SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Jun 2014

Sirkit Pertama Bowling USPTN Majlis Sukan Negeri Johor


Pada 17 May 2014 Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri di bawah Majlis Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tenpin Remaja Tertutup Johor Sirkit Pertama yang telah berlangsung di Pasir Gudang Bowl. Ramai remaja telah mengambil bahagian. Alia Farhana pun mengambil bahagian juga setelah kecewa pada kejohanan MSSD yang lepas. dan hasilnya Alia mendapat tempat ke-4 untuk kategori bawah 12 tahun perempuan. Alhamdulillah..Pencapaian yang baik. Tunggu sirkit kedua pula di BP Mall lepas raya...tahniah Alia Farhana..

Jumaat, 1 Mac 2013

Penampilan Sulung Di MSSD

pada 26 Februari lepas anak sulungku Alia Farhana pertama kalinya mewakili sekolah ke pertandingan Tenpin Bowling MSSD Muar 2013 bagi kategori bawah 12 tahun perempuan....Alia baru darjah dua. Mulanya dia takut, tapi bila dah baling 2,3 kali dah mula syok. Alhamdulillah Alia dapat la tempat ke-9 dari 19 orang yang mengambil bahagian. Yang peserta lain semuan murid darjah 5 dan 6. bagi aku ini baik sebab perjalanan karier bowling Alia masih baru. Tahniah anakku. teruskan perjuangan abahmu yang dah nak mula slow main bowling...pasni tunggu giliran Afif Danial pulak yang nak join, lagi 2 tahun la...tahniah...

Sabtu, 25 Februari 2012

Pesta Tenpin Boling MSSD Muar 2012

pada 21-23 Februari yang lepas aku ditugaskan untuk menjadi marshal lorong bagi Pesta Tenpin Boling MSSD Muar 2012 yang diadakan di Muar Perfect Bowling Center, Bakri Batu 4, Muar. Pada hari pertama diadakan kejohanan untuk bawah 12 tahun, diikuti hari kedua dengan bawah 15 tahun dan hari ketiga bawah 18 tahun.
Selain dari menjadi pengadil lorong, aku juga ditugaskan membawa seorang pemain wakil sekolahku untuk bawah 18 tahun perempuan iaitu Ct Nurain Rosli. dan beliau telah mendapat tempat kelima bagi kategori yang disertainya. Tahniah Nurain.

Sabtu, 2 Julai 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

pada 2 Julai telah diadakan larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk lah sekolah di Daerah Muar ini..SMK Bukit Pasir. pelajar datang awal ke sekolah seperti biasa dan dimulakan dengan senamrobik sebagai pemanas badan dan pada jam 8 pagi semua pelajar lelaki dan perempuan 18-13 tahun dilepaskan untuk larian tersebut.Untuk sekolahku, larian dilepaskan oleh tuan Pengetua sendiri iaitu Mr Toh Cheng Hwa dan beliau turut sama mengambil bahagian dalam larian tersebut. Moga tercapai hasrat nak pecahkan rekod baru dalam Malaysia Book Of Record....

Sabtu, 22 Januari 2011

Merentas Desa SMK Bukit Pasir 2011

pada 22 januari 2011 sabtu telah berlangsungnya kejohanan merentas desa peringkat sekolah.
jam 7.15-8.00 pagi semua pelajar berkumpul di tempat yang ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing untuk pembahagian nombor dada. jam 8.00-8.30 para pelari mendengar taklimat dan acara pemanas badan di dataran wawasan.

jam 8.30 pagi dilepaskan para pelari mengikut kategori L13/P13/L15/P15/L18/P18. peserta L15 dan L18 akan melalui track yang lebih jauh berbanding yang lain. aku pula ditugaskan menjaga checkpoint 3 berhampiran padang bola jalan menuju ke Kg Jorak..
segalanya tamat jam 10 pagi dan terus diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. tamat jam 12 tengahari, para pelajar bersurai dan pulang.

Selasa, 18 Januari 2011

1 MURID 1 SUKAN


PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
1.0 PENGENALAN
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Sabtu, 9 Oktober 2010

MSKPP Muar 2010

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Jam : 10pg - 1 tengahari
Tempat : Muar Perfect Bowling Centre
Telah berlangsung Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP) Daerah Muar bagi acara tenpin bowling. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih wakil bagi daerah Muar ke kejohanan peringkat negeri Johor yang dijangkakan akan diadakan di Ampang Superbowl Johor Baharu pada 28 dan 29 Oktober nanti..
Hampir 50 orang telah menyertainya terdiri daripada warga pelajaran sekolah rendah, menengah dan juga dari warga PPD sendiri. Aku pun ambil kesempatan untuk mencuba nasib. Sejak 2004 sehingga 2009 aku tidak pernah terlepas peluang mewakili daerah Muar ke MSKKPP Johor. Tahun 2007 aku dapat mewakili MSKPP Johor ke MSKPP Malaysia yang diadakan di Ampang Superbowl Ipoh Parade...Johor Juara buat kali pertama..dan mengekalkan untuk 2008 dan 2009...
Untuk kejohanan Muar hari ni, sejarah tercipta apabila Johan, Naib Johan dan Ketiga mendapat jatuhan pin yang sama iaitu 710..dan kemenangan dikira melalui game terakhir..
akhirnya aku dapat tempat ketiga kerana balingan terakhir aku cuma jatuhkan 8 pin saja sedangkan aku sudahpun mendapat 2 strike sebelum itu di frame ke-10 dan bonus frame....kalau dapat 9 pin, jumlah aku 711 dan juara la aku...tapi takpe..aku bersyukur dengan tempat ketiga...janji dapat wakil Muar.

Selasa, 27 Julai 2010

Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke-10

Bermula 24-28 JULAI 2010 telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum ke-10 di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak, Johor. Sebanyak 14 buah matrikulasi seluruh Malaysia telah datang ke sini dan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan seperti tenis, bola jaring, bola tampar, bola sepak dan bola keranjang. Aku telah dijemput bersama rakan-rakan tenis aku untuk membantu pihak KMJ dari segi kepengadilan. Antara yang terlibat ialah aku, Zainal Fitri, Zainal Esa, Ramlan, Fahmi, Zainizam, Sulaiman, Saidi dan Adnan. Semuanya dari daerah Muar dan Segamat.

Isnin, 10 Mei 2010

Karnival Sukan Agensi 2010



pada 8 Mei yang lepas, pejabat daerah Muar telah menganjurkan Karnival Sukan Agensi daerah Muar 2010 di mana telah diadakan pertandingan sukan antara jabatan kerajaan Muar yang melibatkan sukan seperti tenpin bowling, bolatampar, bola jaring, sepak takraw dan badminton. aku, chemad, kak shidah, hambali dan ghaffar telah dipilih untuk bermain tenpin bowling bagi mewakili pejabat pelajaran daerah Muar. Shahrizan dan isteri Ghaffar pula telah dipilih sebagai jurulatih dan pengurus pasukan. Tenpin bowling diadakan sebanyak 2 blok...iaitu blok pagi dan petang. dan keputusannya ialah JPJ telah muncul sebagai johan, JKR /JPS sebagai naib johan dan PPD Muar (team aku lah) mendapat tempat ketiga.Tahniah buat para pemenang...

Sabtu, 10 April 2010

Kejohanan Bowling Hari Polis 2010

Pada 10 April 2010 Sabtu Jam 10 pagi di Muar Perfect Bowl telah diadakan kejohanan Tenpin Bowling Sempena Hari Polis. Ianya dianjurkan oleh Maktab Teknik PDRM Bakri. Kejohanan ini dijalankan antara jabatan-jabatan kerajaan daerah Muar dan antara yang mengambil bahagian ialah maktab teknik PDRM, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pengangkutan jalan, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Agama Islam dan banyak lagi. hasilnya 20 pasukan dibentuk yang terdiri daripada 3 orang bagi satu pasukan. Pejabat Pelajaran daerah menghantar 2 pasukan.


Ini adalah pasukan Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Azrun selaku ketua pasukan, aku dan Reza....Pasukan ini dapat tempat keenam dari 20 pasukan yang bertanding dengan purata jatuhan pin 170.0. Azrun seorang yang dapat melangkah ke acara masters.


Ini pula pasukan kedua Pejabat Pelajaran Daerah yang terdiri daripada Che Mad selaku ketua pasukan, Ghafar dan Shahrizan.


Ini antara aksi-aksi yang sempat dirakam sepanjang kejohanan..dan berita baiknya ialah.....


Azrun telah muncul sebagai Juara Masters dengan jatuhan pin 255 mengalahkan 14 peserta masters yang lain...terima kasih kat Azrun kerana selepas itu dia belanja kitaorang makan tengahari kat restoran depan taman rumah aku.Tahniah..

Khamis, 8 April 2010

Tennis MSSD Muar 2010


pada 6 dan 7 april yang lepas telah berlangsung kejohanan Tennis Majlis Sukan Sekolah Daerah Muar 2010 di komplek tennis remaja tanjung. sekolah aku menghantar 3 wakil iaitu Asyraf dan Akmal untuk L18 manakala Syafiq untuk L15. dan keputusannya Syafiq dalam penampilan sulungnya yang masih di tingkatan satu telah muncul naib Johan L15. abangnya pula Asyraf mendapat tempat ketiga dan Akmal mendapat naib Johan L18. Tahniah buat semua..aku pi sebagai pengadil pun ya, guru pengiring pun ya, jurulatih pun ya....hehehehe....thanx to Pak Ali yang banyak melatih mereka...


Syafiq menerima hadiah dan sijil untuk naib johan L15..Tahniah..Jangan malu-malu..


Asyraf menerima hadiah dan sijil untuk tempat ketiga L18..Tahniah..Cuba lagi..


Akmal menerima sijl dan hadiah untuk naib johan L18..Tahniah...tahun depan milik anda..

Isnin, 8 Mac 2010

Perlawanan Tenis Pesahabatan TTC vs Politeknik Merlimau


pada pagi Ahad 7 Mac yang lepas telah diadakan perlawanan persahabatan Tenis antara TTC lawan Politeknik Merlimau Melaka yang diadakan di Poli tersebut. TTC diwakili oleh Cikgu Zainal Abidin, Cikgu Fahmi, Cikgu Azrun, Cikgu Zainal Fitri, En Din Hospital, Afiq dan sudah tentunya aku sendiri. perlawanan berlangsung dalam suasana yang ceria dan tamat pada jam 11 tengahari. kami pun ambil kesempatan juga untuk mengadakan perlawanan beregu MSKPP Muar yang diwakili aku dan enal fitri menentang MSKPP Ledang yang diwakili oleh Azrun dan Fahmi...kesudahannya Muar menang 'straight set' 6-2, 7-6(7-5). Ledang nak 'repeat' lagi tu...ok je...apapun terima kasih kepada sahabat yang datang. kepada team tenis lain yang nak cuba lawan persahabatan dengan team TTC kami, hubungilah aku...kat blog ni..

Jumaat, 5 Februari 2010

MSSD Bowling 2010






pada 2-4 Februari lepas telah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bowling MSSD Muar 2010 yang diadakan di Muar Perfect Bowl. Kejohanan ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Sekolah aku hantar satu pasukan lelaki bawah 18 tahun je. Setelah berhempas pulas, akhirnya nasib tidak menyebelahi kami, acara berpasukan kami kalah. akan tetapi sedikit terubat apabila salah seorang dari pasukan kami iaitu BP3 Ipin telah terpilih ke acara masters selepas menduduki kedudukan ke 7 dari kesemua peserta lelaki 18 tahun. Di sini aku selitkan beberapa gambar sepanjang kejohanan berlangsung. Peringkat MSSJ pula akan diadakan di Daiman BOwl JB pada 23-24 februari ini.

Sabtu, 16 Januari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010





ini pula gambar sekitar penyampaian hadiah..tahniah kepada pemenang


pada 15 Januari yang lepas, hari jumaat, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. aku bertugas sebagai pegawai di 'checjpoint'. Kejohanan berlangsung dengan meriah dengan disertai hampir 90% pelajar sekolah yang dikategorikan kepada L13, P13, L15, P15, L18 dan P18. Merentas Desa ini dilepaskan oleh GPK 1 sekolahku memandangkan pengetua tiada kerana ada mesyuarat luar. kejohanan tersebut telah tamat pada jam 11 pagi. Sempatlah aku ambil beberapa keping gambar untuk tontonan semua.

