SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Ahad, 14 Mac 2010

Kursus Profesionalisme Guru-Guru SMKBP dan SARSI 2010





pada 13 Mac yang lepas telah diadakan satu kursus profesionalisme untuk guru-guru sekolah aku dan SARSI Pagoh di Dewan Sri Mentulang Pagih. Ada dua slot iaitu slot pertama daripada En Belizan Baghdadi dari unit Akadmeik Sekolah Menengah Harian dan slot kedua pula daripada Dr Sharudin iaitu ADUN Jorak. Semuanya berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 12.30 tengahari.

SPM 2009


pada 11 Mac yang lepas maka terjawablah sudah persoalan yang bermain di fikiran semua calon SPM 2009 apabila telah diumumkan keputusan tersebut. alhamdulillah sekolah aku telah mendapat tempat ketujuh daripada 33 buah sekolah dalam daerah di belakang sekolah-sekolah premier dan elit seperti MRSM, Sekolah Sains dan sebagainya. dan sekolah aku juga telah diumumkan sebagai sekolah yang menduduki tempat pertama dalam senarai sekolah menengah harian dalam daerah aku. tahniah buat semua guru terutama guru Bahasa Melayu yang senantiasa berusaha bagi meningkatkan dan mempertahankan kelulusan Bahasa Melayu. Subjek aku? Alhamdulillah matapelajaran Tasawwur Islam aku mendapat keputusan 100% pada tahun 2009 iaitu menepati sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah cuma untuk Pendidikan Islam agak mengecewakan kerana turun sedikit berbanding 2008 dan ada 12 orang pelajar kelas 'belakang' yang gagal. walaupun kelas tersebut bukan di bawah jagaan aku tetapi aku mengambilnya sabagai satu rasa tanggungjawab dan akan berusaha bagi mengkaji punca kegagalan pelajar tersebut dan memastikan bagi tahun ini insyaallah tiada pelajar yang gagal. Doa dari sahabat blogger amatlah diharapkan....

Khamis, 11 Mac 2010

Kepentingan Tidur dan Rehat


Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan rehat agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah.

Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:
"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Selasa, 9 Mac 2010

MyGC-Bengkel Plan J




pada 8 Mac telah diadakan satu bengkel kecemerlangan akademik dan pembinaan Plan J untuk pelajar dan guru seluruh negeri Johor..dalam bengkel ini pihak JPNJ di bawah kelolaan Unit Perkhidmatan Pendidikan Islam telah menjemput Jurulatih Utama (JU) dan Guru Cemerlang (GC) untuk melaksanakan tugas bagi membina modul kecemerlangan akademik bagi pelajar yang akan menghadapai peperiksaan dan untuk membina Standard Akademik Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (Plan-J)bagi kegunaan guru-guru agama Johor. bengkel ini telah berlangsung satu hari di SMK Datuk Menteri, Air Hitam, Batu Pahat. Aku dan ahli telah diberi tugas untuk menyediakan Plan J bagi tingkatan 4 dan 5.

Pegawai Penyelaras : Ustaz Norzaidi Ismail
Ketua Pasukan Ustazah Nor Azmah Jaapar
Ahli : Ustazah Suhaila Shamsudin
Ahli : Ustaz Khairul Anuar Ramlan
Ahli : Ustaz Saiful Nizam Mohamed Radzi

Pelaksanaan sepenuhnya Plan-J ini ialah pada tahun 2011 bagi Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun subjek lain ada yang telahpun siap Plan-Jnya dan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah-sekolah. Apapun Plan-J ini adalah satu piawaian standard akademik yang akan memantapkan lagi proses P&P guru dan seterusnya menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Amin...

Isnin, 8 Mac 2010

Perlawanan Tenis Pesahabatan TTC vs Politeknik Merlimau


pada pagi Ahad 7 Mac yang lepas telah diadakan perlawanan persahabatan Tenis antara TTC lawan Politeknik Merlimau Melaka yang diadakan di Poli tersebut. TTC diwakili oleh Cikgu Zainal Abidin, Cikgu Fahmi, Cikgu Azrun, Cikgu Zainal Fitri, En Din Hospital, Afiq dan sudah tentunya aku sendiri. perlawanan berlangsung dalam suasana yang ceria dan tamat pada jam 11 tengahari. kami pun ambil kesempatan juga untuk mengadakan perlawanan beregu MSKPP Muar yang diwakili aku dan enal fitri menentang MSKPP Ledang yang diwakili oleh Azrun dan Fahmi...kesudahannya Muar menang 'straight set' 6-2, 7-6(7-5). Ledang nak 'repeat' lagi tu...ok je...apapun terima kasih kepada sahabat yang datang. kepada team tenis lain yang nak cuba lawan persahabatan dengan team TTC kami, hubungilah aku...kat blog ni..

Ahad, 7 Mac 2010

Karnival Ko Akademik Zon Maharani 2010


pada pagi 6 Mac 2010 telah diadakan karnival ko akademik untuk sekolah rendah bagi zon Maharani di Daerah Muar di SK Ismail 1. terdapat bermacam pertandingan dan anak sulungku Alia telah terpilih mewakili pra sekolahnya ke pertandingan hafazan. kena hafaz surah Al Fatihah, An Nas dan Al Falaq. untuk kategori perempuan, seramai 16 orang telah mengambil bahagian dan Alia mendapat tempat ke-5. aku bangga kerana Alia baru berusia 5 tahun dan mampu bersaing dengan pelajar 6 tahun. apapun tahun depan ada lagi dan akan aku dan isteriku usahakan kejayaan miliknya....

Jumaat, 5 Mac 2010

Akikah Untuk Afif dan anak-anak Guru SMKBP


alhamdulillah pada petang 4 Mac telah 'tumbangnya' seekor lembu yang telah diniatkan akikah untuk oleh 7 orang guru untuk 7 bahagian anak masing-masing termasuklah 1 bahagian untuk anak saya iaitu Afif Danial. 1 bahagian lagi untuk Afif akan diserahkan kepada sekolah isteri saya pula sekiranya pada masa akan datang akan diadakan acara akikah lagi.


Ustaz Asri telah menyembelih lembu tersebut dengan baiknya dan seterusnya dengan bantuan tuan punya lembu melapah lembu tersebut dan dipotong besar dan dihantar ke sekolah untuk dijadikan jamuan sempena sambutan maulidur rasul peringkat sekolah yang akan diadakan pada 5 Mac Jumaat.


Ini pula gambar semasa guru-guru SMKBP sedang bergotong -royong memotong daging lembu tersebut dan ianya disertai semua guru yang beragama Islam. Suasana sebegini akan dapat melahirkan sifat kerjasama di kalangan guru di samping terjalinnya sillaturrahim sesama guru.



Yang ni plak dok 'kerjakan' ekornya...sedap buat sup ni.....sabar ya...

Selasa, 2 Mac 2010

Khasiat Mayonis


MAYONIS menjadi antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya.

Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.

Bukan itu saja, ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan kekotoran. Apa kata jika ada lebihan mayonis dalam peti sejuk, kita cuba gunakan bahan tersebut berpandukan kepada beberapa tips yang dimuatkan untuk minggu ini.

Pelembap kulit


MAYONIS kaya dengan bahan pelembap tersendiri berasaskan kepada kandungan minyak dan telur di dalamnya.

Ia baik untuk kulit, malah mayonis sememangnya digunakan dalam beberapa jenis rawatan kulit. Cuba sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. Selepas selesai bilas bahagian yang berkenaan. Kaedah ini dipercayai membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit.

Perapi rambut

BAHAN pelembap yang terkandung dalam mayonis mampu meresap di bahagian bawah kulit. Ia juga berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Cuba gunakan mayonis sebagai bahan perapi untuk rambut. Lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.

Rawatan kuku


APA kata cuba gunakan mayonis untuk mendapatkan kuku yang kuat dan sihat selain tampak natural.

Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

Hilangkan kesan tar jalan pada kereta

SAPU mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit. Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

Mengurangkan kesan panahan matahari

SELEPAS berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.

Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu

AMBIL sedikit mayonis dan sapukan pada kesan krayon. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Lap menggunakan kain lembap.

Melembapkan bahagian siku, lutut dan kaki

SAPU mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama sepuluh minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.

Sumber : Utusan Malaysia 28/2/2010

Ahad, 28 Februari 2010

4 Lelaki Ditarik Ke Neraka


Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Jumaat, 26 Februari 2010

Kemiskinan, kekurangan bukan halangan


Anak penjual sate, petani, penoreh getah, pembuat pasu dan kerani merupakan antara sembilan calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 yang dinobatkan sebagai pelajar cemerlang.

Ayu Faridah Nor Azman anak seorang penjual sate, Muhammad Najumuddin Firdaus Abdullah anak seorang petani serta Nurul Imani Zakaria anak seorang penoreh getah diumumkan sebagai pelajar cemerlang kerana memperoleh gred A untuk semua kertas peperiksaan yang diambil dan lulus Gred A untuk lima mata pelajaran.

Yap Jun Fai anak seorang kerani, Yong Kai Yi anak seorang peniaga kecil dan Hoo Xiao Mei anak kontraktor kecilan juga menerima anugerah pelajar cemerlang dengan memperolehi keputusan yang sama.

Apa yang lebih istimewa tiga pelajar cemerlang yang diletakkan dalam kategori istimewa juga datang dari latar belakang keluarga biasa di mana Masmin Mensih pelajar cemerlang kategori rabun, ayahnya Mensih Saidin hanyalah kakitangan Jabatan Perhutanan di Sandakan, Sabah.

Pelajar cemerlang kategori istimewa dari kategori spastik, Muhammad Raizan Ab. Rahman yang mendapat tiga Gred A dan satu C bapanya Ab. Rahman Kassim bertugas sebagai kakitangan kerajaan peringkat sokongan.

Sementara Loh Wei Siong pelajar cemerlang bagi Kategori Buta dan mendapat empat Gred A, bapanya Loh Hua Ming hanya bekerja di kilang sebagai pembuat pasu.

Ayu Faridah dari Tanjung Karang, Selangor di mana bapanya sebagai penjual sate meletakkan keazaman untuk mencapai kecemerlangan dan berharap dapat menjadi pensyarah satu hari nanti merupakan pendorong untuk dirinya berjaya.

''Kejayaan ini adalah berkat doa ibubapa, guru dan usaha yang telah dimulakan sejak memasuki tingkatan enam dengan memastikan belajar sekurang-kurangnya dua jam sehari pada sebelah malam,'' katanya.

Manakala Muhammad Najmuddin yang hanya mengharapkan tunjuk ajar guru dan belajar sahaja tidak menyangka akan mendapat kelulusan cemerlang.

Katanya, kekurangan dari segi kewangan di mana tidak mampu untuk ke kelas tuisyen tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan.

''Apa yang penting ialah untuk mengikuti pelajaran di sekolah dengan tekun dan belajar semula setiap pelajaran yang telah dijelaskan oleh guru berulang kali, itu sahaja formula saya mencapai kecemerlangan dalam STPM,'' katanya.

Sementara Masmin yang menghadapi rabun teruk dan terpaksa membaca buku dengan meletakkannya dua atau tiga inci dari mukanya menegaskan kunci kejayaannya ialah tekun mendengar penjelasan guru di kelas.

Sumber : Utusan Malaysia 26 Februari 2010

Rabu, 24 Februari 2010

Pendaftaran SPM SPMU STAM


Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 dibuka mulai 1 Mac.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataan semalam berkata, tarikh akhir pendaftaran ialah pada 31 Mac.

Borang pendaftaran calon persendirian boleh didapati di Jabatan Pelajaran Negeri berhampiran dan borang pendaftaran calon sekolah boleh didapati di sekolah.

Menurut LPM, pendaftaran lewat tidak akan dilayan dan maklumat terperinci pendaftaran ini boleh didapati dengan melayari http://www.moe.gov.my/pm. - Bernama

Selasa, 23 Februari 2010

The Hour (Doomsday)


Narrated Abu Huraira:

While the Prophet was saying something in a gathering, a Bedouin came and asked him, "When would the Hour (Doomsday) take place?" Allah's Apostle continued his talk, so some people said that Allah's Apostle had heard the question, but did not like what that Bedouin had asked. Some of them said that Alllah's Apostle had not heard it. When the Prophet finished his speech, he said, "Where is the questioner, who enquired about the Hour (Doomsday)?" The Bedouin said, "I am here, O Allah's Apostle ." Then the Prophet said, "When honesty is lost, then wait for the Hour (Doomsday)." The Bedouin said, "How will that be lost?" The Prophet said, "When the power or authority comes in the hands of unfit persons, then wait for the Hour (Doomsday.)"

Ahad, 21 Februari 2010

10 orang yang dilaknat karena arak


"Rasullah SAW melaknat sepuluh golongan orang yang terlibat dalam arak:
1. Orang yang memerasnya (arak),
2. Orang yang meminta diperaskan,
3. Orang yang meminumnya,
4. Orang yang membawanya,
5. Orang yang minta dihantarkannya,
6. Orang yang menuangkannya,
7. Orang yang menjualnya,
8. Orang yang membelinya,
9. Orang yang makan harganya,
10. Orang yang minta dibelikannya."

