatan 6 pula mengendalikan acara anugerah untuk guru seperti anugerah guru paling sabar, paling anggun, paling kreatif, paling segak dan sebagainya. dan akhir sekali anugerah guru paling popular yang dimenangi oleh En Ahmad Lutfee iaitu GPK Hem sekolah.
Pelajar dan guru rehat sementara aku menyiapkan doa untuk majlis jamuan tengahari.
Jam 10.30 pula disambung dengan acara sukaneka di padang sekolah. antara acaranya ialah kerusi muzik, boling, basikal lambat, isi air dengan span dan sebagainya. jam 12 berakhir. pelajar pulang manakala semua guru ke majlis jamuan hari guru sehingga jam 1 tengahari. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
tahniah kepada AJK kelab guru di bawah pimpinan Ustaz Auzaai kerana dapat mengendalikan sambutan hari guru dengan baik sekali dan aku rasa tahun ni yang paling gempak dan meriah...tahniah...
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..
SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIKAN SEMALAYSIA...

Ahad, 13 Mei 2012

Kursus Guru Cemerlang 2012

pada 10 Mei yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi Mara Mukim Serom 4&5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah berganding tenaga dengan menganjurkan satu kursus khas untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertaan dari guru cemerlang yang terlibat. Bermula dengan pendaftaran pada jam 7.30 pagi dan terus dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj Hassni iaitu Pengerusi MGC Muar dan Ledang.
Slot pertama bermula pada jam 10.30 dengan ceramah 'Guru Penyayang' yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Issmail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Penyampaian yang sungguh berkesan dan meyakinkan sesuai dengan kredibiliti beliau sebagai pengetua cemerlang membuatkan warga GC tak kering gusi dan tak berganjak dari tempat duduk.
Slot kedua pula bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau semasa memantau guru-guru, perkara-perkara penting sebelum, semasa dan sesudah mengajar dan tidak lupa juga beliau menceritakan tentang iklan guru cemerlang yang akan tutup pada 25 Mei.
Tengahari berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur.
Slot petang disambung dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang yang telahpun bersara dari dunia pendidikan iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia sekitar persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhirnya ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Sektor Pengurusan Akademik.
Selepas ucapan disampaikan cenderamata kepada guru yang bersara dan tak lupa juga kepada Tn Hj Lokman. Majlis berakhir pada jam 4,45 petang, MGC Muar dan Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GC yang terlibat sebagai AJK samada secara langsung ataupun tidak begitu juga kepada semua GC yang hadir bagi memenuhi amanat dan tanggungjawab kita sebagai ahli dalam MGC Muar dan Ledang. Kecemerlangan Berterusan Insyaallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...