Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peringkat negeri Johor telah berlangsung di SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat pada 8 November 2010 Isnin. Seramai 12 orang pembentang dari seluruh daerah dalam negeri ini telah membentangkan laporan kajian tindakan masing-masing di hadapan 3 orang panel penilai kajian tindakan. Muar yang mewakili zon 1 telah diwakili oleh Hj Iskandar (Bahasa Arab Sekolah Rendah), Hj Abd Ghani (Pendidikan Islam Sekolah Rendah) dan Hj Saiful Nizam...aku la (Pendidikan Islam Sekolah Menengah).
Dan aku membentangkan tajuk Kod Jari Ringkas bagi membezakan Rukun Haji dan Wajib, mendapat tempat ketiga sahaja..apapun aku bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaian pertama bagi dalam kajian tindakan peringkat negeri Johor.
Hj Iskandar membentangkan tajuk Tajul Ariffin mengenai perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Mendapat saguhati dari Ustaz LokmanulHakim...
Dan Hj Abd Ghani pula membentangkan GURAWI iaitu gurindam jawi. Mendapat saguhati dari Ustaz LokmanulHakim. Penutupan telah dilakukan oleh Ustaz LokmanulHakim bin Mashadi pada jam 1.30 tengahari. Insyaallah pengalaman menyertai seminar ini akan aku jadikan pengajaran supaya lebih bersedia dan memantapkan lagi kajian tindakan ini demi kejayaan anak-anak didikku di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan