SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 21 Jun 2014

Sirkit Pertama Bowling USPTN Majlis Sukan Negeri Johor


Pada 17 May 2014 Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri di bawah Majlis Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tenpin Remaja Tertutup Johor Sirkit Pertama yang telah berlangsung di Pasir Gudang Bowl. Ramai remaja telah mengambil bahagian. Alia Farhana pun mengambil bahagian juga setelah kecewa pada kejohanan MSSD yang lepas. dan hasilnya Alia mendapat tempat ke-4 untuk kategori bawah 12 tahun perempuan. Alhamdulillah..Pencapaian yang baik. Tunggu sirkit kedua pula di BP Mall lepas raya...tahniah Alia Farhana..

Rabu, 30 April 2014

Kembalinya ke rahmatullah bapa mertuaku

sudah sebulan bapa mertuaku meninggalkan kami namun masih terasa kehilangannya, lagi 3 hari kami akan mengadakan kenduri tahlil untuknya, semoga roh beliau dicucuri rahmat. masih terbayang betapa gembiranya bila bapa mertuaku menjejak kakinya ke homestay yang kami pilih semasa family day lepas. teringat lagi kata-katanya kepadaku...."along..kalau datang lagi ayah nak duduk homestay yang sama..."..Damailah ayah di sana...

Rabu, 29 Januari 2014

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



pada 25 Januari lepas telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah aku....seperti biasa ada perarakan dari pelajar bermula di dataran wawasan menuju ke dewan baru sekolah kami iaitu Dewan Seri Permata..
Ceramah pada tahun ni ada sedikit kelainan apabila Panatia Pendidikan Islam menjemput penceramah dari luar Muar, bahkan luar Johor iaitu Kapten Mohd Asri bin Abd Khalek...Pegawai Kor Agama Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan (MINDEF)..
Ustaz Asri ni sebenarnya kawan sekolah aku masa di Maktab Mahmud Alor Setar pada tahun 1992...dan kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Mutah Universiti di Jordan selama 4 tahun....Ceramah kali ni bertajuk Syria Bumi Berdarah. Dan intipatinya lebih kepada keadaan terkini dan semasa di Syria dan juga tentang Syiah. Perjalanan ceramah selama hampir 3 jam bagaikan tidak terasa dengan keadaan pelajar yang sangat terkawal, senyap, sekali sekala kedengaran tangisan para pelajar dan guru apabila melihat video tentang kejadian di Syria yang sangat menyayat hati...
Semoga dengan kehadiran dan ceramah yang disampaikan akan meninggalkan kesan yang sangat positif dan mendalam di jiwa semua warga sekolah dan juga mengingatkan kita yang betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia yang aman ini. dan kita jangan lupa nasib saudara-saudara seIslam kita di dunia ni....

Jumaat, 20 Disember 2013

Legoland Malaysia 2013


alhamdulillah cuti akhir tahun aku sempurnakan hajat anak-anak yang nak pergi ke Legoland Malaysia. dengan berbekalkan 2 keping kupon tiket percuma untuk kanak-kanak, kami cuma bayar untuk 2 tiket dewasa sahaja iaiatu rm140 seorang, so jumlahnya rm280. dah bayar, dapat lagi plak 4 tiket percuma untuk bulan Januari 2014....hmmmm..boleh datang lagi.

kami sampai jam 10.30 beli tiket dan terus masuk.alia dan afif memang teruja la sangat. bermula dengan pakcik lego yang berdengkur, terus ke Lego Driving School. afif kena masuk yang junior punya. kat sini ok cuma nak beratur tunggu giliran yang agak lama. permainan dan tempat yang kita nak lawat memang banyak sangat.


jam 1.20 plak ada pertunjukan silap mata. sempatlah kami merehatkan kaki yang dah mula letih.pastu sambung lagi masuk macam2 tempat. sampailah ke petang. jam 5.30 petang baru keluar. dalam kereta dok pikir nak datang lagi sekali sebab ada banyak lagi tempat yang belum sempat pergi. tiket free dah ada. pilih tarikh jelah. apapun anak-anak aku seronok dan tercapai sudah nak ke Legoland Malaysia Nusajaya.

Khamis, 19 Disember 2013

Konvokesyen Luqman dari KPTM dan Lawatan Ke Putrajaya

pada 30nov - 1dis telah berlangsungnya Konvokesyen Kolej Polytech Mara di PICC. pagi Jumaat kami dah mula bergerak ke Putrajaya dengan dua kenderaan iaitu My Exora dan Viva. Luqman bawa viva Munir. seronoknya anak-anakku kerana ini pertama kali mereka nak jejak kaki kat Putrajya. semua teruja. akhirnya kami sampai jam 11 pagi di PICC untuk Luqman mengambil jubah konvonya. orang dah mula ramai. Alia dan Afif pun teruja...
Sekitar Dataran Putrajaya




Sekitar Masjid Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjdi besi).
kami sudahpun menempah sebuah homestay di sini. alhamdulillah ok. selama 3 hari di sini sempatlah kami melawat tempat-tempat yang sepatutnya di lawati seperti dataran putrajaya, Masjid-masjidnya dan sebagainya.

Merisik dan meminang sekaligus bertunang untuk Munir dan Erin


balik cuti kali ni ada surprise rupanya. adikku Munir yang kerja Perodua rupanya meminta abah dan mak juga adik beradik untuk merisik bakal isterinya iaitu Erin. kelam kabut gak sebab masa agak terhad tetapi alhamdulillah perancangan diatur dengan rapi. akhirnya kami pi ke rumah Erin yang tinggal tidak jauh juga dari rumah kami. sambutan yang baik dari keluarganya dan perbincangn berjalan dengan baik sekali. akhirnya kata putus dicapai iaitu 2 tahun dan pasangan boleh memilih untuk dipercepatkan sekiranya dah pun bersedia segala-galanya....alhamdulilah...tahniah Munir dan Erin....

Kenduri Sepupuku Amirul Fahmi di IPPD Gombak.

alhamdulillah cuti kali ini kami balik ke Perak hampir dua minggu dengan menghadiri kenduri sepupu di IPPD Gombak. tahniah untuk Amirul Fahmi dan pasangannya. kami bergerak pagi lagi dari Ipoh bersama-sama pakcik makcik dan sepupu lain. Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar...kami sampai dalam jam 11 pagi. tetamu dahpun mula ada yang datang. kenduri di buat di padang kawad, jadi agak luas untuk parkir dan khemah jemputan. difahamkan achik Loy iaitu pakcikku (bapa amirul) menempah katering dengan Adam Lai katering...yang ada bisnes partner dengan Ebby Yus...tapi dia takde la datang...hehehhee.kami pulang jam 4 petang ke Ipoh dalam keadaan yang gembira walaupun keletihan...tq achik Loy atas layanan yang baik....

Rabu, 25 September 2013

Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
     
  2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
    1. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
      Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
       
    2. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
      Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
       
    3. Sabda Rasulullah s.a.w :
      Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
       
    4. Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”  درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.

Sumber - e fatwa (JAKIM)

Rabu, 21 Ogos 2013

Marhaban Raya


Selamat hari raya buat semua.tahun ni balik Perak dulu, pastu baru balik Mersing. Meriah sakan tahun ni. tahun ni rumah kami ada ambil marhaban. join dengan Mr Nazri, Mr Malek dan Mr Sis....kumpulan pompuan masuk umah aku dulu dan umah nazri, malek dan diakhiri umah sis..geng lelaki plak masuk umah sis dulu, pastu nazri dan malek dan akhirnya umah aku. Juadah yang dihidangkan? satay ayam, bakso, roti jala, karipap, kek berserta dengan air sirap dan oren dan tak lupa juga air panas....jam 10 malam dah setel...

Khamis, 25 Julai 2013

Peperiksaan Percubaan PMR sekolahku

pada hari ini diadakan taklimat peperiksaan percubaan PMR yang akan bermula pada 26 Julai hari Jumaat. Taklimat dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, GPK1, Setiausaha Peperiksaan, Guru Kaunselor dan diakhiri dengan lafaz ikrar akujanji dari setiap pelajar calom PMR 2013
Semoga kalian semua berjaya...Aaamin...

