SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Ahad, 30 September 2012

Majlis Solat Hajat Untuk PMR, SPM dan STPM

majlis tersebut telah berlangsung pada 27 September 2012 hari Khamis malam Jumaat. Bermula jam 6.30 petang pelajar ibubapa dan guru mula hadir dan mendaftarkan diri. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohd Hafiz manakala Solat Hajat dan bacaan Yaasin pula dikhalifahkan oleh Ustaz Auzaai. Aku pula ditugaskan untuk imamkan solat Isyak dan seterusnya menjadi pengacara majlis untuk ucapan En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolahku dan Tn Hj Muzammil bin Ali, YDP PIBG.
Acara kemuncak ialah ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Tomami bekas Kaunselor SMK Bandar Maharani bermula jam 9 malam sehingga jam 10.30 malam. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan pengagihan makanan kepada ibubapa pelajar dan guru.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama daripada semua pihak yang telah menjayakan majlis solat hajat pada tahun ini.

Selasa, 25 September 2012

Kecemerlangan Berterusan Buat MGC Muar..Tahniah!

sekalung tahniah kepada Majlis Guru Cemerlang Muar kerana telah mendapat 2 anugerah utama di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Daerah Muar dan Ledang 2012 yang telah berlangsung di Dewan Wawasan PPD Muar pada 24 September yang lalu. Sebanyak 8 agensi telah mengambil bahagian iaitu PPD Muar, GPK 1, GPK HEM, GPK Koko, GPK Tingkatan 6, MASMA, Pendidikan Khas dan juga MGC Muar.MGC Muar telah meraih ANUGERAH EMAS 3 BINTANG manakala Pn Hjh Noor Rashidah Kasbi mendapat ANUGERAH PEMBENTANG TERBAIK.
Jangan cari la gambar aku sebab aku yang tukang ambil gambarnya....hehehehe,,,,apapun tahniah dan kekalkan dengan motto guru cemerlang kita iaitu "KECEMERLANGAN BERTERUSAN"

Rabu, 19 September 2012

Pertandingan Mencipta Laman Web / Blog

pada hari ini 19 September bertempat di Dewan Maahad Muar telah berlangsungnya pertandingan mencipta laman web / blog untuk pembimbing rakan sebaya Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi sekolah menengah daerah Muar dan Ledang. Sebanyak 23 buah sekolah telah mengambil bahagian. dan aku pula telah dijemput untuk menjadi salah seorang hakim bagi mengadili pertandingan tersebut. Setiap sekolah yang mengambil bahagian diberi masa selama 5 minit untuk mempersembahkan blog masing-masing dan 1 minit untuk soal jawab bersama para hakim. dan hasilnya PRS SMK (P) Sultan Abu Bakar telah muncul sebagai Johan Blog Terbaik.
Tempat kedua pula telah dimenangi oleh PRS SMK Bukit Gambir.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh PRS SMK Pei Hwa.
Tahniah kepada pemenang. SMK (P) Sultan Abu Bakar akan mewakili Daerah Muar dan Ledang ke pertandingan laman web / blog peringkat negeri Johor yang dijadualkan pada awal bulan November. Kepada yang tidak menang, jangan putus asa, teruskan dengan memurnikan lagi laman web dan blog PRS masing-masing. Mungkin tahun depan boleh mencabar pemenang ini...Belajar sesuatu daripada kekalahan...

Sabtu, 15 September 2012

Jamuan Raya Ala Pot Luck Style

pada hari Jumaat yang lepas di kantin sekolah telah diadakan jamuan sempena hari raya Aidilfitri ala 'potluck style' di mana guru membawa makanan dan minuman dari rumah untuk dikongsi bersama guru-guru yang lain. yang tak sempat tu bagi duit ajelah kat Pengerusi Kelab Guru..Mr Auzaai...aku plak main beli je kuih karipap dan cuk keria...
Pagi tu dimulakan dengan Budaya Quran dengan disambung ayat dari Surah Ali Imran yang diketuai oleh Ustaz Asri...pada mulanya giliran aku tetapi ntah kenapa selepas nazir memantau aku untuk kenaikan GC Gred tengahari semalam, aku mula hilang suara...hehe...nasib baik dah lepas pemantauan.
Ada yang bawa nasi tomato, kuih muih, nasi himpit, rendang, dalca, ayam masak merah dan bermacam lagi juadah..ini juga sempena bagi guru yang meraikan 'raya untuk puasa enam yang disempurnakan dalam bulan Syawal ini. Bagusnya dengan jamuan ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru berbilang  bangsa dan agama serta tanpa mengira kedudukan, pangkat serta jawatan...yang penting...makan....

Isnin, 3 September 2012

Perkahwinan Adik Ipar di Mersing

pada 1 September yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan adik ipar Norliza dengan pasangannya Nazif di Felda Nitar Satu, Mersing. Akad nikah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumah pengantin perempuan dan acara bersanding dijalankan pada hari yang sama pada jam 2 petang. cuaca pada mulanya ok dan elok akan tetapi pada jam 2.300 petang tiba-tiba berubah dengan kehadiran hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kencang. tetamu yang hadir bertempiaran lari meninggalkan khemah yang mungkin akan tercabut kain kanvasnya. bilal masjid yang berada di khemah dengan segera mengalunkan azan sebagai tanda perlindungan memohon dari Allah. segalanya reda dalam tempoh 20 minit. alhamdulillah tiada yang rosak dan semua tetamu selamat.
akan tetapi cadangan makan berdamai untuk pengantin yang ditetapkan pada khemah pengantin terpaksa diubah ke dalam rumah kerana kerusi dan meja di khemah tersebut basah. nasib baik makanan selamat kerana makanan bertutup dengan plastik.
tetamu mula meninggalkan rumah penganin dan segalanya berakhir pada jam 5 petang. satu pengalaman yang takkan dilupakan. kebetulan Norliza adalah ahli keluarga yang terakhir menamatkan zaman daranya dan keluarga mertuaku telah selamat menjalankan tanggungjawabnya mencarikan pasangan hidup untuk kesemua anak-anak mereka bermula dengan perkahwinan isteriku dengan ku pada 2002, abg iparku pada 2009, adik ipar bongsu dan adik ipar ketiga pada 2011 dan penamatnya adik ipar keempat pada tahun ini 2012.
Buat Norliza dan Nazif, semoga bahagia berkekalan sehingga ke anak cucu dan selamanya....

Selasa, 14 Ogos 2012

Orang Yang Bankrap di sisi Islam

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Ssungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".

Sumber : JAKIM/E-Hadith

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

sempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beramal Ibadah kepada semua pelayar blog saya dan berharap agar dapat terus memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan aktiviti ini selagi ada daya saya.

Dan pada hari khamis yang lepas 19 Julai, kelab Guru dan Kakitangan sekolah saya telah menganjurkkan 'pot luck' terakhir sebelum tibanya Ramadhan. Hampir semua guru telah menyumbangkan pelbagai makanan dan minuman dan ianya dinikmati oleh semua staf dan kakitangan sekolah.
Tujuannya adalah untuk mengeratkan sillaturrahim antara staf di samping memupuk rasa ingin bersedekah dan beramal jariah dalam menyumbangkan makanan dan minuman untuk hidangan semua rakan guru dan staf sekolah. Insyaallah acara ini menjadi acara tahunan dan akan ada pula 'pot luck' versi berbuka puasa dan juga versi raya.dan acara akhir sekali ialah sesi bergambar semua guru untuk majalah sekolah...saya? cari lah ye kat mana...hehehehe..

Khamis, 5 Julai 2012

Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang

pada 4 Julai yang lepas telah diadakan Hari keusahawanan dan Hari Temu Bincang. pada paginya ada sesi jualan pasaria oleh kelab dan persatuan dengan bantuan guru-guru penasihat. macam-macam yang dijual daripada makanan, kain baju dan pokok bunga...juga ada promosi Proton Preve yang dijemput khas dari Eon Bakri, Muar.
 Pada jam 9.30 pula bermula perjumpaan ibubapa dengan guru-guru di tempat-tempat yang telah dikhaskan. semuanya berakhir pada jam 12.30 tengahari.terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam program sehari ini.
Ini adalah sebahagian daripada gerai yang mengambil bahagian dalam Hari Keusahawanan dan Hari Temu Bincang....

Khamis, 28 Jun 2012

Bengkel Transformasi Penerbitan Buku Teks

satu bengkel transformasi penerbitan buku teks telah diadakan pada 24-27 Jun yang lepas yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Buku Teks KPM.

Seluruh peserta yang terdiri daripada berbagai latar belakang pendidikan seperti dari IPTA, IPG, dan sekolah telah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut di antaranya pensyarah-pensyarah, guru-guru cemerlang dan guru-guru pakar serta jurulatih utama bagi steiap negeri.
Di antara objektif program tersebut ialah :-
1- peserta dapat berkongsi maklumat berkaitan transformasi secara menyeluruh
2- BBT mendapat maklum balas daripada peserta berkaita kandungan buku teks sedia ada dan buku teks KSSM
3- BBT dapat mengumpulkan cadangan penambahbaikan aspek kandungan buku teks untuk persediaan buku teks KSSM.
Untuk aku guru cemerlang Pendidikan Islam, terdapat 10 orang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang dipanggil ke bengkel tersebut. Ianya diadakaan di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya.
Aku pergi dengan adik iparku yang ada mesyuarat Bank Rakyatnya di Hotel Ancasa.

Jadual Program adalah :
 25 Jun 2012 Isnin

Ceramah 1 - Transformasi Kurikulum Terhadap  Buku Teks Sekolah Menengah (BPK)
Ceramah 2 - Buku Teks sebagai Bahan Rujukan dalam PBS (LPM)
Bengkel 1 untuk Ceramah 1
Bengkel 2 untuk Ceramah 2

26 Jun 2012 Selasa
Ceramah 3 - Inovasi dan Kreativiti dalam Buku Teks (UM)
Ceramah 4 - Transformasi Buku Teks (UM)
 Bengkel 3 untuk ceramah 3
Bengkel 4 untuk ceramah 4

27 Jun 2012
 Majlis rumusan dan penutupan rasmi oleh Pengarah Bahagaian Buku Teks En Jami Alif . Dan pada jam 3 petang aku bertolak pulang ke Muar dan sampai di rumah dengan selamatnya...alhamdulillah...


Selasa, 12 Jun 2012

IMTIYAZ PMR VERSI 1


pada hari Jumaat 18 Mei yang lepas telah diadakan satu program yang dinamakan Imtiyaz PMR versi pertama untuk pelajar tingkatan tiga. bermula waktu pagi dengan teknik menjawab Pendidikan Islam selama 2 jam, dan pada slot kedua pula para pelajar diberikan modul latihan dan contoh soalan. semuanya berakhir pada jam 12 tengahari. alhamdulillah berjalan dengan lancar.
kali ini penceramah jemputan ialah....tidak lain tidak bukan, hehehehehe..aku la....Pengetua kata kita kena guna kekuatan dalaman, jadi aku adalah GC Pendidikan Islam, maka aku gunakanlah apa yang aku ada untuk diberikan kepada para pelajar.

Khamis, 17 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012

pada 16 Mei yang lepas, telah diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan di dataran wawasan. acara bermula dengan perarakan masuk guru ke tapak perhimpunan dengan diiringi paluan kompang sekolah. Semua guru berada di dataran wawasan berhadapan dengan pelajar seramai 1000 orang. Dimulai dengan bacaan doa oleh pengawas dan seterusnya nyanyian lagu sekolah dan lagu negeri Johor. Seterusnya ucapan dari Ketua Pelajar dan diikuti ucapan Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang dibacakan oleh En Zainuddin Jaini, GPK1 sekolah. dan selepas itu, ucapan dari En Toh Cheng Hwa, Pengetua sekolah.
Diteruskan dengan acara sajak, tarian dan nyanyian dari pelajar dan segmen pendidikan khas. Pengawas dan pelajar tingkatan 6 pula mengendalikan acara anugerah untuk guru seperti anugerah guru paling sabar, paling anggun, paling kreatif, paling segak dan sebagainya. dan akhir sekali anugerah guru paling popular yang dimenangi oleh En Ahmad Lutfee iaitu GPK Hem sekolah.
Pelajar dan guru rehat sementara aku menyiapkan doa untuk majlis jamuan tengahari.
Jam 10.30 pula disambung dengan acara sukaneka di padang sekolah. antara acaranya ialah kerusi muzik, boling, basikal lambat, isi air dengan span dan sebagainya. jam 12 berakhir. pelajar pulang manakala semua guru ke majlis jamuan hari guru sehingga jam 1 tengahari. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
tahniah kepada AJK kelab guru di bawah pimpinan Ustaz Auzaai kerana dapat mengendalikan sambutan hari guru dengan baik sekali dan aku rasa tahun ni yang paling gempak dan meriah...tahniah...
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA..
SELAMAT HARI GURU SEMUA WARGA PENDIDIKAN SEMALAYSIA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...