SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Ahad, 13 Mei 2012

Kursus Guru Cemerlang 2012

pada 10 Mei yang lepas bertempat di Dewan Theatrette 1 Kolej Kemahiran Tinggi Mara Mukim Serom 4&5 Ledang, Majlis Guru Cemerlang Muar dan Ledang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah berganding tenaga dengan menganjurkan satu kursus khas untuk semua guru cemerlang sekolah rendah dan menengah bagi daerah Muar dan Ledang.Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penyertaan dari guru cemerlang yang terlibat. Bermula dengan pendaftaran pada jam 7.30 pagi dan terus dimulai dengan ucapan aluan oleh Tuan Hj Hassni iaitu Pengerusi MGC Muar dan Ledang.
Slot pertama bermula pada jam 10.30 dengan ceramah 'Guru Penyayang' yang disampaikan oleh En Zulkifli bin Issmail, Pengetua Cemerlang DG54 SMK Dato' Sri Amar Diraja Muar. Penyampaian yang sungguh berkesan dan meyakinkan sesuai dengan kredibiliti beliau sebagai pengetua cemerlang membuatkan warga GC tak kering gusi dan tak berganjak dari tempat duduk.
Slot kedua pula bermula selepas rehat pada jam 11.00 pagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Pn Haslinah bt Johar, Nazir Sekolah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor yang banyak menceritakan tentang pengalaman beliau semasa memantau guru-guru, perkara-perkara penting sebelum, semasa dan sesudah mengajar dan tidak lupa juga beliau menceritakan tentang iklan guru cemerlang yang akan tutup pada 25 Mei.
Tengahari berhenti rehat dengan menikmati hidangan makanan tengahari di kafeteria KKTM dan solat Zuhur.
Slot petang disambung dengan Majlis Jasamu Dikenang iaitu meraikan persaraan 3 orang guru cemerlang yang telahpun bersara dari dunia pendidikan iaitu
1- Pn Hjh Mazidah bt Kenang (SK Parit Jawa)
2- Pn Hjh Hasmah bt Hashim (SMK Tun Mamar Ledang)
3- Tn Hj Md Abd Aziz bin Md Yatim (SMK Tun Mamat)
Dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGC Muar dan Ledang dan seterusnya disiarkan montaj multimedia sekitar persaraan mereka bertiga yang telah disediakan oleh Unit Multimedia MGC Muar dan Ledang. Dan akhirnya ialah penutupan rasmi kursus pada hari tersebut oleh Tn Hj Lokman bin Simon, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Sektor Pengurusan Akademik.
Selepas ucapan disampaikan cenderamata kepada guru yang bersara dan tak lupa juga kepada Tn Hj Lokman. Majlis berakhir pada jam 4,45 petang, MGC Muar dan Ledang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GC yang terlibat sebagai AJK samada secara langsung ataupun tidak begitu juga kepada semua GC yang hadir bagi memenuhi amanat dan tanggungjawab kita sebagai ahli dalam MGC Muar dan Ledang. Kecemerlangan Berterusan Insyaallah....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...