Sumber : e-fatwa
Keputusan: 
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah 
membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan 
bahawa:
- 
  Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila 
cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang 
KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna 
kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau 
bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh 
dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat 
harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
 
- Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun"

 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan