SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kursus Profesionalisme GPI dan J-Qaf Muar Ledang 2009






Pada 15 Ogos yang lepas telah berlangsung Kursus Profesionalisme GPI dan J-Qaf untuk semua sekolah menengah dan rendah dalam daerah Muar dan Ledang. Kursus ini berlangsung di Pekembar Pagoh dan dihadiri oleh hampir 500 orang guru pendidikan islam dan j-qaf. slot pertama diisi oleh En Azizul Rahman iaitu Guru Cemerlang Gred Khas C Bahasa Melayu manakalan slot kedua pula diisi oleh sahabat baik aku semasa di Jordan iaitu Dr Arif Salleh Rosman. dah hampir 12 tahun tak jumpa Dr Arif...sekarang beliau di UTM Skudai. petang pula sesi bersama Timbalan Pengarah SPI dari putrajaya dan ditutup dengan rasminya oleh YB Dr Shahrudin. banyak info baru yang aku dapat dari kedua-dua penceramah dan akan aku gunakan dan murnikan lagi apa yang telah aku miliki.

Program Kecemerlangan Akademik SMA Muar/Ledang





pada 8 Ogos yang lepas aku dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pendidikan islam PMR yang diadakan di SMA Lughatul Quran, Kesang Laut, Sg Mati. program mula jam 9 malam. aku redah jer, aku tak pernah sampai pun ke sekolah ini. yang menjemput aku seperti biasa la.....Pak Din...program kelolaan dia la ni. alhamdulillah sambutan baik daripada hampir 300 orang pelajar SMA Muar dan Ledang yang berkampung di sini 3 hari 2 malam. ceramah mula jam 9 sampai 11 malam. aku sampai umah pun dah kat pukul 12...takpe lillahi taala...

Selasa, 11 Ogos 2009

Bengkel Pembinaan Modul Budaya Kerja Cemerlang





Balik je dari Ipoh Pesta Sukan, aku kemaskan beg. pg2 isnin aku drive ke Hotel Seri Malaysia Mersing, ada Bengkel Pembinaaan Modul Budaya Kerja Cemerlang. wakil GC setiap daerah dlm Johor dipanggil. so 2 hari ni tugas kita ialah mencari bahan untuk modul tersebut. semua yang hadir mesti bawa laptop. pegh pening kepala. akhirnya siap juga pencarian bahan2 mentah sebelum diedit dan dimurnikan. Dari JPNJ ada Ust Omar, Ust Zack, Ustaz Azhar, Ust Lokman, Ust Khairil Anuar dan Ust Jamil. lepas ni kat mana plak....katanya ada lagi.....

PESTA SUKAN NUTP KEBANGSAAN DI PERAK





pada 31 julai - 2 ogos telah berlangsung Pesta Sukan NUTP Kebangsaan di Ipoh Perak, my hometown la....sampai aje kat Paragon City Hotel dah kul 8 malam terus cari kedai makan. dgn bantuan myGPS dapat la kita cari kedai makan melayu dsbnya. aku sebilik dengan AJK KPPK Segamat iaitu Cikgu Jamal.Mr Saiful Atan sampai lewat malam. pg sabtu ada perjumpaan di lobi, siap bagi elaun la...peghh boleh tahan elaun kita dapat sepanjang 3 hari kat ipoh. bowling lelaki aku, azrun dan bain. bain masuk masters. keptusan lelaki nombor 6, pompuan 2. bolatampar lelaki 3, pompuan 4, bola jaring kalah. walaubagaimana pun Johor kekal Juara Keseluruhan Pesta Sukan NUTP 2009. thanx kat Mr Mahmud, Mr Saiful, Mr Jamal. 3 hari kat sana baru bekenalan tapi semua geng kppk sporting orangnya. ok bye....pagi 3 ogos aku plak kena ke Mersing. urusan kerja. ni antara gambar-gambarnya....tq Mr Saiful atas kiriman.

Khamis, 6 Ogos 2009

Program Galus PMR dan SPM 2009 Muar




Program ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar galus spm dan pmr agar mendapat keputusan yang baik dengan sekurang-kurangnya lulus dalam pendidikan islam. untuk daerah muar, kita adakan dua kali iaitu untuk pmr dan spm. setiap sekolah dalam daerah akan menghantar 5-10 pelajar yang telah dikenalpasti tahap pencapaian mereka. apa yang diharapkan agar pelajar ini dapat memanfaatkan peluang yang ada dan menyebarkan kepada rakan-rakan yang lain. aku sebagai gc dikehendaki menyampaikan kaedah berkesan untuk menjawab soalan pendidikan islam.

Isnin, 15 Jun 2009

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2009







hai semua...dah lama tak update. cuti sekolah bermula pada hujung bulan mei sehingga lah 14 jun. so minggu pertama plan nak balik perak tapi tak dapat kerana sekolah buat kem kecemerlangan pelajar, aku seperti biasa la. bahagian spm pendidikan islam dan slot solat dan kuliah maghrib. dalam kesibukan tu sempat gak aku penuhkan impian anak-anak ku terutama alia yang dah lama nak pi zoo melaka. jadi isnin pertama cuti sekolah, kami pi zoo melaka. bukan main seronok lagi kedua-dua anakku melihat haiwan dan binatang peliharaan dalam sangkar dan sebagainya. minggu kedua cuti aku balik rumah mertua di mersing, buat persiapan abang ipar aku nak kahwin hujung bulan ni. perak? tunggu cuti bulan 8 la gamaknya....

Sabtu, 16 Mei 2009

YOUTH TOURNAMENT MAY 2009



pihak Muar Perfect Bowl telah mengadakan Youth Tournament May 2009 untuk semua pelajar sekolah menengah di Muar. kejohanan ini telaj menarik minat 32 pelajar yang disatukan dalam 1 kategori di mana ada pemain yang dapat 'handicap' kerana umur yang rendah. apapun semuanya berjalan dengan lancar. pemain bermain 3 game. diharapkan pada masa akan datang akan diadakan lagi bagi mengekalkan tempo dan tune pemain bowling remaja Muar. keputusannya, johan ialah Irdeena RF. adik aku? nombor 7 da.....Congratulation untuk semua. yang hebatnya...semua yang ambil bahagian tidak pulang dengan tangan kosong, semua dapat hadiah. tahniah untuk Mr Manager Muar Perfect Bowl. Buat lagi ya.

KURSUS KAT HOTEL SERI MALAYSIA MERSING



satu kursus profesionalisme di adakan di Hotel Seri Malaysia Mersing pada 10-12 mei lepas yang melibatkan semua GC sekolah menengah daerah muar. malam pertama adalah ucaptama tuan ppd muar iaitu Tn Hj Ramli manakala hari kedua dan ketiga adalah slot MS ISO, pengurusan kurikulum, dan lain-lain. penceramah adalah Tn Hj Ahmad Nasaruddin, Tn Hj Sapian, Tn Hj Shahabudin. cuma hari kedua dari jam 9 sampai 12 tengahari tiada letrik kerana kerja-kerja maintenance TNB. ptg selasa dah habis dan balik muar.

MSSJ TENPIN BOWLING 2009-2


bukan sahaja pemain, guru pengiring, jurulatih dan pengurus pun nak lempor gak. maka diadakan perlawanan persahabatan antara MSSD Muar vs MSSD Ledang. Muar diketuai oleh pengerusi tekniknya Che Mad manakala Ledang diketuai oleh pengerusi tekniknya Mr Azrun The Perfect. keputusan seri sebab di akhir game ada masalah teknikal kat lane. apapun good game.

MSSJ TENPIN BOWLING KAT DAIMAN BOWL






pesta tenpin bowling tahun ni berlangsung di Daiman Bowl di Johor Bahru mulai 5-7 mei lepas. aku pi sebagai jurulatih bersama 5 jurulatih lain, 2 pengadil, 2 pengurus dan 1 pengerusi teknik. pemain semua ada 24 orang. U12LP, U15LP dan U18LP. stay kat Austin Hill Resort, kawasan padang golf da. kejohanan sengit akan tetapi cuma 2 sahaja yang layak ke masters. malam akhir bawa pemain ke Danga Bay, jalan2 cari makan. harap tahun depan bawa lagi. ni kali ke-4 aku jadi jurulatih sejak 2006.

Jumaat, 15 Mei 2009

MSSD Muar Tenpin Bowling


pada 21-23 April lepas telah berlangsungnya pesta Tenpin Bowling MSSD Muar 2009 yang diadakan di Muar Perfect Bowl, Bakri. pasukan sekolah aku menghantar 1 pasukan lelaki bawah 18 aje memandangkan pasukan ini aje yang boleh dibawa 'berlaga'. alhamdulillah setelah 3 tahun mencuba, pasukan sekolah aku muncul naib johan acara berpasukan dengan menewaskan 10 buah sekolah yag lain. tewas dengan smk tun perak dengan perbezaan 15 pin sahaja. pasukan sekolah aku diwakili Luqman, Zulfakar Fahmi, Aiman dan Azran. 2 peserta layak ke acara masters iaitu Zulfakar yang mendpat tempat kedua individu dan Luqman yang mendapat tempat ketiga individu untuk pemilihan wakil daerah malangnya cuma Luqman sahaja yang berjaya mewakili muar ke pesta MSSJ yang dijadualkan pada 5-7 mei di Daiman Bowl, Taman Johor Jaya. Tahniah SMKBP. Nak tahu sapa jurulatihnya.......hehehe...aku la....

Khamis, 14 Mei 2009

AL-FATIHAH

Pada 3hb mei yang lepas, rakan karib saya Khairudin Janin telah kembali ke rahmatullah pada 11.50 malam 3hb Mei 2009 kerana masalah kesihatan sakit jantung. aku terkejut dengan berita ini kerana aku pernah melawat allayarham di hospital dan minggu lepas aku diberitahu allahyarham discaj dari sepital dan menampakkan tanda-tanda sihat sehiinggalah pada hari tersebut mengadu sakit dada dan sesak nafas. allahyarham merupakan seorang yang baik dan mudah mesra dengan orang ramai.allahyarham juga merupakan pengapit aku semasa aku bernikah dengan oumah aku.banyak kenangan aku dengan allahyarham semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah. ALFATIHAH!!!

Rabu, 29 April 2009

SEMINAR PROFESIONALISME MGC JOHOR

pada 25 april lepas aku ke jb lag sekali, kali ni ada seminar profesionalisme untuk guru cemerlang seluruh negeri Johor. pi naik bas, jam 5pg dah terpacak kat ppd....macam rombongan cik kiah la pulok. slot 1 dari pengetua cemerlang sekolah tun fatimah, bagus ceramahnya....menaikkan semangat gc dan memotivasikan lagi..diikuti slot 2 dan perasmian oleh wakil pengarah jpnj. balik petang dengan kereta member ust aswandi dan cikgu wan....ni 10 mei plak kursus lagi untuk gc menengah plak kat seri malaysia mersing.....peh....lupa lagi....1mei balik nitar.....4mei ke daiman bowl mssj bowling 4 hari....

Rabu, 15 April 2009

KURSUS GC DI NASUHA RESORT UNTUK MGC MUAR

lagi kursus yang aku kena hadiri di nasuha resort...kursus profesionalisme mgc muar. dari pagi sampai petang. buat kat dalam nasuha dekat dengan plkn nasuha. ada ceramah dari ketua jabatan MSU tentang pengurusan stress dan perasmian oleh dr shahruddin adun jorak. balik petang letihnya......

KURSUS GC DI PASIR GUDANG

dah lama tak update maklumat dan aktiviti kat blog...tak sempat....sejak jd GC, banyak benda kena buat dan updatekan. pada 29-31 mac lepas aku ke hotel selesa pasir gudang, kursus peningkatan kecemerlangan pendidikan islam. ingat nak pi naik bas tapi bila tepon kaunter bas, tiket ahad dah habis, yang ada jam 9 pagi....alamak....awalnya. jadi nak pi naik kereta, ada member yang tahu jalan. petang jumaat pi kedai hp, beli nokia 6210 navigator...hp yang ada peta seluruh malaysia, guna software garmin mxt. petang ahad pi, sampai kat highway km40 ke jb, kereta aku kena sondol dengan honda, kemeklah bonet kanan kereta aku.....dapat rm200 dia bayar, memang salah dia. teruskan perjalanan sampai ke hotel selesa pasir gudang dengan bantuan member dalam kereta dan juga bantuan nokia 6210 nav aku yang baru beli...memang hebat, peta dia guide aku sampai betul2 depan hotel selesa. cayalah.......kursus sampai selasa. jumpa Jrulatih utama dan pengarah sektor pendidikan islam jpnj.

Isnin, 2 Mac 2009

SUKAN TAHUNAN



pada selasa 24 february lepas telah diadakan sukan olahraga tahunan. seperti biasa aku bertugas sebagai Ketua Pelepas, tak pakai pistol pun, guna air-horn je. pagi-pagi lagi alia bangun nak ikut aku. bawalah jugak, sukan tahunan sekali je dalam setahun. ni antara aksi-aksi alia di sekolah aku. keputusan keseluruhan rumah pahlawan mengungguli bagi tahun ini. balik rumah tengahari dalam hujan rintik-rintik. alia sampai tertidur keletihan.

Jumaat, 20 Februari 2009


saje je masukkan gambar terbaru myalia dan myafif....semakin membesar anak-anakku. apa yang kuharapkan mereka membesar dengan penuh kasih sayang dari ku dan ibunya dan menjadi insan yang berguna dan berjasa di masa hadapan. alia nak jadi doktor katanya, afif plak nak jadi pensyarah berjaya. oklah dulu..jap lagi nak keluar, apalagi nak beli susu untuk kedua-duanya lah....

Selamat Hari Lahir ke 34


pada 11 februari lepas genaplah umurku 34 tahun, beli kek makan anak beranak je. tapi anak ku yang posing...wakilkan jelah. azam aku agar hidup kami sekeluarga lebih diberkati Allah dan kekal senantiasa dalam limpahan rahmatNya.Terima kasihku dan syukurku kerana mengurniakan bagiku keluarga yang bahagia dan mulia ini. azam lagi....nak tambah adik untuk alia dan afif, boleh ya ummualia@ummuafif?

Khamis, 29 Januari 2009

Cuti CNY

cuti CNY tahun ni sekolah bercuti selama seminggu, plan asal nak balik rumah mertua kat mersing tapi kena tangguhkan kerana dua-dua anak iaitu alia dan afif mengidap selesema dan batuk. alia siap kena 'sedut gas' lagi untuk 'clear'kan paru-paru. sekali kat melaka dan sekali lagi kat serom. sekarang bertambah baik. maaf buat isteriku kerana kita semua tak dapat balik...maka berehatlah di muar je. bila anak-anak tak sihat, aku memang tak suka pi mana-mana, tak enjoy la.biar sihat betul, baru jalan. kalau setakat dekat area muar je ok la. minggu depan kalau takda aral, kita balik ya. ada member bagitahu suruh bagi anak makan daging unta...entah la...jadi agenda aku cuma lepak kat umah, ngadap laptop baru aku....main tenis, bawa anak-anak jalan area muar je la.

Ahad, 18 Januari 2009

Hari Pertama Ke Sekolah


alhamdulillah, hari ini hari pertama anak sulungku Nur Alia Farhana nak ke sekolah PASTI, nasib baik tak nangis cuma ummualia je yang tak tahan sedih. inilah rupanya apabila berpakaian seragam lengkap sekolahnya. aku doakan semua berjalan lancar...jam 6 alia dah bangun, nak mandi pagi2. padahal kelas mula kul 8pg dan tamat 11.30pg. belajar rajin2 ya sayang. jadilah anak yang solehah, hamba Allah yang bertaqwa...amin.

Khamis, 8 Januari 2009

TAZKIRAH MUHARRAM

AMALAN TERBALIK 8
Semua ibubapa amat bimbang kalau2 anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat. RENUNGKANLAHHHHH

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM DAN TAHUN BARU

alhamdulillah usiaku dipanjangkan lagi, dapat meneruskan hidup dalam hijriah yang baru. alhamdulillah juga cita-cita nak beli laptop tercapai...compaq la...alhamdulillah juga dapat beli motor honda wave s 125...warna hitam. dah lama tak bawa motor sejak ex5 aku hilang tahun 2003.

Selasa, 23 Disember 2008

TAZKIRAH ZULHIJJAH

AMALAN TERBALIK 7
Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

Majlis Kesyukuran



alhamdulillah pada 18hb dis 2008 telah diadakan majlis kesyukuran sempena kepulangan abah dan mak aku dari menunaikan haji di Makkah. jemputan yang hadir adalah jemaah surau di taman aku dan jiran-jiran sekeliling. apalagi...adik aku la yang jadi chef, chef Hakim....dia pandai masak. ni antara suasana semasa bacaaan yassin dan tahlil yang telah dijalankan. semoga abah dan mak mendapat haji yang mabrur...insyaallah... aku dahpun menunaikan haji tahun 1996 semasa aku belajar di timur tengah dulu tapi memang menyimpan hajat nak pi lagi dengan isteri la pulak kan.....tengah kumpul duit la ni...doakan untuk kami. amin...

Ahad, 21 Disember 2008

HAJI RADZI DAN HAJJAH ZALIHA





selamat pulang ke tanahair setelah selama 46 hari berada di Madinah dan Makkah kerana menunaikan ibadat haji. 16dis aku dan adik aku ke senai airport untuk menyambut kepulangan orang tua ku. flight patut landing 3.50ptg tapi tertunda ke 5.35ptg. dah nak jam 6.30ptg baru nampak abah dan mak keluar di balai berlepas...alhamdulillah syukur!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...