Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Muzakarah telah memutuskan bahawa menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan.
The Ruling On the Use of Surrogate Mother To Have A Child
Decision:
The 80th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st- 3rd February 2008 has discussed on the ruling obtaining the service of surrogate mother to have a child. The Committee has decided that surrogacy is forbidden in Islam even if the sperm and ovum were taken from a married couple as this will bring genetic confusion to the unborn baby.
Keterangan/Hujah:
- Ketidaktentuan nasab merupakan aspek yang paling besar dalam kelahiran seorang bayi yang dikandung oleh ibu tumpang. Seorang ibu tumpang berbangsa Inggeris berkulit putih misalnya boleh melahirkan seorang bayi yang berbangsa negro yang berkulit hitam atau sebaliknya.
- Perkembangan dunia perubatan di bidang teknologi rawatan kesuburan bagi membantu reproduksi walaupun banyak memberi manfaat namun ternyata boleh menyebabkan kecelaruan sistem kekeluargaan dan keturunan. Melalui khidmat ibu tumpang, bayi yang dikandung dan dilahirkan mempunyai hubungan genetik atau tiada langsung hubungan darah dengan ibu tumpangnya kerana telur dan sperma adalah milik orang lain.
- Setakat ini tiada undang-undang yang jelas menyekat kaedah rawatan ketidaksuburan (infertility treatment) yang menggunakan perkhidmatan ibu tumpang.
- Di beberapa negara Eropah kadar permintaan menggunakan khidmat ibu tumpang semakin meningkat dan dikhuatiri fenomena ini akan menular di negara ini.
- Selain daripada kaedah ibu tumpang ini, terdapat juga kaedah perubatan yang menggunakan air sum-sum tulang belakang bagi membantu pasangan suami isteri yang yang kurang subur, mandul atau gagal memperolehi anak melalui kaedah semula jadi.
- Kaedah-kaedah perubatan yang diperkenalkan oleh Barat ini secara perlahan-lahan telah berjaya mempengaruhi masyarakat bahawa status ibu kepada bayi tidak semestinya disandang oleh wanita yang mengandung dan melahirkan, begitu juga status bapa tidak semestinya lelaki yang menyumbang benih atau menjadi suami kepada wanita yang mengandungkan bayi daripada darah dagingnya.
sumber: e-fatwa
1 ulasan:
Islam ada alternatif lain. macam poligami.
Catat Ulasan