Sabtu, 21 November 2009

Qubica World Cup Bowling





pada 15-19 November lepas, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Tenpin Bowling Piala Dunia yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre. aku pun tidak mahu melepaskan peluang dan berpakat dengan rakan-rakan dan terus pergi ke MIBC. Cuma tidak dibenarkan ambil gambar mengunakan flash. keputusan ct safiyyah tempat ke-3... zulmazran bertahan kat top 8 je...

Selasa, 27 Oktober 2009

MSKPP Negeri Johor 2009




MSKPP negeri Johor bagi tahun ini telahpun dilangsungkan di Batu Pahat mulai 23-25 oktober 2009. aku terlibat sebagai pemain bowling untuk Muar bersama dengan Che mad, Azrun, Mazlan dan Hambali. wanita pula diwakili oleh Maharani, hjh Rashidah, Rita, Suzy dan Lin. Persaingan sangat sengit dan bowling dijalankan di Pacific Bowl di BP Mall. permainan sebanyak 6 game. dan cuma Hambali dan Hjh Rashidah sahaja yang berpeluang ke acara masters sedangkan yang lain kurang bernasib baik. yang aku tahu dah tiba masanya aku beli bola baru.....nampak macam nak 'tangkap' storm 2nd dimension ataupun brunswick wildride.....hahhaha...tunggu jelah....cuba lagi tahun depan plak kat segamat....oh ya....mskpp Kebangsaan di Sabah...all the best.....lupa gak....team tenis muar pun kurang bernasib baik gak yang diwakili oleh sahabat-sahabatku seperti Ramlan, Enal Kidal, Enal Dato, Fahmi, Hapis dan Nakia......try again bro....

Selasa, 13 Oktober 2009

MSKPP Muar 2009


pada 10 okt lepas aku telah mengambil bahagian dalam pemilihan skuad tenpin bowing daerah muar yang diadakan di Muar Perfect Bowl Bakri. malangya aku jatuh ke tempat ke-6 sedangkan skuad perlukan 5 lelaki dan 5 perempuan sahaja. yang dapat ialah fahmi, mazlan, hambali, azrun dan che mad. tetapi rezeki aku agaknya salah seorang tarik diri kerana nak main sukan lain. seorang tak dibenarkan main 2 sukan...jadi alhamdulillah rezeki aku. punca aku tak perform ialah bola yang dah lama tidak di'polish' jadi snap dan dia punya back end tak mantop gitu.....kejohanan Majlis Sukan Dan Kebajikan Perkhidmatan Pendidikan Negeri akan diadakan di batu pahat pada 23-25 okt ni....doakan untuk aku....

Selasa, 11 Ogos 2009

PESTA SUKAN NUTP KEBANGSAAN DI PERAK





pada 31 julai - 2 ogos telah berlangsung Pesta Sukan NUTP Kebangsaan di Ipoh Perak, my hometown la....sampai aje kat Paragon City Hotel dah kul 8 malam terus cari kedai makan. dgn bantuan myGPS dapat la kita cari kedai makan melayu dsbnya. aku sebilik dengan AJK KPPK Segamat iaitu Cikgu Jamal.Mr Saiful Atan sampai lewat malam. pg sabtu ada perjumpaan di lobi, siap bagi elaun la...peghh boleh tahan elaun kita dapat sepanjang 3 hari kat ipoh. bowling lelaki aku, azrun dan bain. bain masuk masters. keptusan lelaki nombor 6, pompuan 2. bolatampar lelaki 3, pompuan 4, bola jaring kalah. walaubagaimana pun Johor kekal Juara Keseluruhan Pesta Sukan NUTP 2009. thanx kat Mr Mahmud, Mr Saiful, Mr Jamal. 3 hari kat sana baru bekenalan tapi semua geng kppk sporting orangnya. ok bye....pagi 3 ogos aku plak kena ke Mersing. urusan kerja. ni antara gambar-gambarnya....tq Mr Saiful atas kiriman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...