Khamis, 6 Jun 2013

Cuti-cuti Ke Kelantan Darul Naim

pada cuti sekolah yang lepas kami anak beranak telah melawat negeri Serambi Mekah Kelantan Darul Naim. perjalanan dimulakan pada 29 mei dari Sungai Siput Utara menuju ke Kelantan melalui jalan Sayong - Lenggong - Gerik - Jeli - Tanah Merah - Pasir Mas - Kota Bharu. bergerak jam 8 pagi dan tiba di Jeli jam 12 tengahari. sempat aku melawat sekolah lamaku SK Jeli (1) dulu namanya SK Jeli. banyak bangunan baru dan bangunan lama masih lagi wujud. sebak, sayu mengenangkan kenangan lama tahun 1982-1985..
Selepas makan tengahari kami melawat rumah jiran lama Kak Nah dan kak nab dan seterusnya ke Kota Bharu.

Kami check in di Khalifa Suites Hotel and Apartment berhadapan Masjid Muhammadi pada jam 4.30 petang. rehat dan malamnya kami cuma keluar kawasan berdekatan je untuk makan malam.
30mei Khamis, bersarapan lagi di pasar Wakaf Bharu ...tempat tinggal masa darjah 5 hingga tingkatan 4. cari nasi berlauk ikan la....
Teruskan perjalanan ke Pengkalan Kubur, sempat gak beli barang sikit walaupun kedainya tidak la begitu banyak. Kami teruskan ke Rantau Panjang. wahhh....baru betul banyak kedainya..makan tengahari dan membeli belah di pekan Rantau Panjang.
Jam 4 petang kami pulang ke Kota Bharu, sempat gak singgah rumah member lama Ustaz Zahrin di Bunut Susu dan rumah cikgu Jah, cikgu BM aku masa sekolah rendah dulu. makan malam lagi kat situ..tak mampu nak menolak..
 
 31 mei plak giliran berjalan di Pasar Besar Siti Khadijah...puas berjalan, beli keropok, kain batik, pelikat, buah pauh dan sebagainya...balik hotel. lepas solat Jumaat, kembali semula ke Wakaf Bharu. pi rumah kawan lama, sempat la jumpa dia...Shamsul Bahri....petangnya balik.....malam plak Uptown Wakaf Che Yeh..besar gak...jam 8 malam kami dah sampai...cari barang kiriman kawan baikku nak cari seluar jeans BMW....nasib baik ada..memang rezeki dia.
malamnya pekena nasi goreng di Restoran Wau...balik lena
 
 1 jun. Member Mohd Zain tepon ajak sarapan kat umah dia di Binjai...pekena nasi dagang dan lepak kat umah dia sampai jam 11, balik hotel dan chek out.singgah sekolah lama Maahad Muhammadi Pasir Pekan.....puas hati isteri dan anak2 yang memang tak pernah sampai ke Kelantan, balik rumah dah plan untuk tahun depan plak....mana...Terengganu kot... 





Isnin, 6 Mei 2013

Selamat Datang MyExora


Tambah kapsyen
pada 4.5.2013 , kami telah trade in mypersona kepada myexora bold cvt cfe premium...tujuan jual ialah untuk keselesaan kami terutama anak-anak yang mengadu aircond tak sejuk, semua nak duduk tengah. bila ada nya myexora ini, maka alhamdulillah impian memiliki Exora tercapai sudah.
sedih hati juga apabila meninggalkan mypersona yang dah berkhidmat dengan kami hampir 4 tahun. apapun zaman dah berubah, hidup diteruskan. selamat datang myExora...dapat je myexora dari member Zabudin, dia yang uruskan, terus ke kedai aksesori untuk buat sticker hitam kat cermin depan dan tak lupa juga beli blind spot mirror...penting tu untuk parking.
antara kelebihan myexora ini :
1- leather seats
2. auto cruise
3. dvd player
4. sport rims
5. brek hard disk
6. ada pilihan SAT (stepped auto trasmissions)
7. 7 seaters
8. luas dan panel lcd yang cantik dan menarik.
9. aku amik yang auto...
10. ada airbag depan 2, dan tepi jugak...
apapun Alhamdulillah....
Alia, Afif dan Sayang, ini untuk anak2 abah...

Jumaat, 26 April 2013

Program Pengarah Turun Padang (PTP) 2013

pada 25 April 2013, PTP telah dijalankan di sekolahku. yang mengetuai dalam pemantauan tersebut ialah Tn Hj Abdul Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNJ. jam 7 dah terpacak kat sekolahku dan beliau dibantu oleh 3 orang dari PPD Muar. Pemantauan bermula dengan memantau PDP di dalam kelas dan ada 7 orang yang bernasib baik dapat diselia oleh pemantau. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Selepas rehat pula mereka mula melihat fail, dokumen termasuklah buku rekod guru mengajar. Majlis diakhiri dengan taklimat dari mereka kepada semua guru di sekolahku...semuanya ok...

Rabu, 10 April 2013

Seminar Bijak Sifir Cikgu At



cuti sekolah kali ini lebih bermakna apabila anak sulungku Alia Farhana berpeluang mengikuti satu Seminar Bijak Sifir yang dikendalikan oleh seorang guru Matematik dari Kedah iaitu Cikgu Azhar bin Pa atau lebih dikenali dengan nama Cikgu At.
Untuk seminar di Ipoh ianya dijalankan di Hotel Seri Malaysia  Ipoh bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tengahari. Antara yang menarik ialah dalam seminar ini Cikgu At telah mendedahkan kaedah yang mudah bagi mengingati sifir yang besar, kaedah sifir guna jari, kaedah sifir guna garisan, skala gred sifir 9X9 dan berbagai lagi.

Bagi Alia yang baru darjah dua, ianya satu pengalaman yang amat bagus dan kesannya aku lihat dia mudah menyebut sifir dan mendapatkan jawapannya menggunakan kaedah yang diberikan. aku bercadang nak menganjurkan seminar Cikgu At ini pula di sekolah rendah kawasan Muar pulak.

Ahad, 31 Mac 2013

Hot Perfume....mynew Blog....layari dan tempahlah..

\
http://myhotperfumesandairfresheners.blogspot.com/

Ahad, 17 Mac 2013

Siap Sedia untuk Berjihad

Daripada  Aisyah RA  katanya, Nabi SAW bersabda, “Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang dan niat untuk jihad (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

Jumaat, 1 Mac 2013

Penampilan Sulung Di MSSD

pada 26 Februari lepas anak sulungku Alia Farhana pertama kalinya mewakili sekolah ke pertandingan Tenpin Bowling MSSD Muar 2013 bagi kategori bawah 12 tahun perempuan....Alia baru darjah dua. Mulanya dia takut, tapi bila dah baling 2,3 kali dah mula syok. Alhamdulillah Alia dapat la tempat ke-9 dari 19 orang yang mengambil bahagian. Yang peserta lain semuan murid darjah 5 dan 6. bagi aku ini baik sebab perjalanan karier bowling Alia masih baru. Tahniah anakku. teruskan perjuangan abahmu yang dah nak mula slow main bowling...pasni tunggu giliran Afif Danial pulak yang nak join, lagi 2 tahun la...tahniah...

Jumaat, 15 Februari 2013

Amalan Membaca Al-Mathurat

Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari.
Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

Ahad, 27 Januari 2013

Kesulitan sistem PBS diatasi

Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini.
Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan.

Isnin, 31 Disember 2012

Ulangtahun Perkahwinan ke 10

 pada 22 Disember lepas, genaplah 10 tahun usia perkahwinan aku dengan isteriku Erdalina. masih teringat 10 tahun lepas di rumah mertuaku di Mersing, sampai aje aku ke rumahnya, ramai sudah menunggu. Kebetulan Imam Jainuri yang menikahkan kami kenal dengan status guru agama, maka khutbah nikah pun aku yang baca. Sehinggakan rakan-rakan isteriku menyangka yang suara imam kuat bila baca khutbah sedangkan aku yang baca...
so, plan kami pi bercuti satu malam di Hotel Seri Malaysia Melaka yang terletak di Ayer Kroh. nak pi 22Disember tak sempat maka ditunda tarikhnya kepada 29 Disember. Jam 11 pagi kami jalan-jalan ke Jaya Jusco dulu, isteriku nak beli kasut sekolah. Jadi aku bayarkan kasutnya sebagai tanda hadiah ulangtahun kahwin...
Jam 4 petang baru kami check in ke Seri Malaysia dan berehat dalam bilik. Pada jam 5.30 petang baru kami keluar dari bilik dan menuju ke kolam renang. Alia dan Afif dah tak sabar-sabar nak mandi. Apalagi mandi lah.
Malamnya kami pi makan kat Restoran Malim Ikan Bakar dekat-dekat situ jugak. Member Rani dan Zue sama-sama meraikan makan malam kami...memeriahkan suasana. Kami dibelanja lagi. Alhamdulillah. Tq kat Rani dan Zue.
Esok pagi selesai sarapan, Alia dan Afif minta nak mandi lagi, bagi lah peluang kat mereka. jam 12 kami check out dan pi zoo Melaka.
 Sebenarnya semasa mandi kolam renang petang semalam 29 Disember, secara tak sengaja, isteriku terserempak dengan rakan sekolah lamanya yang dah 18 tahun tak jumpa. namanya Dzarifah...dan suaminya Mohd Nizam, serta anak-anaknya Najiha dan Nasreen...
Destinasi di Zoo Melaka, kononnya nak naik tram, tak jalan plak....berjalan la kami 3 keluarga beramai-ramai. Keluarga aku, keluarga Nizam dan keluarga Rani...petangnya kami singgah rumah Rani untuk mandi dan solat Asar dan jam 6 kami balik ke Muar.
Makan malam ni pula Isteriku pula belanja makan di Restoran Wak Jos Ikan Bakar di Sabak Awor...pekena ikan pari, sotong tepung, sayur kailan ikan masin, otak-otak, telur dadar dan air sirap. Balik umah rehat dan semuanya lepak awal akibat keletihan...kena rehat sebab esok pendaftaran pra sekolah Afif....
Terima kasih isteriku kerana terima diriku ni dan sudah 10 tahun kita melayari perkahwinan semoga berterusan dan kekal bahagia selamanya. Abang sayang Sayang, abang sayang anak-anak kita Alia dan Afif...

Rabu, 26 Disember 2012

Seronok Jika Diajar Betul

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diketahui minggu lalu. Daripada 481,424 pelajar yang mengambil peperiksaan itu, seramai 30,474 memperolehi keputusan paling cemerlang.
Selepas PMR, mereka akan memasuki tingkatan empat tetapi ramai yang mencongak untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

Lazimnya, pelajar cemerlang tentu mempunyai keinginan memasuki aliran sains kerana jaminan memasuki institusi pengajian tinggi selain tawaran pekerjaan lebih cerah.

Bagaimanapun, penurunan pencapaian subjek Sains dan Matematik dalam setiap peperiksaan utama setiap tahun kini menimbulkan pertanyaan.

Adakah penurunan itu bagaikan isyarat senyap bahawa dua subjek berprestij itu semakin kurang diminati hingga pelajar ‘meluahkan’ dalam peperiksaan atau kerana ketidakfahaman menjawab hingga gagal mencapai keputusan yang baik?

Selasa, 11 Disember 2012

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

Hadith :
 
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”

 
(al-Bukhari) 
  
Huraian

Selasa, 20 November 2012

Hari Keluarga Ramli dan Zabidah di Endau Beach Resort

pada 16-18 November yang lepas telah diadakan hari keluarga bagi keluarga Ramli dan Zabidah..(Keluarga Mertuaku)...Hari keluarga yang pertama kali diadakan ini diadakan di Endau Beach Resort dan dikendalikan oleh adik bongsu kami iaitu Izwan dan Ain...
kami check in di resort pada petang Jumaat jam 4 petang, disambut dengan Hi-Tea dan seterusnya acara pertama ialah mandi di kolam renang...
pada malamnya pula diadakan makan secara barbeku sperti udang,sotong, ayam dan sebagainya. disulami dengan nyanyian karaoke oleh ipar dan biras2 ku...
Hari kedua selepas sarapan pagi diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa, acaranya tiup belon, lambung belon, spin and run, tiup tepung dan sebagainya. jam 10 pagi tamat. apalagi, sambung mandi la..petang bebas, kami pi pekan Mersing jap, anak-anakku sibuk minta dibelikan pelampung dan googles...
malamnya makan malam dan rehat. pagi hari ketiga pula acara bebas dengan mandi di kolam renang jam 12 makan tengahari dan check out. kami sampai di rumah jam 7 petang. semua keletihan. lepak awal, aku  plak standby, esok ada mesyuarat.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...