SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 31 Disember 2009

Tahun baru..apa perancangan anda sebagai pelajar?


Kedatangan tahun baru 2010 dinantikan dengan penuh sabar terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Ada di kalangan pelajar tahun ini di tingkatan 6 rendah, tingkatan 4, darjah 5 merasakan tahun 2009 berlalu dengan cepat dan tahun ini dikenali sebagai tahun bulan madu....semuanya releks....tahun 2010 baru mula belajar katanya.

Ingatlah wahai anak-anak pelajar, kejayaan tidak akan datang bergolek. mulai awal tahun depan, mulakan langkah untuk menghadapi peperiksaan. jangan tunggu sehingga di saat akhir baru nak bertindak...meminjam kata-kata seorang motivator semasa saya berkursus di JB 4 tahun lalu, orang kita suka jadi "the last minuters", buat kerja di saat akhir.

Jadi tetapkan nekad dalam hati untuk bersedia dari awal dengan memulakan dengan langkah-langkah yang bergaya seperti ;-

1. Tetapkan Matlamat/ Target/ Sasaran
2. Buat Perancangan Strategi Pelaksanaan
3. Buat jadual waktu belajar.
4. Disiplin diri
5. Usaha perlu gigih
6. Tawakal

Renung-renungkanlah....

Hubungan Suami Isteri


Narrated Ibn 'Abbas:

The Prophet said, "If anyone of you on having sexual relations with his wife said (and he must say it before starting) 'In the name of Allah. O Allah! Protect us from Satan and also protect what you bestow upon us (i.e. the coming offspring) from Satan, and if it is destined that they should have a child then, Satan will never be able to harm that offspring."

jadi, berdoalah kita dan bacalah Basmalah sebelum kita melakukan sesuatu semoga diredhai Allah dan mendapat lindungan dan rahmat serta hidayah dari Nya...Amin..

Rabu, 30 Disember 2009

Mesyuarat Guru


pada 29hb Disember Selasa, telah berlangsungnya mesyuarat guru pertama bagi tahun persekolahan 2010, diadakan di bangunan baru blok F.seperti biasa, ucapan dari pengetua dari pagi sampai tengahari...nama pun mesyuarat..dalam analisis pmr 2009, alhamdulillah subjek aku pendidikan islam naik 5% berbanding pmr 2008. jadi tugas semakin berat untuk mengekalkan peratus tersebut. aku tertarik dengan slaid dari pengetua aku....aku salinkan semula..

"This is a story about four people named Everybody, Somebody, Anybody and Nobody. There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. Anybody could have done it, but Nobody did it. Somebody get angry about that, because it's Everbody's job. Everybody thought Anybody could do it, but Nobody realised that Everybody wouldn't do it. It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done"

Renung-renungkanlah....

Isnin, 28 Disember 2009

AMALAN SEPANJANG TAHUN


• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau
• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya sunat tahajjud dan witir di waktu malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib dan lain-lain
• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya
• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan sebagainya
• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis
• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah
• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan Ramadhan
• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota lain dari perbuatan maksiat dan keji
• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit
• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan menghantarnya ke kubur
• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang alim dan tuan-tuan guru

Sabtu, 26 Disember 2009

28,188 pelajar PMR peroleh semua A


Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 orang atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi jumlah calon yang mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan).

Dari segi ukuran gred purata mata pelajaran (GPMP) pula, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Punjabi telah meningkat atau tidak berubah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, seramai 63.65 peratus daripada 442,721 calon PMR berjaya mencapai minimum gred D dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 62.93 peratus pada 2008.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat gred E atau sangat lemah dalam semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan daripada 440 orang (0.10 peratus) pada 2008 kepada 397 (0.09 peratus) tahun ini.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran buat pertama kalinya memperkenalkan Pendidikan Kesenian dalam empat bidang iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

''Pencapaian keempat-empat bidang kesenian ini ditaksir oleh guru dan pentaksir luar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya.

''Seramai 84 orang daripada 624 calon Pendidikan Kesenian telah mendapat Band Empat iaitu Band yang tertinggi dan seramai 12 orang calon sekolah seni memperoleh gred A dalam semua pelajaran yang diambil dalam PMR," katanya.

Tahniah buat semua guru di Malaysia....

Rabu, 23 Disember 2009

Niat


Narrated 'Umar bin Al-Khattab:

The Prophet said, 'O people! The reward of deeds depends upon the intentions, and every person will get the reward according to what he has intended. So, whoever emigrated for Allah and His Apostle, then his emigration was for Allah and His Apostle, and whoever emigrated to take worldly benefit or for a woman to marry, then his emigration was for what he emigrated for."

Jadi, niat itu sangat penting dalam kehidupan kita....dan semua amalan yang dilakukan hendaklah berserta dengan niat kita...insyallah lillahi taala...

Selasa, 22 Disember 2009

Jangan Kedekut @ Tamak !


Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam menganjurkan kita agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan kebajikan di jalan Allah SWT.

Apabila disebut bersedekah, ianya mempunyai maksud yang sangat luas. Kita mungkin hanya memikirkan tentang anak yatim, orang miskin, sedekah kat masjid akan tetapi di sini ingin aku ceritakan ruang sedekah yang mungkin kita tidak nampak iaitu bersedekah kepada orang tua yang sedang makan bersendirian di warung atau restoran. Mudah sahaja, kita dan famili makan di warung, nampak ada seorang tua sedang makan, bila kita bayar bil kita, bayarkan sekali bil orang tua itu dengan tanpa memberitahunya. Apalah sangat sekadar belanja makan seorang tua yang mungkin orang kaya tetapi yang aku pentingkan di sini ialah ikhlas. Aku banyak belajar dari abahku sendiri. Cuba-cubalah renungkan. kita mampu belanja kawan-kawan kita makan, sekali sekala cubalah belanja orang tua yang kita tidak kenal....

Isnin, 21 Disember 2009

11 Golongan Neraka


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."

Rabu, 16 Disember 2009

Pengetua, guru besar diberi kuasa


Pengetua dan guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat mana-mana guru pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika membayangkan perkara itu berkata, kuasa berkenaan boleh 'diperturunkan' kepada pengetua dan guru besar memandangkan mereka lebih mengenali prestasi setiap guru.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka (pengetua dan guru besar) boleh mengambil dan memecat. Ia bagi membantu mereka mengenal pasti guru yang berdedikasi dalam membantu mewujudkan sekolah yang cemerlang," katanya.

Menurut Mohd. Puad, langkah luar biasa itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian tersebut untuk melakukan revolusi dalam bidang pendidikan negara.

Mengulas lanjut mengenai revolusi itu, beliau menambah, semua guru turut diwajibkan melafazkan aku janji (baiah) baru.

Jelasnya, aku janji tersebut bagi memastikan tiada lagi guru-guru selepas ini mohon untuk bertukar selepas hanya dua tahun bertugas walaupun atas alasan mengikuti suami atau sebagainya.

"Ini juga sebahagian perubahan minda kepada guru-guru agar mereka menampilkan prestasi terbaik. Melalui akur janji ini kementerian tidak lagi melayan permohonan pertukaran yang kurang dari tempoh dua tahun," jelasnya.

Renung-renungkanlah ..................

Isnin, 14 Disember 2009

Marriage (Perkahwinan)


Narrated Anas bin Malik:

A group of three men came to the houses of the wives of the Prophet asking how the Prophet worshipped (Allah), and when they were informed about that, they considered their worship insufficient and said, "Where are we from the Prophet as his past and future sins have been forgiven." Then one of them said, "I will offer the prayer throughout the night forever." The other said, "I will fast throughout the year and will not break my fast." The third said, "I will keep away from the women and will not marry forever." Allah's Apostle came to them and said, "Are you the same people who said so-and-so? By Allah, I am more submissive to Allah and more afraid of Him than you; yet I fast and break my fast, I do sleep and I also marry women. So he who does not follow my tradition in religion, is not from me (not one of my followers)."

Renung-renungkanlah wahai manusia......

Sabtu, 12 Disember 2009

3 cara syaitan memperdaya anak adam....


SYAITAN adalah musuh orang beriman yang menggunakan pelbagai cara untuk mengganggu dan menghasut anak Adam agar menyeleweng serta melakukan dosa.

Keangkuhan syaitan menyebabkan ia mengganggu beberapa nabi dan rasul dengan menyamar untuk memerangkap serta memperdayakannya.

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Nabi Musa pernah didatangi syaitan. Berikut adalah sebahagian dialog Nabi Musa dengan syaitan. Syaitan berkata: Wahai Musa, engkaulah yang dipilih Allah untuk membawa risalahnya-Nya dan engkaulah yang sentiasa berkata benar. Aku salah satu makhluk telah berdosa dan mahu bertaubat. Mohonkanlah kepada Tuhan agar diberikan taubat kepadaku.

Selepas itu Nabi Musa memohon kepada Tuhan dan diperkenankan, lalu baginda menemui syaitan. Baginda berkata: "Wahai syaitan, engkau sudah diperintahkan sujud hormat kepada kubur Nabi Adam dan setelah itu, barulah taubatmu diterima Tuhan."

Namun sebaik saja mendengar nama Nabi Adam, syaitan naik angin dan marah dengan memperlihatkan sifat takburnya. Syaitan berkata: "Sewaktu Adam masih hidup, aku tidak sujud, inikan pula sesudah dia tidak ada."

Wahai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripada aku kerana engkau sudah memohon syafaat (pertolongan) kepada Allah untuk pengampunanku. Namun, ingatlah wahai Musa mengenai 3 perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan ke atasmu.

Nabi Musa berkata: "Apakah 3 perkara itu? Lalu syaitan menjawab: "Pertama, ingatlah ketika kau sedang marah, aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu. Mataku akan berada dalam matamu dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darah.

"Kedua, ketika kau bertempur di medan perang menghadapi musuh, aku akan datang mengingatkan kamu kepada anak, isteri dan keluarga agar berundur secara teratur. "Ketiga, berhati-hatilah duduk dengan perempuan bukan muhrim kerana aku akan menjadi penghubung antara kau dan perempuan itu dan di antara perempuan itu dengan engaku."

Inilah antara sifat syaitan yang pasti akan memusuhi anak Adam dengan pelbagai cara untuk menunjukkan keangkuhan dan kesombongan dirinya.

Pada syaitan, martabat bani Adam cukup rendah berbanding dirinya yang diciptakan daripada api

AlFatihah


AlFatihah buat Ust Arman Md Rusoff...atase pendidikan di MSD Jordan yang telah kembali ke rahmatullah akibat serangan strok....Allahyarham merupakan seorang yang baik dan aku mula mengenalinya ketika sama-sama berkursus di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri, Kelantan sebagai kursus wajib sebeum sama-sama melanjutkan pelajaran di Timur Tengah....destinasi kami adalah Jordan pada september 1993. dia dapat University of jordan manakala aku di Mu'tah University. tetapi hubungan dengan kami dekat sebab isterinya sama universiti ngan aku. aku harap isterinya Ustazah Suriani dan anak2nya tabah dan sabar dengan dugaan...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...sebenarnya aku mengharapkan dan yakin kita semua mengharapkan beliau akan sembuh...2-3 hari kebelakangan ini macam2 sms dan shoutbox di blog beliau tentang keadaannya....kuharap berita ini tidak benar walaupun kawan2 lain dah maklumkan pada aku dan ada yang masih lagi percaya Ust Arman still kat ICU dan masih hidup..itu yg kuharapkan...tetapi andaikata ini sudah suratan beliau telah pergi...kita relakan pemergiannya....barangkali lepas ini giliran kita pula......

Sabtu, 21 November 2009

Tazkirah Zulhijjah

AMALAN TERBALIK 10

Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. Renungkanlah

Qubica World Cup Bowling





pada 15-19 November lepas, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Tenpin Bowling Piala Dunia yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre. aku pun tidak mahu melepaskan peluang dan berpakat dengan rakan-rakan dan terus pergi ke MIBC. Cuma tidak dibenarkan ambil gambar mengunakan flash. keputusan ct safiyyah tempat ke-3... zulmazran bertahan kat top 8 je...

Rabu, 18 November 2009

Hari Q dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2009






pada 17 disember telah berlangsung hari Q dan anugerah kecemerlangan untuk sekolah aku di mana pihak sekolah memberikan penghargaan kepada para pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang bertungkus-lumus berusaha bagi memastikan kejayaan milik mereka..dan alhamdulillah aku adalah salah seorang penerimanya. dan sebagai GC, aku bersyukur kerana sedikit sebanyak aku dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah terutama dalam mata pelajaran opsyen aku. aku dapat 3 sijil penghargaan iaitu :-
1- Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Prestasi Pendidikan Islam PMR 2008
2- Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Prestasi Pendidikan Islam SPM 2008
3- Anugerah Kecemerlangan Peningkatan Prestasi Tasawwur Islam SPM 2008
Aku berharap semoga aku akan lebih meningkatkan usaha aku bagi mendidik anak-anak didikku agar mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta masa depan mereka. diadakan juga Majlis Restu Ilmu kerana pelajar SPM dan STPM akan menghadapi peperiksaan mulai 18 disember....All the best....

Selasa, 27 Oktober 2009

MSKPP Negeri Johor 2009




MSKPP negeri Johor bagi tahun ini telahpun dilangsungkan di Batu Pahat mulai 23-25 oktober 2009. aku terlibat sebagai pemain bowling untuk Muar bersama dengan Che mad, Azrun, Mazlan dan Hambali. wanita pula diwakili oleh Maharani, hjh Rashidah, Rita, Suzy dan Lin. Persaingan sangat sengit dan bowling dijalankan di Pacific Bowl di BP Mall. permainan sebanyak 6 game. dan cuma Hambali dan Hjh Rashidah sahaja yang berpeluang ke acara masters sedangkan yang lain kurang bernasib baik. yang aku tahu dah tiba masanya aku beli bola baru.....nampak macam nak 'tangkap' storm 2nd dimension ataupun brunswick wildride.....hahhaha...tunggu jelah....cuba lagi tahun depan plak kat segamat....oh ya....mskpp Kebangsaan di Sabah...all the best.....lupa gak....team tenis muar pun kurang bernasib baik gak yang diwakili oleh sahabat-sahabatku seperti Ramlan, Enal Kidal, Enal Dato, Fahmi, Hapis dan Nakia......try again bro....

Isnin, 19 Oktober 2009

The Persona Club.Com Konvoi





pada 18 Oktober 2008 iaitu Ahad, team The Persona Club .Com area Muar telah mengetuai konvoi rombongan pengantin salah seorang ahli muar iaitu Trik....aku first time ikut sejak jadi ahli sebulan yang lepas....pengalaman yag menarik dan bagus sekali..kali ni aku jadi pemandu pengantin....7 buah kereta persona terlibat dalam konvoi dari rumah pengantin perempuan di Pt Bunga ke rumah pengantin lelaki di berhampiran bypass jalan Bakri. semuanya berjalan lancar.....alhamdulillah.....selamat pengantin baru Trik dan Zurina

Selasa, 13 Oktober 2009

Rumah Terbuka Hari Raya 2009





pada 10 okt jugak aku adakan rumah terbuka untuk pelajar-pelajar aku dan kawan-kawan luqman dari bukit pasir. untuk pelajar mulai jam 1.00 tengahari sehinggalah pukul 4.00 petang. jam 6.00 petang aku pi open house umah Zainalfitri di taman siantan permai, jalan dato hj kosai. malamnya pulak untuk geng aku abg zali, zul, malik, geng tenis sehinggalah jam 12 tengahmalam.....

MSKPP Muar 2009


pada 10 okt lepas aku telah mengambil bahagian dalam pemilihan skuad tenpin bowing daerah muar yang diadakan di Muar Perfect Bowl Bakri. malangya aku jatuh ke tempat ke-6 sedangkan skuad perlukan 5 lelaki dan 5 perempuan sahaja. yang dapat ialah fahmi, mazlan, hambali, azrun dan che mad. tetapi rezeki aku agaknya salah seorang tarik diri kerana nak main sukan lain. seorang tak dibenarkan main 2 sukan...jadi alhamdulillah rezeki aku. punca aku tak perform ialah bola yang dah lama tidak di'polish' jadi snap dan dia punya back end tak mantop gitu.....kejohanan Majlis Sukan Dan Kebajikan Perkhidmatan Pendidikan Negeri akan diadakan di batu pahat pada 23-25 okt ni....doakan untuk aku....

Sabtu, 3 Oktober 2009

SOLAT HAJAT PERDANA 2009



Salam semua. pada malam tadi sekolah aku mengadakan solat hajat perdana untuk pelajar pmr, spm dan stpm. sambutan memuaskan dengan diakhiri dengan ceramah motivasi Ustaz Mohd Hanuar Mohd Talib dari Vision Consultang. All the best pmr, spm dan stpm.

Ahad, 27 September 2009

kereta raya........


raya tahun ni bertambah keceriaan kerana hajat lama dah tercapai....nak merasa kereta baru.....lagi seminggu nak raya alhamdulillah rezeki anak2.....keluar kereta baru....kira kereta raya lah.....persona 1.6 h-line....thanx kat sahabat kat eon dan member din yang berusaha agar kami dapat kereta sebelum syawal menjelma.....tq. siap aku join the persona club dot com lagi......go TPCC.....

SALAM AIDLFITRI......


kullu aamin wa antum bialfi khair.....
selamat hariraya aidilfitri diucapkan kepada ayahanda Hj Radzi, Bonda Hjh Zaleha dan adinda2 hakim, zizul, munir dan luqman.....
juga buat ayahanda mertua ramli, bonda zabidah dan kakanda ipar roslin, adinda2 suhana, norliza dan nurain di mersing....
buat isteri tersayang....ummu afif, buat anakanda alia dan anakanda afif......
juga untuk seluruh bloggers dan muslimin muslimat yang mengenali diri ini....

Ahad, 30 Ogos 2009

TAZKIRAH RAMADHAN

AMALAN TERBALIK 9
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kursus Profesionalisme GPI dan J-Qaf Muar Ledang 2009






Pada 15 Ogos yang lepas telah berlangsung Kursus Profesionalisme GPI dan J-Qaf untuk semua sekolah menengah dan rendah dalam daerah Muar dan Ledang. Kursus ini berlangsung di Pekembar Pagoh dan dihadiri oleh hampir 500 orang guru pendidikan islam dan j-qaf. slot pertama diisi oleh En Azizul Rahman iaitu Guru Cemerlang Gred Khas C Bahasa Melayu manakalan slot kedua pula diisi oleh sahabat baik aku semasa di Jordan iaitu Dr Arif Salleh Rosman. dah hampir 12 tahun tak jumpa Dr Arif...sekarang beliau di UTM Skudai. petang pula sesi bersama Timbalan Pengarah SPI dari putrajaya dan ditutup dengan rasminya oleh YB Dr Shahrudin. banyak info baru yang aku dapat dari kedua-dua penceramah dan akan aku gunakan dan murnikan lagi apa yang telah aku miliki.

Program Kecemerlangan Akademik SMA Muar/Ledang





pada 8 Ogos yang lepas aku dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pendidikan islam PMR yang diadakan di SMA Lughatul Quran, Kesang Laut, Sg Mati. program mula jam 9 malam. aku redah jer, aku tak pernah sampai pun ke sekolah ini. yang menjemput aku seperti biasa la.....Pak Din...program kelolaan dia la ni. alhamdulillah sambutan baik daripada hampir 300 orang pelajar SMA Muar dan Ledang yang berkampung di sini 3 hari 2 malam. ceramah mula jam 9 sampai 11 malam. aku sampai umah pun dah kat pukul 12...takpe lillahi taala...

Selasa, 11 Ogos 2009

Bengkel Pembinaan Modul Budaya Kerja Cemerlang





Balik je dari Ipoh Pesta Sukan, aku kemaskan beg. pg2 isnin aku drive ke Hotel Seri Malaysia Mersing, ada Bengkel Pembinaaan Modul Budaya Kerja Cemerlang. wakil GC setiap daerah dlm Johor dipanggil. so 2 hari ni tugas kita ialah mencari bahan untuk modul tersebut. semua yang hadir mesti bawa laptop. pegh pening kepala. akhirnya siap juga pencarian bahan2 mentah sebelum diedit dan dimurnikan. Dari JPNJ ada Ust Omar, Ust Zack, Ustaz Azhar, Ust Lokman, Ust Khairil Anuar dan Ust Jamil. lepas ni kat mana plak....katanya ada lagi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...