SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Jumaat, 31 Disember 2010

Pendaftaran Pra Sekolah Alia

pada 28 Disember lepas aku telah menghadiri taklimat pendaftaran pra sekolah Alia. tahun ni tahun kedua Alia di pra sekolah. Tahun lepas semasa 5 tahun, tahun ni 6 tahun. Taklimat berjalan lancar sehinggalah tiba-tiba namaku dipanggil..terkejut aku, rupanya nak dilantik sebagai Pengerusi Permuafakatan Ibu bapa Pra Sekolah. Terima ajelah, dah diberikan kepercayaan...bayar yuran dan balik. Aku doakan Alia belajar dengan rajin dan boleh menguasai membaca, mengira, menulis, menaakul dengan baik sebelum melangkah ke alam persekolahan tahun 2012 di darjah satu....

Isnin, 27 Disember 2010

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan

Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.



Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan. 



Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, 17 Disember 2010

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
     
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
     
  4. Tapai halal dimakan.
     
  5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
     
  6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Sumber: e-fatwa Malaysia

Jumaat, 3 Disember 2010

Friday Prayer

Narrated Jabir:
A man entered the Mosque while the Prophet was delivering the Khutba. The Prophet said to him, "Have you prayed?" The man replied in the negative. The Prophet said, "Pray two Rakaat."

Khamis, 25 November 2010

SOLAT TAHAJUD TINGGIKAN DARJAT INSAN


            Umat Islam digalakkan mengerjakan solat sunat selain daripada tuntutan menunaikan ibadah wajib. Antara ibadah sunat itu ialah sembahyang malam atau dikenali solat tahajud. Ibadat solat tahajud adalah amalan yang sangat baik disisi Allah.
            Sesungguhnya, solat tahajud bertujuan meninggikan darjat kehambaan mukmin dan menolong mereka mencapai makam (kedudukan) tertinggi disisi Allah serta manusia. Justeru, umat islam digalak mengerjakan ibadah berkenaan pada waktu dua pertiga malam selepas bangun dari tidur. Ada banyak hadis yang menganjurkan umat Islam sentiasa mengerjakan solat tahajud. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : “ Bahawa Allah memberi rahmat kepada lelaki yang bangun pada waktu tengah malam dan mengejutkan isterinya bagi menunaikan solat malam. Jika isterinya tidak sedar, direnjiskan dengan sedikit air. Begitu juga Allah memberi rahmat kepada isteri yang bangun pada dinihari dan mengejutkan suaminya bagi menunaikan solat tahajud.”              
            Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang difardukan kepada umatku, iaitu solat witir, bersugi, dan sembahyang tahajud. Saidina Umar al- Khattab meriwayatkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang mengerjakan solat tahajud dan memperelokkannya nescaya Allah memberi lapan kemuliaan. Empat diperoleh di dunia dan empat lagi di akhirat.”

4 kemuliaan di dunia ialah  :
1.      Allah memelihara daripada kemusnahan jiwa dan harta benda,
2.      Meninggalkan kesan ketaatan pada wajahnya,
3.      Dikasihi orang mukmin dan sekalian manusia serta
4.      Lidahnya sentiasa bercakap benar lagi berhikmat.

4 lagi kemuliaan di akhirat ialah :
       1.  Dihimpunkan kepadanya di padang mahsyar dengan wajah berseri-seri,
       2.  Dimudahkan pengiraan hisab,
       3.  Melintasi titian sirat sepantas kilat dan
       4.  Di beri kitab amalan pada tangan kanan.

Isnin, 22 November 2010

Hari Q Peringkat Sekolah 2010

pada Jumaat yang lepas 19 November yang lepas, telah berlangsung Hari Q peringkat sekolah untuk kurikulum. Pada hari tersebut pelajar yang  mendapat kecemerlangan dalam kurikulum diberikan anugerah dan penghargaan dari pihak sekolah. tidak ketinggalan juga guru-guru yang terlibat meningkatkan prestasi pelajar. dan aku alhamdulillah aku mendapat 2 anugerah dari sekolah iaitu anugerah peningkatan prestasi PMR 2009 Pendidikan Islam dan anugerah peningkatan prestasi SPM 2009 Tasawwur Islam. Terima kasih SMKBP..
Dan pada hari Sabtu pula telah diadakan mesyuarat guru akhir tahun 2010 di mana Pengetua, GPK memberikan pesanan kepada semua guru sebelum bercuti dan mengingatkan guru tentang kerja-kerja yang belum selesai dan tarikh mesyuarat pertama bagi tahn 2011 yang akan diadakan pada 29 Disember. Kehadiran adalah wajib..Selamat Bercuti....dan Selamat menempuh peperiksaan SPM bagi semua calon SPM SMK Bukit Pasir dan semua calon dari seluruh negara....

Ahad, 14 November 2010

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.
Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

Isnin, 8 November 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam Negeri Johor 2010

Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani (Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam...aku la (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Dan aku membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun aku bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama bagi dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.

Jumaat, 5 November 2010

Cuti Hari Deepavalli

Sempena Deepavali, sekolahku bercuti selama 5 hari bermula 3hb November sehingga 7hb November. Kami sekeluarga tak balik kampung. Jadi kami bawa anak-anak ke Melaka, mana tujuan kami ya..dalam kereta baru rancang, akhirnya sepakat pi Tesco Melaka. Kebetulan aku nak beli ubat sengkuang tu. Sampai jam 12.30, mula kami ronda-ronda dalam Tesco tu. Beli la sikit barang. Solat Zuhur. makan kat food court. Dan tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Alia dan Afif nak main kat pusat permainan.
Aku lepaskan mereka bermain di situ hampir 30minit..punya la suka mereka terutama Afif yang buat pertama kali dilepaskan main di situ..mula-mula Afif malu-malu. dah tu taknak  keluar plak. Kami sampai umah di Muar jam 6 petang...

Ahad, 31 Oktober 2010

Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar

Tarikh : 28 - 30 Oktober 2010
Tempat : SMK Bukit Pasir, Muar
Peserta : 50 Orang (Pelajar PMR 2010)

Kem ini telah diadakan selama 3 hari dan dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam di sekolah dengan bantuan guru-guru lain. Diantara pengisian yang terdapat dalam kem tersebut ialah :-
Ceramah daripada Ustaz Malek, beliau adalah pegawai penguatkuasa di Majlis Agama Islam Johor cawangan Muar. Banyak mendedahkan tentang enakmen dan undang-undang serta beberapa siri serbuan dan tangkapan pasangan yang berkhalwat.
Pameran Seni Khat daripada Galeri Seni Khat di bawah kelolaan Ustaz Zamri. Berpengalaman menghasilkan khat dan di pameran ini dikendalikan juga tulisan khat secara spontan oleh beliau dan kita boleh menempah nama dan sebagainya untk ditulis di atas kertas dan ianya dijual samada dengan bingkai atau tidak.
Penceramah ialah Ustazah Zubaidiah daripada Majlis Agama Islam juga dan menceritakan tentang Bicara Kematian. Siap ada model kain selimut jenazah lagi. Menggeletar model tu..
Pada waktu petangnya diadakan 'repelling' dari tingkat 3 bangunan baru Blok F sekolahku..hampir 30 orang memberanikan diri mencuba sukan 'extreme' ini....tahniah dik...
Dan akhirnya pada tengahari sabtu diadakan Perasmian Penutupan Kem Pemantanpan Sahsiah Pelajar oleh YB Dato Dr Sharuddin ADUN Jorak. Majlis turut dihadiri oleh Ustaz Khairozi Penolong Pengarah Unit Dakwah, Akidah dan Ajaran Sesat, Tn Hj Salihuddin Rasul Pegawai Khas Menteri Pelajaran dan Tn Hj Muzammel YDP PIBG sekolahku....
Semoga dengan kem ini akan dapat mendidik pelajar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama, bangsa dan negara..

