pada 7 Ogos yang lepas, Sabtu telah diadakan satu kursus dalam perkhidmatan iaitu Kursus ICT Courselab yang melibatkan semua warga pendidik sekolah aku. Kursus ini diadakan kepada mereka (aku sekali la) bertujuan untuk mendedahkan tentang penggunaan 'Courselab' iaitu satu perisian yang sama dengan MS Powerpoint akan tetapi ianya lebih 'advance', lebih maju berbanding powerpoint.
Ada banyak perkara yang berbeza antara keduanya dan beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam powerpoint dapat diselesaikan apabila menggunakan Courselab. Kursus ini dibahagikan kepada dua tempat iaitu makmal A untuk guru yang sudah mahir tentang komputer manakala makmal B untuk guru yang mempunyai pengetahuan yang biasa tentang penggunaan komputer.
Selepas 2 jam dijalankan kursus, hampir semua guru berpuas hati dengan kursus tersebut dan berusaha akan mengaplikasikannya dalam P&P mereka dan terima kasih kepada penceramah@instructor pada kursus tersebut iaitu En Fazaruddin dan Puan Suraya. Semoga dengan kursus ini akan meningkatkan lagi mutu P&P guru selaras dengan perkembangan ICT pada masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan