pada 16-18 November yang lepas telah diadakan hari keluarga bagi keluarga Ramli dan Zabidah..(Keluarga Mertuaku)...Hari keluarga yang pertama kali diadakan ini diadakan di Endau Beach Resort dan dikendalikan oleh adik bongsu kami iaitu Izwan dan Ain...
kami check in di resort pada petang Jumaat jam 4 petang, disambut dengan Hi-Tea dan seterusnya acara pertama ialah mandi di kolam renang...
pada malamnya pula diadakan makan secara barbeku sperti udang,sotong, ayam dan sebagainya. disulami dengan nyanyian karaoke oleh ipar dan biras2 ku...
Hari kedua selepas sarapan pagi diadakan pula acara sukaneka yang melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa, acaranya tiup belon, lambung belon, spin and run, tiup tepung dan sebagainya. jam 10 pagi tamat. apalagi, sambung mandi la..petang bebas, kami pi pekan Mersing jap, anak-anakku sibuk minta dibelikan pelampung dan googles...
malamnya makan malam dan rehat. pagi hari ketiga pula acara bebas dengan mandi di kolam renang jam 12 makan tengahari dan check out. kami sampai di rumah jam 7 petang. semua keletihan. lepak awal, aku plak standby, esok ada mesyuarat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan