SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 22 Disember 2009

Jangan Kedekut @ Tamak !


Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam menganjurkan kita agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan kebajikan di jalan Allah SWT.

Apabila disebut bersedekah, ianya mempunyai maksud yang sangat luas. Kita mungkin hanya memikirkan tentang anak yatim, orang miskin, sedekah kat masjid akan tetapi di sini ingin aku ceritakan ruang sedekah yang mungkin kita tidak nampak iaitu bersedekah kepada orang tua yang sedang makan bersendirian di warung atau restoran. Mudah sahaja, kita dan famili makan di warung, nampak ada seorang tua sedang makan, bila kita bayar bil kita, bayarkan sekali bil orang tua itu dengan tanpa memberitahunya. Apalah sangat sekadar belanja makan seorang tua yang mungkin orang kaya tetapi yang aku pentingkan di sini ialah ikhlas. Aku banyak belajar dari abahku sendiri. Cuba-cubalah renungkan. kita mampu belanja kawan-kawan kita makan, sekali sekala cubalah belanja orang tua yang kita tidak kenal....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...