SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Rabu, 21 April 2010

Perlukah pendidikan seks di sekolah?


Pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai satu subjek khas di sekolah-sekolah kerana ia terdapat dalam ajaran agama Islam, kata Tun Dr. Mahathir.

Subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai menjelaskannya melalui cara yang baik supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu.

Perkara-perkara yang mengajar tentang disiplin dan mengawal nafsu boleh dimasukkan dalam mata pelajaran Agama Islam kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.

Akibat tidak mengawal nafsu, bayi dibuang dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu.



Semua pihak perlu memahami apa sebenarnya pendidikan seks itu kerana anak-anak akan tersalah tafsir istilah seks dengan membayangkan gambar lucah.

Terdahulu dalam ucapannya, bekas Perdana Menteri itu menarik perhatian tentang betapa pentingnya guru agama sekolah menekankan nilai yang dapat membentuk keperibadian anak supaya mereka dapat menjadi umat Islam yang kuat dan berjaya di dunia dan akhirat.

Guru agama bukan sekadar mengajar anak-anak bersembahyang dan beribadat malahan perlu menerapkan nilai mulia supaya mereka menjadi inovatif dan sukakan ilmu sains bagi mencipta 'senjata' yang mampu mempertahankan umat Islam.

Melindungi umat Islam dengan penciptaan senjata juga dituntut oleh Islam kerana orang bukan Islam tidak akan menjual senjata terbaik kepada orang Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

Pendidikan seks secara tidak langsung boleh diajar kepada para pelajar di sekolah menengah apabila mereka mula mempelajari tentang sebab-sebab seseorang itu diwajibkan mandi. Juga terdapat dalam bab puasa di mana di antara perkara yang boleh membatalkan puasa ialah bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan.

Jadi di sini guru agama seharusnya bertindak dengan lebih baik dengan menjelaskan sebenarnya perkara tersebut dan menerangkan risiko yang akan ditanggung jika berlaku perkara yang tidak diingini dan ianya akan mengheret kepada kes zina, buang bayi dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...