SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Jumaat, 30 Disember 2011

Satu Lagi Tahun Baru 2012...

tak lama lagi lagi kita akan menghadapi dan memasuki ke satu lagi alam tahun baru iaitu tahun 2012. umurku makin meningkat, banyak manakah amalanku pada Nya Rabbul Izzati...dan seperti tahun lepas, akan dimulai dengan mesyuarat pertama guru bagi tahun 2012.
hari ni ada juga yang tak datang kerana masih lagi menghadiri peperiksaan penyelarasan kedua SPM. Mesyuarat pagi ni dimulakan dengan taklimat sistem saraan baru perkhidmatan awam ataupun singkatannya SBPA yang disampaikan En Salleh Mahpop, cc SMK Bukit Pasir.
Gaji semua guru naik samada banyak atau sedikit dan naik mengikut pergerakan gaji sebaris yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ini.
Jam 9 berhenti rehat, makan pagi ditaja oleh Tuan Kantin sekolah ku. Mesyuarat diteruskan lagi dengan mesyuarat guru berpusatkan kepada laporan analisis Penilaian Menengah Rendah di mana ada 10 orang yang mendpat 8A, manakala 15 orang yang mendapat 7A..tahniah kepada guru.

Untuk pendidikan Islam aku pula, dari segi peratus ada kenaikan dan dari segi gps pun ada kenaikan jugak. so saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua tenaga pengajar SMKBP terutama guru agama seperti Ustaz Asri, Ustaz Hafiz dan Ustaz Auzaai, juga tak lupa Ustazah Badariah dan Ustazah Alina..
Dari segi tugasan pula, aku masih lagi dengan Setiausaha Peperiksaan, AJK Kelab pencegahan Jenayah, Persatuan Agama Islam, ahli rumah Panglima, Penyelaras Program Quran dan entah ada lagi dalam buku panduan tu yang tak mampu nak sebut....terima ajala.  
Untuk semua yang mengikuti blog aku ni....SELAMAT BERTUGAS DI TAHUN BARU 2012..MOGA LEBIH SUKSES.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...