Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca
seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki
seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu
masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga
saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu.
Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi
makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama
dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar
kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
(al-Bukhari)
Huraian
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.
1 ulasan:
assalam
yup! adanya seorang pemimpin kerana adanya orang yang di bawah pimpinannya. Keberkesanan dan kejayaan organisasinya juga adalah hasil sentuhan semua orang di bawah bumbung yang sama ..
Sebagai bos perlunya prihatin soal kebajikan orang bawahannya .. apa perlunya egoisme kerana kita pasti ke sana jua ..
Catat Ulasan