PENUBUHAN Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah seluruh negara
semakin mendapat tempat di hati pelajar apabila bilangan yang
mengikutinya meningkat begitu ketara sejak ia diperkenalkan 41 tahun
lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, semenjak ia
ditubuhkan pada 2 Mac 1970 di bawah Seksyen 68 Akta Polis, keanggotaan
yang pada awalnya hanya berjumlah 1,906 kini telah melonjak kepada
105,994 orang.
"Saya amat berbangga kerana minat pelajar terhadap pasukan polis
begitu tinggi sekali gus dapat merealisasikan objektif penubuhannya
dalam mendisiplinkan para remaja serta membina sahsiah pelajar selaras
Falsafah Pendidikan Negara.
"Jika dahulu, para pelajar hanya dikaitkan dengan kes buli tetapi
kini, mereka juga sudah mula terlibat dengan kejadian samun, curi
kenderaan, ragut dan rogol.
"Walaupun bilangannya kecil, namun pihak polis tidak mengambil remeh
mengenainya. Anggota Kor Kadet Polis boleh berperanan sebagai 'mata dan
telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak sekolah
bagi mengelakkan ia daripada berlaku," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan