MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Sabtu, 12 Jun 2010
PEPERIKSAAN PTK SESI 1 JUN 2010
pada 10 Jun lepas aku telah menjalani peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk Sesi 1 Jun 2010. Aku mengambilnya di Sekoah Tinggi Muar bersama-sama dengan rakan-rakanku yang lain. aku mengambil kertas 703/01 dan 703/02 untuk TK3 DG44. Ini merupakan kali kedua aku mengambilnya. tahun lepas ambil dah tapi dapat 2-3 aje...hehhehe..harap ada peningkatan pada tahun ni. Persediaan biasa aja. Isteriku pertama kali mengambil PTK TK1 untuk DG41. Berhabisan dibacanya semua buku. Kudoakan berjaya lah semuanya.
Balik aje rumah selepas habis peperiksaan, aku mendapat satu panggilan telefon dari pihak sekolah. aku terkejut sebab dah rancang nak balik kampung di Sungai Siput Utara, Perak pada petang tersebut.Apahal pulak yang berlaku, jangan rancangan nak balik Perak petang ni tak jadi? Aduhai...
Cikgu Suraya MPV Produksi Multimedia menelefonku bertanyakan pendaftaran markah atas talian. rupa-rupanya dia belum masukkan lagi. aku cakap nak buat lebih senang datang rumahku sebab talian intenet lebih laju dan elok berbanding sekolah yang tak stabil. Beliau datang dengan suaminya dan aku membantunya dari jam 1 tengahari sehinggalah jam 3 petang baru selesai.
Apabila mereka pulang, kami semua bersiap cepat dan terus keluar dari rumah dan memulakan perjalanan musafir kami menuju ke Perak. Kami sampai di rumah ibubapaku di Sungai Siput hampir jam 10 malam. dengan keadaan kereta yang sesak tetapi trafik lancar, hujan pun turun ketika sampai di Sungkai. Yang penting dah sampai.
Masa aku balik sini raya cina lepas, broadband amat mengecewakan, tapi balik kali ini, dapat masuk dan gunakan walaupun perlahan..ok lah janji ada....bagi sahabat guru yang lain, selamat bercuti dan kalau balik kampung, pandu cermat anda dan kelurga anda selamat insyaallah....salam 1Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan