SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Rabu, 29 Jun 2011

Ceramah Sempena Isra' Wal Mi'raj

pada Selasa 28 Jun yang lepas, pihak taman aku iaitu Taman Seri Bakri 3 telah mengadakan sambutan Isra' Wal Mi'raj bagi tahun ini dan telahpun menjemput Ustaz Mohd Fauzi Al-Kedahi dari MRSM Muar untuk menyampaikan ceramah. Pada masa sekarang penceramah lebih gemar menggunakan peralatan yang moden dan begitu juga dengan beliau di mana menggunakan Laptop dan LCD sebagai bahan bantu ceramah beliau. dan ternyata ianya membantu bagi menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan dan tepat.


Dalam ceramah beliau menekankan kepada tentang keberkesanan didikan ibubapa ke atas anak-anak pada masa kini. Juga ditayangkan tentang kes pembuangan bayi yang mendapat liputan hangat di Malaysia dan juga tentang jenazah seorang remaja yang meninggal dan selepas 3 jam kuburnya digali semula oleh ayahnya kerana tidak berpuas hati dan ingin melakukan bedah siasat, beliau mendapati jenazah anaknya berada dalam situasi yang menakutkan sekali. bermula ceramah selepas maghrib dan berakhir pada jam 9.30 malam. Terima kasih Ustaz....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...