SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 15 April 2010

Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan Hiv Kepada Bakal Pengantin



Tarikh Keputusan : 23 Jun, 2009
Tarikh Mula Muzakarah : 23 Jun, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah : 25 Jun, 2009
Oleh : Muzakarah Kali Ke-87

Keputusan

Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.


Muzakarah juga bersetuju mencadangkan supaya usaha bersungguh-sungguh dilakukan kearah mewujudkan undang-undang induk di semua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan HIV ini pada masa-masa akan datang.

sumber : E-Fatwa

Ulasan..

Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia dan ianya adalah detik permulaan bagi pasangan suami isteri bagi melayari alam rumahtangga. Bagi diri aku sendiri yang telahpun melangsungkan pernikahanku dengan pasangan pilihanku pada 22 Disember 2002, ianya adalah detik manis dalam hidupku.

Kembali kepada ujian saringan HIV, aku yang sememangnya bekerja di Johor, tertakluk dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Perasaan bercampur baur apabila melangkah kaki ke klinik untuk ujian. Bukan apa, takut kan jarum aje. Bagi aku, keputusan tentunya kita dah tahu sebab kita tahu siapa diri kita sendiri. Mungkin akan terjadi sebaliknya kalau ianya berlaku akibat pemindahan darah atau sebagainya.

Alhamdulillah semuanya negatif..bagi sang teruna dan dara, jangan takut. Ujian ini hanya saringan dan lakukanlah dengan hati yang redha dan terbuka demi masa depan anda. Insyaallah Allah bersama dengan orang yang benar...Amin..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...