SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Selasa, 27 April 2010

Bahaya Aids...


Dalam surah Al -Baqarah ayat 207 yang maksudnya: "Wahai orang yang beriman ! Masuklah kedalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."

Penyakit Aids berpunca dari VIRUS yang menyerang dan melumpuhkan sistem pertahanan badan manusia (darah putih) sekiranya sistem pertahanan badan dilemahkan dengan virus aids menjadikan orang tersebut akan hilang daya tahan. Seterusnya terdedah kepada berbagai penyakit, lama kelamaan pengidapnya akan menghadapai keadaan yang amat buruk dan boleh membawa kepada kematian.

Aids merebak melalui saluran yang diharamkan oleh Islan,iaitu melalui hubungan jenis lelaki sama lelaki (HOMOSEKS) zina,pelacuran,berkongsi jarum suntikan oleh penagih dadah. Lebih mudah merebaknya aids ialah didalam masyarakat yang sedang menghadapi keruntuhan akhlak,dan masyarakat yang membelakangkan akidah dan syariat Allah swt.



Islam dengan tegas mengharamkan perbuatan zina kerana zina adalah suatu cara saluran tenaga jantina yang menyeleweng,membawa kepada hancurnya keturunan , runtuhnya susunan keluarga dan masyarakat,tersebarnya penyakit seperti siplis, kencing bernanah dan aids, yang kini sedang melanda masyarakat moden,hingga ke hari ini pakar-pakar perubatan moden belum lagi menemui sebarang ubat yang menyembuhkannya. Pengharaman jenayah zina,telah ditegaskan di dalam al-Quran,

Firman Allah :dalam surah Al-Israq :Ayat 32, yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya perbuatan zina itu adalah suatu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk."

Selain daripada zina yang menjadi jangkitan aids ialah perbuatan liwat (HOMOSEKS) di dalam Al-Quran menceritakan perbuatan liwat ini terjadi secara meluas di kalangan umat Nabi Allah Lut A.S. perbuatan tersebut sangatlah dibenci,ditolak oleh akhlak Islam, menyeleweng yang amat luar biasa dan dahsyat dari undang-undang alam dan hukumnya. Oleh kerana itu Islam mengambil sikap yang tegas dan keras sepertimana siksaan yang dikenakan terhadap perbuatan kaum Nabi Lut yang
engkar itu.

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 82-83 yang bermaksud:
" Maka ketika azab kami, kami jadikan Lut itu yang diatas kebawah (kami balikan) dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar yang diberi tanda oleh tuhanMu,dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang zalim".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...