MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadith. Papar semua catatan
Ahad, 17 Mac 2013
Siap Sedia untuk Berjihad
Daripada Aisyah RA katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah
sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau
berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila
dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”
Selasa, 11 Disember 2012
Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan
Hadith :
Huraian
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca
seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki
seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu
masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga
saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu.
Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi
makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama
dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar
kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
(al-Bukhari)
Huraian
Selasa, 14 Ogos 2012
Orang Yang Bankrap di sisi Islam
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah
kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang
bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta".
Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah
orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan
dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta
memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang
dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala
kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum
terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka
(orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya)
kemudian dicampak dia ke dalam neraka".
Sumber : JAKIM/E-Hadith
Sumber : JAKIM/E-Hadith
Rabu, 11 April 2012
Ganjaran Menahan Marah
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang
menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan
marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak
ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan
kepadanya bidadari yang dia suka.”
Sabtu, 28 Januari 2012
Five Principles of Islam
Narrated Ibn 'Umar:
Allah's Apostle
said: Islam is based on (the
following) five (principles):
1. To testify
that none has the right to be
worshipped but Allah and Muhammad is
Allah's Apostle.
2. To offer the
(compulsory congregational) prayers
dutifully and perfectly.
3. To pay Zakat
(i.e. obligatory charity) .
4. To perform
Hajj. (i.e. Pilgrimage to Mecca)
5. To observe
fast during the month of Ramadan.
Isnin, 20 Jun 2011
Kepentingan Mengingati Mati
| Hadith : |
| Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka". Abu Sa'id r.a |
Isnin, 23 Mei 2011
Isteri Derhaka
Gambar : Harian Metro
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”
(al-Bukhari)
Isnin, 27 Disember 2010
Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan
Hadith : Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Huraian
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jumaat, 3 Disember 2010
Friday Prayer
Narrated Jabir:
A man entered the Mosque while the Prophet was delivering the Khutba. The Prophet said to him, "Have you prayed?" The man replied in the negative. The Prophet said, "Pray two Rakaat."
Isnin, 18 Oktober 2010
Pilgrimmage (Hajj)
Narrated Abu Huraira:
The Prophet was asked, "Which is the best deed?" He said, "To believe in Allah and His Apostle." He was then asked, "Which is the next (in goodness)?" He said, "To participate in Jihad in Allah's Cause." He was then asked, "Which is the next?" He said, "To perform Hajj-Mabrur. "
Sekarang dah bermulanya musim haji, penerbangan demi penerbangan telah mula berlepas menuju ke tanah suci samada terus ke Mekah atau ke Madinah terlebih dahulu. bagiku alhamdulillah pernah menunaikan haji pada tahun 1996 masa aku menuntut di Jordan. Walaupun begitu aku daftar dengan tabung haji lagi sebab kali ini aku ditemani oleh isteriku yang sememangnya belum pernah menjejak kaki di Mekah. kalau ikut jadual, tahun 2025 baru ada peluang kami...Doakan kami. dan kita doakan jemaah tahun ni dapat menunaikan haji dengan penuh ketaqwaan dan mendapat haji yang mabrur....Amin
Jumaat, 24 September 2010
Friday Prayer
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "When it is a Friday, the angels stand at the gate of the mosque and keep on writing the names of the persons coming to the mosque in succession according to their arrivals. The example of the one who enters the mosque in the earliest hour is that of one offering a camel (in sacrifice). The one coming next is like one offering a cow and then a ram and then a chicken and then an egg respectively. When the Imam comes out (for Jumua prayer) they (i.e. angels) fold their papers and listen to the Khutba."
Selasa, 31 Ogos 2010
Senyuman Suatu Sedekah
Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan (kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas air yang dibawanya.”
(Ahmad)
Selasa, 17 Ogos 2010
Fasting (Puasa)
Narrated Ibn Umar: I heard Allah's Apostle saying, "When you see the crescent (of the month of Ramadan), start fasting, and when you see the crescent (of the month of Shawwal), stop fasting; and if the sky is overcast (and you can't see It) then regard the crescent (month) of Ramadan (as of 30 days)".
Selamat Berpuasa....
Rabu, 21 Julai 2010
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".
Khamis, 24 Jun 2010
Friday Prayer
Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle (p.b.u.h) said, "Any person who takes a bath on Friday like the bath of Janaba and then goes for the prayer (in the first hour i.e. early), it is as if he had sacrificed a camel (in Allah's cause); and whoever goes in the second hour it is as if he had sacrificed a cow; and whoever goes in the third hour, then it is as if he had sacrificed a horned ram; and if one goes in the fourth hour, then it is as if he had sacrificed a hen; and whoever goes in the fifth hour then it is as if he had offered an egg. When the Imam comes out (i.e. starts delivering the Khutba), the angels present themselves to listen to the Khutba."
Ahad, 6 Jun 2010
Zakat Itu Wajib...
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "(On the Day of Resurrection) camels will come to their owner in the best state of health they have ever had (in the world), and if he had not paid their Zakat (in the world) then they would tread him with their feet; and similarly, sheep will come to their owner in the best state of health they have ever had in the world, and if he had not paid their Zakat, then they would tread him with their hooves and would butt him with their horns." The Prophet added, "One of their rights is that they should be milked while water is kept in front of them." The Prophet added, "I do not want anyone of you to come to me on the Day of Resurrection, carrying over his neck a sheep that will be bleating. Such a person will (then) say, 'O Muhammad! (please intercede for me,) I will say to him. 'I can't help you, for I conveyed Allah's Message to you.' Similarly, I do not want anyone of you to come to me carrying over his neck a camel that will be grunting. Such a person (then) will say "O Muhammad! (please intercede for me)." I will say to him, "I can't help you for I conveyed Allah's message to you."
Khamis, 27 Mei 2010
Ciri-ciri Orang Munafik

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Ahad, 2 Mei 2010
Pahalanya Tetap Ada

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Sumber : E-Hadith
Huraian
Sesungguhnya sedekah yang diberikan dengan niat yang baik akan diterima Allah walaupun tidak jatuh pada orang yang selayaknya.
Jadi biasakanlah diri kita dengan bersedekah samada kepada anak yatim, fakir atau miskin ataupun ke saluran-saluran yang sepatutnya seperti masjid dan kutipan derma. Insyaallah ganjarannya di sisi Allah. Bersedekah juga merupakan salah satu tanda kita bersyukur. Allah berfirman " Sekiranya engkau bersyukur atas nikmatku maka akan aku tambahkan nikmat ke atas mu, dan sekiranya kamu kufur akan nikmatku maka ingatlah sesungguhnya azab seksa aku amat pedih". Renung-renungkanlah...
Isnin, 12 April 2010
Ablutions (Wudu')

Narrated Abu Aiyub Al-Ansari:
Allah's Apostle said, "If anyone of you goes to an open space for answering the call of nature he should neither face nor turn his back towards the Qibla; he should either face the east or the west."
Kadang-kadang manusia itu akan lupa apabila dah terdesak. jadi ingatlah semua apabila menyahut seruan 'hajat' walau di mana anda berada...
Selasa, 6 April 2010
Bawang Putih dan Bau Mulut

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”
(HR Muslim)
Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)















