MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Selasa, 19 Januari 2010
Wajib lulus Bahasa Inggeris 2012
Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya.
Bagaimanapun katanya, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut sebelum ia dilaksanakan.
“Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pastikan tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru-guru terlibat meningkat.
“Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut,” katanya.
Jelas Mohd. Puad, untuk melaksanakan perkara tersebut, bahagian kokurikulum dan pentafsiran telah diarah melakukan kajian terperinci.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam,
Walau apa pun cadangannya sbg warga pendidik kita kenalah patuhi. Cuma seharusnya cadangan ini diperhalusi kerana penyediaan prasarana dan guru2 berkualiti patut diutamakan dulu. Khususnya di kawasan luar bandar. Kerana pendedahan pelajar dalam subjek BI adalah kurang berbanding di bandar.
Catat Ulasan