MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Jumaat, 8 Januari 2010
Dari Hadis 40....
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.
Hadis Pertama
" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Melihatkan kepada hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya niat dalam kehidupan kita. Setiap amalan dan ibadat kita didahulukan dengan niat seperti solat, puasa, haji, wudhuk dan sebagainya. apapun yang paling penting ialah segala amal ibadat yang dilakukan mestilah niatnya hanya Allah sahaja, tiada yang lain. Hayatilah hadis di atas semoga kita beroleh rahmat serta taufik dan hidayah dariNya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan