pada hari Jumaat yang lepas di kantin sekolah telah diadakan jamuan sempena hari raya Aidilfitri ala 'potluck style' di mana guru membawa makanan dan minuman dari rumah untuk dikongsi bersama guru-guru yang lain. yang tak sempat tu bagi duit ajelah kat Pengerusi Kelab Guru..Mr Auzaai...aku plak main beli je kuih karipap dan cuk keria...
Pagi tu dimulakan dengan Budaya Quran dengan disambung ayat dari Surah Ali Imran yang diketuai oleh Ustaz Asri...pada mulanya giliran aku tetapi ntah kenapa selepas nazir memantau aku untuk kenaikan GC Gred tengahari semalam, aku mula hilang suara...hehe...nasib baik dah lepas pemantauan.
Ada yang bawa nasi tomato, kuih muih, nasi himpit, rendang, dalca, ayam masak merah dan bermacam lagi juadah..ini juga sempena bagi guru yang meraikan 'raya untuk puasa enam yang disempurnakan dalam bulan Syawal ini. Bagusnya dengan jamuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru berbilang bangsa dan agama serta tanpa mengira kedudukan, pangkat serta jawatan...yang penting...makan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan