PENUBUHAN Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah seluruh negara
semakin mendapat tempat di hati pelajar apabila bilangan yang
mengikutinya meningkat begitu ketara sejak ia diperkenalkan 41 tahun
lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, semenjak ia
ditubuhkan pada 2 Mac 1970 di bawah Seksyen 68 Akta Polis, keanggotaan
yang pada awalnya hanya berjumlah 1,906 kini telah melonjak kepada
105,994 orang.
"Saya amat berbangga kerana minat pelajar terhadap pasukan polis
begitu tinggi sekali gus dapat merealisasikan objektif penubuhannya
dalam mendisiplinkan para remaja serta membina sahsiah pelajar selaras
Falsafah Pendidikan Negara.
"Jika dahulu, para pelajar hanya dikaitkan dengan kes buli tetapi
kini, mereka juga sudah mula terlibat dengan kejadian samun, curi
kenderaan, ragut dan rogol.
"Walaupun bilangannya kecil, namun pihak polis tidak mengambil remeh
mengenainya. Anggota Kor Kadet Polis boleh berperanan sebagai 'mata dan
telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak sekolah
bagi mengelakkan ia daripada berlaku," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Khamis, 27 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Aug 2003 telah
membincangkan Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
-
Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan
kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail
dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah
sekiranya disertai dengan niat.
-
Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut.
- Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak
Ahad, 9 Oktober 2011
Selamat Hari Lahir Buat Isteriku
pada 8hb Oktober lepas ialah hari ulangtahun kelahiran bagi isteriku Erdalina yang ke 34. pagi tu isteriku ke sekolah kerana ada latihan rumah sukan dan seterusnya ada mesyuarat guru. aku dan anak-anak ke bandar Muar untuk mencari hadiah yang sesuai bagi isteriku dan akhirnya berjumpa..balik je dari sekolah, aku sudahpun meletakkan hadiah harijadi tersebut di atas katil di bilik kami...apalagi tersenyum la isteriku dengan ucapan terima kasih..aku kata hadiah ni aku dan anak-anak yang pilih....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sayangku..
dan pada malamnya pula aku bawa familiku makan makan di restoran ikan bakar Wak Jos di Sabak Awor, Muar..berselera semuanya makan, ada satay, ada sayur, ada ikan pari, ada sotong tepung, ada otak-otak dan juga sup ayam.....berbaloi la..harga pun ok sesuai dengan juadah yang terhidang...
dan pada malamnya pula aku bawa familiku makan makan di restoran ikan bakar Wak Jos di Sabak Awor, Muar..berselera semuanya makan, ada satay, ada sayur, ada ikan pari, ada sotong tepung, ada otak-otak dan juga sup ayam.....berbaloi la..harga pun ok sesuai dengan juadah yang terhidang...
Ahad, 2 Oktober 2011
Penilaian Menengah Rendah 2011
saya selaku GC Pendidikan Islam mengucapkan Semoga Berjaya kepada semua calon-calon sekolah yang bakal menduduki peperiksaan PMR bagi tahun 2011. apa yang diperlukan sekarang ini ialah ketenangan dan kelapangan fikiran selain mohon doa kepada Allah agar diberikan kesihatan sepanjang peperiksaan ini berlangsung. Kesihatan lah yang paling penting kerana tidak ada gunanya kebijakan sekiranya calon sakit semasa hari peperiksaan. pada malam peperiksaan, pelajar dinasihatkan jangan tidur lambat, paling lewat untuk mengulangkaji pun hanyalah setakat jam 11malam..pastu tidur, bangunlah awal jam 5 pagi , solat hajat, tahajjud, ulangkaji sedikit dan solat subuh, sarapan, minta restu ayah dan ibu dan berlapang dada ke sekolah dengan tiada stress dan 'tension'. banyakkan berselawat dan beristghfar. Semoga berjaya terutama anak-anak didikku di SMKBP di Muar...
Langgan:
Catatan (Atom)