pada petang Jumaat 30 Julai, kami sekeluarga pulang ke rumah mertua di Mersing kerana pada keesokkannya adik ipar aku "Ain" akan melangsungkan pertunangannya dengan pemuda pilihannya "Wan" dari Kota Tinggi. Pada hari Sabtu 31 Julai tersebut, pagi-pagi lagi semua ahli keluarga bangun awal dan bergotong-royong menyediakan persiapan bagi majlis tersebut yang dijangkakan pada pukul 2 petang.
Rombongan pertunangan dari pihak lelaki tiba di rumah jam 2.30 petang. Berlangsunglah majlis tersebut dengan lancarnya dari perbincangan kedua pihak, sesi menyarung cincin dan bergambar, sesi makan tengahari dan bersurai jam 4.30 petang. kami sekeluarga bersyukur kerana semuanyan berjalan dengan lancar. kami doakan ain dan wan bahagia selalu dan tempoh pertunangan adalah 'setahun hidup' maknanya dalam tempoh setahun, pasangan ini akan dinikahkan........terpulang lah kepada mereka..
1 ulasan:
nampak comey bdk tu..huhuhuhu
Catat Ulasan