Selasa, 26 Oktober 2010

Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Isnin, 18 Oktober 2010

Pilgrimmage (Hajj)

Narrated Abu Huraira:
The Prophet was asked, "Which is the best deed?" He said, "To believe in Allah and His Apostle." He was then asked, "Which is the next (in goodness)?" He said, "To participate in Jihad in Allah's Cause." He was then asked, "Which is the next?" He said, "To perform Hajj-Mabrur. " 

Sekarang dah bermulanya musim haji, penerbangan demi penerbangan telah mula berlepas menuju ke tanah suci samada terus ke Mekah atau ke Madinah terlebih dahulu. bagiku alhamdulillah pernah menunaikan haji pada tahun 1996 masa aku menuntut di Jordan. Walaupun begitu aku daftar dengan tabung haji lagi sebab kali ini aku ditemani oleh isteriku yang sememangnya belum pernah menjejak kaki di Mekah. kalau ikut jadual, tahun 2025 baru ada peluang kami...Doakan kami. dan kita doakan jemaah tahun ni dapat menunaikan haji dengan penuh ketaqwaan dan mendapat haji yang mabrur....Amin

Isnin, 11 Oktober 2010

Selamat Hari Jadi Buat Isteriku

Selamat hari jadi buat isteriku yang tersayang Erdalina Ramli pada 8hb Oktober yang lepas. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki berkekalan sepanjang hayat. Terima kasih atas kurniaan Allah kepada kita iaitu Alia dan Afif...nak tambah lagi? Lagi dua ok la...cukup dua pasang.....

Sabtu, 9 Oktober 2010

MSKPP Muar 2010

Tarikh : 9 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Jam : 10pg - 1 tengahari
Tempat : Muar Perfect Bowling Centre
Telah berlangsung Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (MSKPP) Daerah Muar bagi acara tenpin bowling. Kejohanan ini bertujuan untuk memilih wakil bagi daerah Muar ke kejohanan peringkat negeri Johor yang dijangkakan akan diadakan di Ampang Superbowl Johor Baharu pada 28 dan 29 Oktober nanti..
Hampir 50 orang telah menyertainya terdiri daripada warga pelajaran sekolah rendah, menengah dan juga dari warga PPD sendiri. Aku pun ambil kesempatan untuk mencuba nasib. Sejak 2004 sehingga 2009 aku tidak pernah terlepas peluang mewakili daerah Muar ke MSKKPP Johor. Tahun 2007 aku dapat mewakili MSKPP Johor ke MSKPP Malaysia yang diadakan di Ampang Superbowl Ipoh Parade...Johor Juara buat kali pertama..dan mengekalkan untuk 2008 dan 2009...
Untuk kejohanan Muar hari ni, sejarah tercipta apabila Johan, Naib Johan dan Ketiga mendapat jatuhan pin yang sama iaitu 710..dan kemenangan dikira melalui game terakhir..
akhirnya aku dapat tempat ketiga kerana balingan terakhir aku cuma jatuhkan 8 pin saja sedangkan aku sudahpun mendapat 2 strike sebelum itu di frame ke-10 dan bonus frame....kalau dapat 9 pin, jumlah aku 711 dan juara la aku...tapi takpe..aku bersyukur dengan tempat ketiga...janji dapat wakil Muar.

Isnin, 4 Oktober 2010

PMR 2010

Saya Ustaz Saiful ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan PMR bagi semua pelajar yang akan mendudukinya pada esok 5 Oktober 2010..semoga berjaya terutama anak-anak didikku di SMKBP dan 3 Intan/Mutiara...ingat janji Ustaz kat kamu semua....nak tips?
1. Bangun awal pagi..solat subuh....baca Quran
2. Sarapan pagi amat penting
3. Restu ibubapa sangat penting...salam dan peluk mereka sebelum ke sekolah (kalau boleh ibubapa hantar anak ke sekolah)
4. Masuk dewan dengan zikrullah..baca doa...
5. Jawab dengan tenang...agak terlupa, selawat lah ke atas nabi kita Nabi Muhammad SAW
Semoga berjaya... ATAMANNA LAKUM BIN NAJAH WAT TAUFIQ...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Solat Hajat Perdana 2010

Pada 30 Oktober yang lepas bersamaan dengan 14 Syawal telah diadakan satu majlis solat hajat untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Ibubapa dan para pelajar tersebut turut dijemput bagi menambahkan keberkatan majlis tersebut.
Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan kehadiran para pelajar dan tetamu juga ibubapa yang diadakan di Dewan Serbaguna Blok F. Jam 7.04 bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan  oleh aku sendiri.
Dan selepas solat, aku menyerahkan majlis Solat hajat dan bacaan Yaasin kepada Ustaz Asri.
Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan ucapan GPK1 En Zainuddin Jaini dan YDP PIBG Tn Hj Muzammil Ali.
Acara kemuncak ialah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi MRSM Muar. Ceramah lebih menitikberatkan tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak terutama di sepanjang peperiksaan berlangsung.
Majlis tamat jam 10 dengan pengagihan makanan kepada para pelajar dan ibubapa serta jamuan ringkas untuk tetamu VIP dan Tuan Penceramah. jam 10.45 majlis bersurai.....
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat bagi menjayakan majlis solat hajat ini...Jazakumullah Khair..

Isnin, 27 September 2010

Majlis Bersama TPM

Pada 5 September yang lepas telah berlangsungnya satu majlis yang dihadiri dan dimeriahkan serta disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia iaitu sesi Taklimat Model Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Di Bawah Projek SchoolNet. Persediaan yang dilakukan hampir 1 bulan melibatkan pihak sekolah, pihak GITN, TM, PDRM  dan sebagainya.

Pada hari tersebut, jam 11.30 pagi TPM hadir bersama pegawai-pegawai iringan daripada KPM dan JPNJ dan terus diberikan taklimat model tersebut. Seterusnya ditaklimatkan dan ditunjukkan model P&P yang menggunakan 'live video conferencing' melibatkan 2,3 sekolah luar dari sekolah aku. dan akhirnya ialah jamuan makan tengahari untuk semua tetamu jemputan.
Majlis berakhir pada jam 2 petang dan bersurai......Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan sesi taklimat ini.

Jumaat, 24 September 2010

Friday Prayer

Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "When it is a Friday, the angels stand at the gate of the mosque and keep on writing the names of the persons coming to the mosque in succession according to their arrivals. The example of the one who enters the mosque in the earliest hour is that of one offering a camel (in sacrifice). The one coming next is like one offering a cow and then a ram and then a chicken and then an egg respectively. When the Imam comes out (for Jumua prayer) they (i.e. angels) fold their papers and listen to the Khutba."

Khamis, 16 September 2010

Cara Berdakwah Yang Berkesan


Firman Allah yang bermaksud “Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]
Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan terdapat tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan. 

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

di kesempatan ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat sekelian sahabat bloggers yang melayari blog aku ni, yang membacanya dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Maaf tak sempat nak update blog sejak seminggu ni, aku sibuk dengan penandaan markah percubaan SPM subjek pendidikan Islam dan Tasawwur Islam...ni pun sempat gak cilok2....bagi yang nak balik kampung, hati-hati memandu, kalau ngantuk berhenti lah, tak kira lah suka balik siang atau malam...siang ni orang kata luas mata memandang tetapi mungkin cuaca panas, mudah letih....malam plak pandangan mata terhad tetapi cuaca sejuk, aku plak kalah malam kalau hujan....hilang mood...apapun Selamat Memandu..Pandu Cermat Insyaallah Jiwa Selamat....

Selasa, 31 Ogos 2010

Senyuman Suatu Sedekah

Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”

 
(Ahmad)

Jumaat, 27 Ogos 2010

Murid Menghargai Jasa Guru

ini berkaitan sekolah rendah yang terlibat dengan pertandingan keceriaan antara kelas. Isteriku mengajar di salah sebuah sekolah di Muar dan beliau telah berusaha dengan bantuan murid-muridnya untuk menghiasi dan mencantikkan kelasnya dan hasilnya kelas beliau mendapat tempat pertama..tahniah buat isteriku..Yang aku nak fokuskan di sini bukanlah kemenangan tersebut tersebut tetapi penghargaan yang diberikan oleh murid-murid di dalam kelas beliau..isteriku terkejut apabila masuk aje ke kelas dan mendapati murid-murid dah berkumpul dan menyatakan perasaan terima kasih dan penghargaan dengan cara mereka yang tersendiri. tersentuh hati isteriku..walaupun mereka masih di sekolah rendah tetapi bijak menghargai jasa dan pengorbanan guru mereka..walaupun untuk mencantikkan kelas mereka sahaja...dariku tahniah buat isteriku...teruskan perjuangan dan abang doakan semoga dapat menyertai pasukan abang lagi 2 tahun ya...dalam Majlis Guru Cemerlang...boleh kan?
Anakku juga dah mula menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak ramai dengan menyertai persembahan koir pra sekolahnya dengan menyanyikan lagu Malaysia Berjaya di perhimpunan khas sempena sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolahnya...Tahniah anakku...Anakku Alia Farhana yang pakai tudung yang berdiri di tengah tu.....

Selasa, 24 Ogos 2010

Guru tonggak atasi gejala sosial

WARGA pendidik terutamanya guru perlu sedar bahawa mereka menggalas tanggungjawab berat sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar di sekolah.
Kewibawaan dan komitmen guru menjadi titik tolok dalam memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat dalam menangani masalah gejala sosial membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.
Golongan remaja atau pelajar perlu diberikan kesedaran dan penerangan oleh guru mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk seks bebas yang boleh membawa banyak kemudaratan seperti masalah buang bayi dan pelbagai penyakit.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Fatwa mengenai bacaan Basmalah di dalam solat jahr (nyaring).

Jawatankuasa Syariah telah mengambil keputusan bahawa:
1. Bersetuju bahawa bacaan Basmalah ada dalam al-Fatihah.
2. Bersetuju bahawa bacaan Basmalah secara jahr (nyaring) dan sirr(perlahan) kedua-duanya adalah warid (berdasarkan kepada nas)
3. Bersetuju bahawa Rasulullah s.a.w. lebih banyak membaca secara sirr daripada jahr.
4. Dengan persetujuan di atas maka seseorang itu boleh membaca Basmalah secara jahr tetapi membaca secara sirr adalah afdal (lebih baik). Keputusan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut yang dikumpulkan oleh dua pihak yang berlainan pendapat.

Selasa, 17 Ogos 2010

Fasting (Puasa)

Narrated Ibn Umar: I heard Allah's Apostle saying, "When you see the crescent (of the month of Ramadan), start fasting, and when you see the crescent (of the month of Shawwal), stop fasting; and if the sky is overcast (and you can't see It) then regard the crescent (month) of Ramadan (as of 30 days)".
Selamat Berpuasa....

Khamis, 12 Ogos 2010

Kursus Dalam Perkhidmatan 2010

pada 7 Ogos yang lepas, Sabtu telah diadakan satu kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus ICT Courselab yang melibatkan semua warga pendidik sekolah aku. Kursus ini diadakan kepada mereka (aku sekali la) bertujuan untuk mendedahkan tentang penggunaan 'Courselab' iaitu satu perisian yang sama dengan MS Powerpoint akan tetapi ianya lebih 'advance', lebih maju berbanding powerpoint.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Kematian....


Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.

Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat  hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:
Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya
Kedua: berlenang air matanya dan
Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis
Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti  tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)

Selasa, 3 Ogos 2010

Pertunangan Adik Ipar Bongsu

pada petang Jumaat 30 Julai, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua di Mersing kerana pada keesokkannya adik ipar aku "Ain" akan melangsungkan pertunangannya dengan pemuda pilihannya "Wan" dari Kota Tinggi. Pada hari Sabtu 31 Julai tersebut, pagi-pagi lagi semua ahli keluarga bangun awal dan bergotong-royong menyediakan persiapan bagi majlis tersebut yang dijangkakan pada pukul 2 petang.

Jumaat, 30 Julai 2010

Berunding Selesai Masalah

JIKA dulu guru dinobat golongan paling dihormati, kini semakin diperlekehkan dengan pelbagai isu remeh dan kurang menyenangkan.

Imej semakin tercalar apabila masyarakat kian berani mencabar, sekali gus mempertikaikan kewibawaan guru hingga pergeseran semakin parah.

Pelajar menjadi sasaran yang sering dipersalahkan sementara sekolah berada dalam dilema. Masing-masing cuba menegakkan kebenaran hingga mewujudkan suasana kurang harmoni dan mengganggu proses pembelajaran.

Selasa, 27 Julai 2010

Karnival Kokurikulum Matrikulasi ke-10

Bermula 24-28 JULAI 2010 telah berlangsungnya Karnival Kokurikulum ke-10 di Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak, Johor. Sebanyak 14 buah matrikulasi seluruh Malaysia telah datang ke sini dan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan seperti tenis, bola jaring, bola tampar, bola sepak dan bola keranjang. Aku telah dijemput bersama rakan-rakan tenis aku untuk membantu pihak KMJ dari segi kepengadilan. Antara yang terlibat ialah aku, Zainal Fitri, Zainal Esa, Ramlan, Fahmi, Zainizam, Sulaiman, Saidi dan Adnan. Semuanya dari daerah Muar dan Segamat.

Sabtu, 24 Julai 2010

Servis Kereta 20K


hampir 10 bulan aku membeli dan menggunakan kereta buatan Malaysia iaitu Proton Persona 1.6 dan alhamdulillah aku berpuas hati dengan 'perfomance'nya dan tiba hari ni sudah sampai ke tahap untuk menyelenggarakannya ke 'major service' selepas melalui 4 kali 'minor service'. setelah tempahan untuk servis dibuat pada sebelah pagi untuk aku datang pada petangnya, seperti yang dijanjikan aku sampai di Pusat Servis Eon jam 2.30 petang.

Rabu, 21 Julai 2010

Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal


Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".

Jumaat, 16 Julai 2010

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT


Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas- ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Isnin, 12 Julai 2010

Tulisan ayat al-Quran dengan huruf Rumi.....boleh ke?

Didalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama" sepertimana berikut:-
1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama").
2) Harus mennulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani.
3) Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran.

Jumaat, 9 Julai 2010

Program Gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM 2010

pada 6 dan 8 Julai lepas pihak SMK Dato' telah menjemput aku untuk menyertai program gemilang Pendidikan Islam PMR dan SPM dan acara ini telah dijalankan di Dewan sekolah tersebut. acara dimulakan pada jam 2 petang dan pelajar Pendidikan Islam PMR adalah seramai 183 orang manakala 202 pelajar SPM. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. sempat jugak aku 'snap' beberapa keping gambar buat tatapan semua. Aku doakan agar semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut dapat menjawab soalan Pendidikan Islam dengan baik dan berdoalah kepada Allah dan seterusnya bertawakkal kepadaNya.Amin.
Ini adalah pelajar Pendidikan Islam untuk Penilaian Menengah Rendah...
 Ini pula pelajar Pendidikan Islam untuk Sijil Pelajaran Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...