MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Jumaat, 20 Disember 2013
Legoland Malaysia 2013
alhamdulillah cuti akhir tahun aku sempurnakan hajat anak-anak yang nak pergi ke Legoland Malaysia. dengan berbekalkan 2 keping kupon tiket percuma untuk kanak-kanak, kami cuma bayar untuk 2 tiket dewasa sahaja iaiatu rm140 seorang, so jumlahnya rm280. dah bayar, dapat lagi plak 4 tiket percuma untuk bulan Januari 2014....hmmmm..boleh datang lagi.
kami sampai jam 10.30 beli tiket dan terus masuk.alia dan afif memang teruja la sangat. bermula dengan pakcik lego yang berdengkur, terus ke Lego Driving School. afif kena masuk yang junior punya. kat sini ok cuma nak beratur tunggu giliran yang agak lama. permainan dan tempat yang kita nak lawat memang banyak sangat.
jam 1.20 plak ada pertunjukan silap mata. sempatlah kami merehatkan kaki yang dah mula letih.pastu sambung lagi masuk macam2 tempat. sampailah ke petang. jam 5.30 petang baru keluar. dalam kereta dok pikir nak datang lagi sekali sebab ada banyak lagi tempat yang belum sempat pergi. tiket free dah ada. pilih tarikh jelah. apapun anak-anak aku seronok dan tercapai sudah nak ke Legoland Malaysia Nusajaya.
Khamis, 19 Disember 2013
Konvokesyen Luqman dari KPTM dan Lawatan Ke Putrajaya
pada 30nov - 1dis telah berlangsungnya Konvokesyen Kolej Polytech Mara di PICC. pagi Jumaat kami dah mula bergerak ke Putrajaya dengan dua kenderaan iaitu My Exora dan Viva. Luqman bawa viva Munir. seronoknya anak-anakku kerana ini pertama kali mereka nak jejak kaki kat Putrajya. semua teruja. akhirnya kami sampai jam 11 pagi di PICC untuk Luqman mengambil jubah konvonya. orang dah mula ramai. Alia dan Afif pun teruja...
Sekitar Masjid Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjdi besi).
kami sudahpun menempah sebuah homestay di sini. alhamdulillah ok. selama 3 hari di sini sempatlah kami melawat tempat-tempat yang sepatutnya di lawati seperti dataran putrajaya, Masjid-masjidnya dan sebagainya.
Sekitar Dataran Putrajaya
kami sudahpun menempah sebuah homestay di sini. alhamdulillah ok. selama 3 hari di sini sempatlah kami melawat tempat-tempat yang sepatutnya di lawati seperti dataran putrajaya, Masjid-masjidnya dan sebagainya.
Merisik dan meminang sekaligus bertunang untuk Munir dan Erin
balik cuti kali ni ada surprise rupanya. adikku Munir yang kerja Perodua rupanya meminta abah dan mak juga adik beradik untuk merisik bakal isterinya iaitu Erin. kelam kabut gak sebab masa agak terhad tetapi alhamdulillah perancangan diatur dengan rapi. akhirnya kami pi ke rumah Erin yang tinggal tidak jauh juga dari rumah kami. sambutan yang baik dari keluarganya dan perbincangn berjalan dengan baik sekali. akhirnya kata putus dicapai iaitu 2 tahun dan pasangan boleh memilih untuk dipercepatkan sekiranya dah pun bersedia segala-galanya....alhamdulilah...tahniah Munir dan Erin....
Kenduri Sepupuku Amirul Fahmi di IPPD Gombak.
alhamdulillah cuti kali ini kami balik ke Perak hampir dua minggu dengan menghadiri kenduri sepupu di IPPD Gombak. tahniah untuk Amirul Fahmi dan pasangannya. kami bergerak pagi lagi dari Ipoh bersama-sama pakcik makcik dan sepupu lain. Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar...kami sampai dalam jam 11 pagi. tetamu dahpun mula ada yang datang. kenduri di buat di padang kawad, jadi agak luas untuk parkir dan khemah jemputan. difahamkan achik Loy iaitu pakcikku (bapa amirul) menempah katering dengan Adam Lai katering...yang ada bisnes partner dengan Ebby Yus...tapi dia takde la datang...hehehhee.kami pulang jam 4 petang ke Ipoh dalam keadaan yang gembira walaupun keletihan...tq achik Loy atas layanan yang baik....
Rabu, 25 September 2013
Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah
membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah
membuat keputusan seperti berikut:
-
Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti
perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar
negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat
daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara
serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam
adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap
shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
-
Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan
nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi
memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid
Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat
dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas
memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta
dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas
berikut:
-
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
-
Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
-
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
- Kaedah Usul Fiqh:
-
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan” درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
Sumber - e fatwa (JAKIM)
Rabu, 21 Ogos 2013
Marhaban Raya
Khamis, 25 Julai 2013
Peperiksaan Percubaan PMR sekolahku
pada hari ini diadakan taklimat peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 26 Julai hari Jumaat. Taklimat dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, GPK1, Setiausaha Peperiksaan, Guru Kaunselor dan diakhiri dengan lafaz ikrar akujanji dari setiap pelajar calom PMR 2013
Semoga kalian semua berjaya...Aaamin...
Semoga kalian semua berjaya...Aaamin...
Khamis, 6 Jun 2013
Cuti-cuti Ke Kelantan Darul Naim
Selepas makan tengahari kami melawat rumah jiran lama Kak Nah dan kak nab dan seterusnya ke Kota Bharu.
Kami check in di Khalifa Suites Hotel and Apartment berhadapan Masjid Muhammadi pada jam 4.30 petang. rehat dan malamnya kami cuma keluar kawasan berdekatan je untuk makan malam.
30mei Khamis, bersarapan lagi di pasar Wakaf Bharu ...tempat tinggal masa darjah 5 hingga tingkatan 4. cari nasi berlauk ikan la....
Teruskan perjalanan ke Pengkalan Kubur, sempat gak beli barang sikit walaupun kedainya tidak la begitu banyak. Kami teruskan ke Rantau Panjang. wahhh....baru betul banyak kedainya..makan tengahari dan membeli belah di pekan Rantau Panjang.
Jam 4 petang kami pulang ke Kota Bharu, sempat gak singgah rumah member lama Ustaz Zahrin di Bunut Susu dan rumah cikgu Jah, cikgu BM aku masa sekolah rendah dulu. makan malam lagi kat situ..tak mampu nak menolak..
31 mei plak giliran berjalan di Pasar Besar Siti Khadijah...puas berjalan, beli keropok, kain batik, pelikat, buah pauh dan sebagainya...balik hotel. lepas solat Jumaat, kembali semula ke Wakaf Bharu. pi rumah kawan lama, sempat la jumpa dia...Shamsul Bahri....petangnya balik.....malam plak Uptown Wakaf Che Yeh..besar gak...jam 8 malam kami dah sampai...cari barang kiriman kawan baikku nak cari seluar jeans BMW....nasib baik ada..memang rezeki dia.
malamnya pekena nasi goreng di Restoran Wau...balik lena
1 jun. Member Mohd Zain tepon ajak sarapan kat umah dia di Binjai...pekena nasi dagang dan lepak kat umah dia sampai jam 11, balik hotel dan chek out.singgah sekolah lama Maahad Muhammadi Pasir Pekan.....puas hati isteri dan anak2 yang memang tak pernah sampai ke Kelantan, balik rumah dah plan untuk tahun depan plak....mana...Terengganu kot...
Isnin, 6 Mei 2013
Selamat Datang MyExora
Tambah kapsyen |
sedih hati juga apabila meninggalkan mypersona yang dah berkhidmat dengan kami hampir 4 tahun. apapun zaman dah berubah, hidup diteruskan. selamat datang myExora...dapat je myexora dari member Zabudin, dia yang uruskan, terus ke kedai aksesori untuk buat sticker hitam kat cermin depan dan tak lupa juga beli blind spot mirror...penting tu untuk parking.
antara kelebihan myexora ini :
1- leather seats
2. auto cruise
3. dvd player
4. sport rims
5. brek hard disk
6. ada pilihan SAT (stepped auto trasmissions)
7. 7 seaters
8. luas dan panel lcd yang cantik dan menarik.
9. aku amik yang auto...
10. ada airbag depan 2, dan tepi jugak...
apapun Alhamdulillah....
Alia, Afif dan Sayang, ini untuk anak2 abah...
Jumaat, 26 April 2013
Program Pengarah Turun Padang (PTP) 2013
pada 25 April 2013, PTP telah dijalankan di sekolahku. yang mengetuai dalam pemantauan tersebut ialah Tn Hj Abdul Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNJ. jam 7 dah terpacak kat sekolahku dan beliau dibantu oleh 3 orang dari PPD Muar. Pemantauan bermula dengan memantau PDP di dalam kelas dan ada 7 orang yang bernasib baik dapat diselia oleh pemantau. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Selepas rehat pula mereka mula melihat fail, dokumen termasuklah buku rekod guru mengajar. Majlis diakhiri dengan taklimat dari mereka kepada semua guru di sekolahku...semuanya ok...
Selepas rehat pula mereka mula melihat fail, dokumen termasuklah buku rekod guru mengajar. Majlis diakhiri dengan taklimat dari mereka kepada semua guru di sekolahku...semuanya ok...
Rabu, 10 April 2013
Seminar Bijak Sifir Cikgu At
cuti sekolah kali ini lebih bermakna apabila anak sulungku Alia Farhana berpeluang mengikuti satu Seminar Bijak Sifir yang dikendalikan oleh seorang guru Matematik dari Kedah iaitu Cikgu Azhar bin Pa atau lebih dikenali dengan nama Cikgu At.
Untuk seminar di Ipoh ianya dijalankan di Hotel Seri Malaysia Ipoh bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengahari. Antara yang menarik ialah dalam seminar ini Cikgu At telah mendedahkan kaedah yang mudah bagi mengingati sifir yang besar, kaedah sifir guna jari, kaedah sifir guna garisan, skala gred sifir 9X9 dan berbagai lagi.
Bagi Alia yang baru darjah dua, ianya satu pengalaman yang amat bagus dan kesannya aku lihat dia mudah menyebut sifir dan mendapatkan jawapannya menggunakan kaedah yang diberikan. aku bercadang nak menganjurkan seminar Cikgu At ini pula di sekolah rendah kawasan Muar pulak.
Ahad, 31 Mac 2013
Ahad, 17 Mac 2013
Siap Sedia untuk Berjihad
Daripada Aisyah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah
sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau
berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila
dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”
Jumaat, 1 Mac 2013
Penampilan Sulung Di MSSD
pada 26 Februari lepas anak sulungku Alia Farhana pertama kalinya mewakili sekolah ke pertandingan Tenpin Bowling MSSD Muar 2013 bagi kategori bawah 12 tahun perempuan....Alia baru darjah dua. Mulanya dia takut, tapi bila dah baling 2,3 kali dah mula syok. Alhamdulillah Alia dapat la tempat ke-9 dari 19 orang yang mengambil bahagian. Yang peserta lain semuan murid darjah 5 dan 6. bagi aku ini baik sebab perjalanan karier bowling Alia masih baru. Tahniah anakku. teruskan perjuangan abahmu yang dah nak mula slow main bowling...pasni tunggu giliran Afif Danial pulak yang nak join, lagi 2 tahun la...tahniah...
Jumaat, 15 Februari 2013
Amalan Membaca Al-Mathurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa
besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari.
Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:
Ahad, 27 Januari 2013
Kesulitan sistem PBS diatasi
Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah
baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru
sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu
bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini
menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan
masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.
Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil
Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS
ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.
Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses
secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk
mengakses sistem berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)