SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 28 Jun 2012

Bengkel Transformasi Penerbitan Buku Teks

satu bengkel transformasi penerbitan buku teks telah diadakan pada 24-27 Jun yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks KPM.

Seluruh peserta yang terdiri daripada berbagai latar belakang pendidikan seperti dari IPTA, IPG, dan sekolah telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut di antaranya pensyarah-pensyarah, guru-guru cemerlang dan guru-guru pakar serta jurulatih utama bagi steiap negeri.
Di antara objektif program tersebut ialah :-
1- peserta dapat berkongsi maklumat berkaitan transformasi secara menyeluruh
2- BBT mendapat maklum balas daripada peserta berkaita kandungan buku teks sedia ada dan buku teks KSSM
3- BBT dapat mengumpulkan cadangan penambahbaikan aspek kandungan buku teks untuk persediaan buku teks KSSM.
Untuk aku guru cemerlang Pendidikan Islam, terdapat 10 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang dipanggil ke bengkel tersebut. Ianya diadakaan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Aku pergi dengan adik iparku yang ada mesyuarat Bank Rakyatnya di Hotel Ancasa.

Jadual Program adalah :
 25 Jun 2012 Isnin

Ceramah 1 - Transformasi Kurikulum Terhadap  Buku Teks Sekolah Menengah (BPK)
Ceramah 2 - Buku Teks sebagai Bahan Rujukan dalam PBS (LPM)
Bengkel 1 untuk Ceramah 1
Bengkel 2 untuk Ceramah 2

26 Jun 2012 Selasa
Ceramah 3 - Inovasi dan Kreativiti dalam Buku Teks (UM)
Ceramah 4 - Transformasi Buku Teks (UM)
 Bengkel 3 untuk ceramah 3
Bengkel 4 untuk ceramah 4

27 Jun 2012
 Majlis rumusan dan penutupan rasmi oleh Pengarah Bahagaian Buku Teks En Jami Alif . Dan pada jam 3 petang aku bertolak pulang ke Muar dan sampai di rumah dengan selamatnya...alhamdulillah...


Selasa, 12 Jun 2012

IMTIYAZ PMR VERSI 1


pada hari Jumaat 18 Mei yang lepas telah diadakan satu program yang dinamakan Imtiyaz PMR versi pertama untuk pelajar tingkatan tiga. bermula waktu pagi dengan teknik menjawab Pendidikan Islam selama 2 jam, dan pada slot kedua pula para pelajar diberikan modul latihan dan contoh soalan. semuanya berakhir pada jam 12 tengahari. alhamdulillah berjalan dengan lancar.
kali ini penceramah jemputan ialah....tidak lain tidak bukan, hehehehehe..aku la....Pengetua kata kita kena guna kekuatan dalaman, jadi aku adalah GC Pendidikan Islam, maka aku gunakanlah apa yang aku ada untuk diberikan kepada para pelajar.

Khamis, 17 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

pada 16 Mei yang lepas, telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan di dataran wawasan. acara bermula dengan perarakan masuk guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi paluan kompang sekolah. Semua guru berada di dataran wawasan berhadapan dengan pelajar seramai 1000 orang. Dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas dan seterusnya nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri Johor. Seterusnya ucapan dari Ketua Pelajar dan diikuti ucapan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolah. dan selepas itu, ucapan dari En Toh Cheng Hwa, Pengetua sekolah.
Diteruskan dengan acara sajak, tarian dan nyanyian dari pelajar dan segmen pendidikan khas. Pengawas dan pelajar tingkatan 6 pula mengendalikan acara anugerah untuk guru seperti anugerah guru paling sabar, paling anggun, paling kreatif, paling segak dan sebagainya. dan akhir sekali anugerah guru paling popular yang dimenangi oleh En Ahmad Lutfee iaitu GPK Hem sekolah.
Pelajar dan guru rehat sementara aku menyiapkan doa untuk majlis jamuan tengahari.
Jam 10.30 pula disambung dengan acara sukaneka di padang sekolah. antara acaranya ialah kerusi muzik, boling, basikal lambat, isi air dengan span dan sebagainya. jam 12 berakhir. pelajar pulang manakala semua guru ke majlis jamuan hari guru sehingga jam 1 tengahari. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
tahniah kepada AJK kelab guru di bawah pimpinan Ustaz Auzaai kerana dapat mengendalikan sambutan hari guru dengan baik sekali dan aku rasa tahun ni yang paling gempak dan meriah...tahniah...
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..
SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIKAN SEMALAYSIA...

Ahad, 13 Mei 2012

Kursus Guru Cemerlang 2012

pada 10 Mei yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi Mara Mukim Serom 4&5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah berganding tenaga dengan menganjurkan satu kursus khas untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertaan dari guru cemerlang yang terlibat. Bermula dengan pendaftaran pada jam 7.30 pagi dan terus dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj Hassni iaitu Pengerusi MGC Muar dan Ledang.
Slot pertama bermula pada jam 10.30 dengan ceramah 'Guru Penyayang' yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Issmail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Penyampaian yang sungguh berkesan dan meyakinkan sesuai dengan kredibiliti beliau sebagai pengetua cemerlang membuatkan warga GC tak kering gusi dan tak berganjak dari tempat duduk.
Slot kedua pula bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau semasa memantau guru-guru, perkara-perkara penting sebelum, semasa dan sesudah mengajar dan tidak lupa juga beliau menceritakan tentang iklan guru cemerlang yang akan tutup pada 25 Mei.
Tengahari berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur.
Slot petang disambung dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang yang telahpun bersara dari dunia pendidikan iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia sekitar persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhirnya ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Sektor Pengurusan Akademik.
Selepas ucapan disampaikan cenderamata kepada guru yang bersara dan tak lupa juga kepada Tn Hj Lokman. Majlis berakhir pada jam 4,45 petang, MGC Muar dan Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GC yang terlibat sebagai AJK samada secara langsung ataupun tidak begitu juga kepada semua GC yang hadir bagi memenuhi amanat dan tanggungjawab kita sebagai ahli dalam MGC Muar dan Ledang. Kecemerlangan Berterusan Insyaallah....

Jumaat, 27 April 2012

Program Imtiyaz 1 Pendidikan Islam SPM 2012


satu program kecemerlangan yang dinamakan Imtiyaz Pendidikan Islam SPM 2012 telah diadakan di sekolahku pada hari ni Jumaat 27 April di dewan blok F. seramai 120 pelajar Islam SPM yang terlibat. jam 8-10 pagi slot 1 untuk pendedahan teknik dan tips kertas satu dan kertas dua. manakala jam 10.30 - 12.00 pula slot 2 untuk modul latihan dan jawapan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. diharapkan program ini dapat membantu pelajar bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang dijadualkan pada minggu hadapan..

Rabu, 11 April 2012

Ganjaran Menahan Marah

Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

Sabtu, 24 Mac 2012

Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif

Sumber : e-fatwa
 
Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
     
  2. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun"

Selasa, 6 Mac 2012

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

pada Sabtu yang lepas telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Perarakan tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat pada pagi tu, jadi berselawatlah di dewan sahaja, bagus gak skrip selawat aku boleh tayang kat slaid.
acara pagi tu di mulakan dengan ucapan GPK 1 mengalukan kedatangan pelajar ke majlis ini.
Seterusnya ceramah motivasi dari Pak Din Kaunselor sekolah.
Aku pulak mengambil slot seterusnya di bawah tajuk "60 minit bersama Ustaz Saiful". aku adakan slot kuiz interaktif dengan menggunakan MS PowerPoint dan diikuti slot Sentuhan Hati dengan menayangkan klip video dan tayangan nasyid karaoke beramai-ramai.
Jam 10 pagi, pelajar rehat sementara nak tunggu slot ceramah seterusnya yang akan disampaikan oleh Ustaz Hj Abdul Salam bin Damio, tajuk ceramah "Rawatan Menangani Makhluk Halus secara perawatan Islam".
Majlis tamat pada jam 12 tengahari. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan para pelajar.

Sabtu, 25 Februari 2012

Pesta Tenpin Boling MSSD Muar 2012

pada 21-23 Februari yang lepas aku ditugaskan untuk menjadi marshal lorong bagi Pesta Tenpin Boling MSSD Muar 2012 yang diadakan di Muar Perfect Bowling Center, Bakri Batu 4, Muar. Pada hari pertama diadakan kejohanan untuk bawah 12 tahun, diikuti hari kedua dengan bawah 15 tahun dan hari ketiga bawah 18 tahun.
Selain dari menjadi pengadil lorong, aku juga ditugaskan membawa seorang pemain wakil sekolahku untuk bawah 18 tahun perempuan iaitu Ct Nurain Rosli. dan beliau telah mendapat tempat kelima bagi kategori yang disertainya. Tahniah Nurain.

Isnin, 13 Februari 2012

Birthday ke 37 buat diriku...

pada 11 Februari yang lepas cukuplah umurku 37 tahun, Subhanallah begitu cepat masa berlalu, macam baru semalam aku balik dari oversea selepas tamat pengajianku di Jordan...apapun hidup diteruskan dengan penuh rasa takut kepada Allah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mengucapkan ucpaan selamat kepadaku juga rakan FB juga bekas anak murid yang tak jemu2 sms kat aku...tahun ni dapat apa..? tahun lepas dapat beg sukan...tahun ni dapat beg kasut sukan dan hanfon baru.....kebetulan hanfon nokia lama aku dag mula buat problem...tangkap satu samsung galaxy w.....ok lah......

Sabtu, 4 Februari 2012

Guru Cemerlang ICT harumkan nama negara di AS

GURU Cemerlang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Zainuddin Zakaria berjaya melakar nama di peringkat antarabangsa apabila beliau memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Pendidikan 2011 di Washington, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Mengulas mengenai kemenangan itu beliau berkata, ia bukanlah suatu pertandingan yang mudah lebih-lebih lagi melibatkan penyertaan  115 guru dan juga pendidik dari 75 buah negara termasuk Malaysia.
"Sebagai wakil tunggal Malaysia dan juga ASEAN, saya berasa sangat berbangga kerana berjaya membuktikan bahawa para pendidik dari rantau ini juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri, Kepong ini.

Sabtu, 28 Januari 2012

Five Principles of Islam

Narrated Ibn 'Umar:
Allah's Apostle said: Islam is based on (the following) five (principles):
1. To testify that none has the right to be worshipped but Allah and Muhammad is Allah's Apostle.
2. To offer the (compulsory congregational) prayers dutifully and perfectly.
3. To pay Zakat (i.e. obligatory charity) .
4. To perform Hajj. (i.e. Pilgrimage to Mecca)
5. To observe fast during the month of Ramadan.

Jumaat, 20 Januari 2012

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH


        Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
        Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya       keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
        Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

Sabtu, 7 Januari 2012

Hukum Mengerjakan Haji Lebih Dari Sekali

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan didunia dan beroleh ganjaran yang besar diakhirat. terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat.
 
Keputusan (English): 
 
The Ruling on Performing the Hajj More Than Once

Decision:

The 20th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd April 1988 has discussed the Ruling on Performing the Hajj More Than Once. The Conference decided that from the religious legal perspective, the impact of performing the hajj more than once will lead to benefits in this world and great rewards in the Hereafter. As such, it is up to the individual to prioritize his obligatory deeds and follow it with the recommended practices.
Sumber : e-fatwa
 

Jumaat, 30 Disember 2011

Satu Lagi Tahun Baru 2012...

tak lama lagi lagi kita akan menghadapi dan memasuki ke satu lagi alam tahun baru iaitu tahun 2012. umurku makin meningkat, banyak manakah amalanku pada Nya Rabbul Izzati...dan seperti tahun lepas, akan dimulai dengan mesyuarat pertama guru bagi tahun 2012.
hari ni ada juga yang tak datang kerana masih lagi menghadiri peperiksaan penyelarasan kedua SPM. Mesyuarat pagi ni dimulakan dengan taklimat sistem saraan baru perkhidmatan awam ataupun singkatannya SBPA yang disampaikan En Salleh Mahpop, cc SMK Bukit Pasir.
Gaji semua guru naik samada banyak atau sedikit dan naik mengikut pergerakan gaji sebaris yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ini.
Jam 9 berhenti rehat, makan pagi ditaja oleh Tuan Kantin sekolah ku. Mesyuarat diteruskan lagi dengan mesyuarat guru berpusatkan kepada laporan analisis Penilaian Menengah Rendah di mana ada 10 orang yang mendpat 8A, manakala 15 orang yang mendapat 7A..tahniah kepada guru.

Rabu, 21 Disember 2011

Cuti Sekolah Akhir Tahun 2011

salam kemaafan kerana dah lama tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ini. bila dah bercuti, biasanya aku bercuti betul-betul dan berkebetulan kat kampung aku line broadband nya kurang mantop dan ianya cuma guna GPRS jadi sangat perlahan. hari ni dah balik semula ke rumah dan boleh la aku kemaskinikan apa yang berlaku. Pertama kami balik kampung di Ipoh dan sempat la bawa famili berjalan-jalan. anak-anak aku mengajak ke Zoo Taiping.
kami ke sana. sampai pagi dan orang belum ramai. naik tram je. tak larat nak jalan. dah pusing dengan tram, kononnya nak ronda jalan kaki plak, baru setengah jam, semua kata letih. lepak la....
minggu ni plak bawa anak-anak ke Ipoh Parade, melihat pakciknya ada perlawanan bowling, sempat la anak-anak aku main bowling seorang dua game, berpeluh-peluh....yang penting mereka gembira. tapi kenangan takleh lupa bila afif terjatuh dalam lane akibat licin, nasib baik tak menangis...hebat afif....
sekarang dah ada kat rumah sendiri.....plan esok nak ke Batu Pahat plak, macam nak beli beg laptop baru, yang lama dah ada kesan koyak....sambil tu beli barang dapur sekali...tengok la sok....
kepada yang nak ambil result pmr, all the best....tak lama lagi dah naik sekolah, bagaimana persiapan....siapkan la duit untuk bayaran macam-macam....sekolah biasa, sekolah agama dan lain-lain..

Sabtu, 3 Disember 2011

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:-
 
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
 

Isnin, 21 November 2011

Konvo Prasekolah Anakku Alia

alhamdulillah pada hari Rabu 16 November yang lepas telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang Prasekolah Anak Sulungku Alia Farhana. Genap dua tahun Alia belajar membaca, mengira, menulis dan sebagainya di prasekolah ini dan akhirnya tamat dengan mendapat anugerah pencapaian cemerlang prasekolah kategori Pendidikan Islam...macam nak ikut jejak langkah aku je, guru Pendidikan Islam. aku lagi suka. apapun tahniah Alia. Teruskan kecemerlangan apabila masuk ke darjah satu dan seterusnya. Abah dan Ibu sentiasa doakan kejayaan Alia dan Afif(baru nak masuk 4 tahun)....
Dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru prasekolah dan pembantu prasekolah serta semua guru sekolah yang telah mendidik Alia selama dua tahun ni. Jasa anda semua akan kami kenang sampai akhir hayat kami. Semoga teruskan lagi usaha mendidik anak bangsa kerana segala-galanya bermula dari prasekolah.

Isnin, 14 November 2011

Konvo UTHM Norliza

pada 29 Oktober yang lepas merupakan hari yang bersejarah buat kedua-adik iparku....iaitu kenduri kahwin rumah suami Suhana dan juga hari konvokesyen UTHM untuk semua graduan termasuklah Norliza. Norliza menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan Universiti Tun Hussin Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Maka kami terpaksa berpecah dua rombongan, iaitu satu rombongan mengikuti konvo Norliza dan satu lagi rombongan ke kenduri rumah Hasib iaitu suami Suhana di Benut, Pontian. Apabila telah seleai majlis di Benut, kami bergegas pula ke UTHM, nasib baik majlis belum tamat. kira-kira jam 5.30 petang, baru lah graduan sesi petang keluar dari dewan. sempatlah bergambar semuanya.
Tahniah buat Suhana yang melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya Hasib dan tahniah juga buat Norliza kerana berjaya menggenggam segulung ijazah. Keluarga kami tahu betapa perit dan susahnya Norliza dalam pengajiannya terutama semasa semester akhir dalam penyediaan bahan projek.

Sabtu, 5 November 2011

Walimatul Urus Adik Ipar

pada 22 Oktober yang lepas telah berlangsungnya pernikahan adik iparku Suhana dengan pasangan hidupnya Hasib di Felda Nitar 1. Majlis berlangsung dengan ketibaan rombongan pengantin lelaki pada jam 10 pagi dan diletakkan mereka di rumah persinggahan untuk persiapan pengantin. aku plak ditugaskan sebagai orang perhubungan antara rombongan pengantin lelaki dan rombongan pengantin perempuan. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar apabila Hasib melafazkan akad nikah terimanya tepat jam 10.45 pagi dalam keadaan yang sangat tenang sekali. Teringan masa aku bernikah 9 tahun lepas, rumah persinggahan yang sama dan sebaik sahaja aku melafazkan akad aku terima nikah, hujan mulai turun.....alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar. Buat Hasib dan Suhana, tahniah dan semoga kekal ke akhir hayat...Mereka berbulan madu di Cameron, jangan lupa ole-ole untuk along sekeluarga ya...

Khamis, 27 Oktober 2011

Kadet Polis Semakin diminati

PENUBUHAN Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah seluruh negara semakin mendapat tempat di hati pelajar apabila bilangan yang mengikutinya meningkat begitu ketara sejak ia diperkenalkan 41 tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, semenjak ia ditubuhkan pada 2 Mac 1970 di bawah Seksyen 68 Akta Polis, keanggotaan yang pada awalnya hanya berjumlah 1,906 kini telah melonjak kepada 105,994 orang.
"Saya amat berbangga kerana minat pelajar terhadap pasukan polis begitu tinggi sekali gus dapat merealisasikan objektif penubuhannya dalam mendisiplinkan para remaja serta membina sahsiah pelajar selaras Falsafah Pendidikan Negara.
"Jika dahulu, para pelajar hanya dikaitkan dengan kes buli tetapi kini, mereka juga sudah mula terlibat dengan kejadian samun, curi kenderaan, ragut dan rogol.
"Walaupun bilangannya kecil, namun pihak polis tidak mengambil remeh mengenainya. Anggota Kor Kadet Polis boleh berperanan sebagai 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak sekolah bagi mengelakkan ia daripada berlaku," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Khamis, 20 Oktober 2011

Perceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 yang bersidang pada 27 Aug 2003 telah membincangkan Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat.
     
  2. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk menthabitkan talak tersebut.
     
  3. Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah kaedah penceraian yang tidak menepati adab penceraian yang digariskan oleh syarak
Sumber : e-fatwa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...