Oleh karena itu, patutlah kita semua berhati-hati dalam hal ini. Jauhilah
diri kamu semua untuk terlibat didalamnya, meskipun sekecil mungkin. May
Allah always help and guide us all in His righteous path.

Sabtu, 20 Februari 2010

Ulu Chepor


Khamis yang lepas, sempat lah aku bawa famili aku pi berkelah kat perkelahan ulu Chepor kat Chemor. masa tu memang orang dah tak ramai lagipun cuti raya cina dah habis. alia dan afif apalagi...ambil kesempatan la...walaupun afif mulanya takut-takut nak berenang dan main air. alia jangan cakap la....kami pi tak lama pun cuma 2 jam je.. alia dan afif dah kecut....

Isnin, 15 Februari 2010

500 Sekolah Taraf 5 Bintang


Kementerian Pelajaran menyasarkan 500 daripada 10,000 sekolah seluruh negara mencapai taraf sekolah lima bintang hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penarafan itu berdasarkan Piawaian Kelayakan Sekolah Bestari (SSQS) yang merupakan satu set piawaian bagi mengukur pencapaian sekolah dalam empat bidang iaitu penggunaan, modal insan, aplikasi dan infrastruktur.

"Pada tahun lalu 8,454 sekolah ditarafkan. Daripada bilangan ini, 7,575 sekolah berjaya ke tahap tiga hingga lima bintang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Pembentangan Laporan dan Majlis Penghargaan bagi Program Sekolah Bestari Luar Bandar di Hotel Marriot di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Baldisham Ghazali.

Menurut Alimuddin, 35 sekolah luar bandar akan ditambah ke dalam Program Sekolah Bestari Luar Bandar pada fasa kedua tahun ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga secara tidak langsung mempercepat proses pembestarian sekolah luar bandar yang sebelum ini bermula dengan 15 sekolah pada tahun lalu.

Katanya, program tersebut diguna pakai untuk pelaksanaan 88 sekolah bestari penanda aras yang disesuaikan untuk pelaksanaan sekolah luar bandar.

"Sekolah tersebut dipilih daripada kategori menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah teknik vokasional, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah pendidikan khas, sekolah Felda dan sekolah Orang Asli atau Penan.

"Sekolah luar yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan asas bekalan elektrik 24 jam, mempunyai infrastruktur asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti asas makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan mendapat kemudahan Schoolnet," jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sekolah tersebut sekurang-kurangnya perlu mencapai tahap penarafan tahap tiga bintang berdasarkan SQSS.

Ditanya mengenai pelbagai pelaksanaan label sekolah seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), sekolah kluster, sekolah berasrama penuh (SBP), beliau berkata perkara tersebut tidak membawa banyak perbezaan.

"Apa yang membezakan hanya program yang dikhususkan kepada sekolah tersebut sahaja.

"Pada dasarnya hanya terdapat tiga jenis sekolah asal iaitu sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah bantuan modal dan sekolah swasta sahaja," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 15 Februari 2010

Cuti Tahun baru Cina 2010


sempena cuti kai ni, aku balik Perak. jam 9 pagi kami bertolak dari Muar, jalan canteek je...takda pun jem. aku singgah rumah pakcik aku di Selayang. adik aku yang kerja polis tu nak tumpang bailk Ipoh..jam 2 petang kami masuk tol Rawang..tu dia jalan dah jem...slow moving...tak tahan mata ngatuk....aku keluar tol Bukit Beruntung dan ikut jalan lama....sampai kat Sungkai dan Tapah...jalan lama pun jem gak...aduhai...lepas Tapah, jalan dah clear..aku teruskan. samapai Simpang Pulai masuk tol balik sebab aku nak hantar adik aku ke PGA Hulu Kinta kat tanjung Rambutan.lebih senang ikut tol Ipoh..akhirnya aku sampai kat sungai siput utara jam 9 malam...cukup 12 jam perjalanan aku dari Muar ke sungai Siput Utara...memang meletihkan...

Gotong Royong Perdana 2010





pada jumaat yang lepas, sekolah aku telah mengadakan satu gotong royong perdana yang melibatkan semua pelajar, guru dan juga kerjasama daripada Majlis Perbandaran Muar. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. gotong royong bermula jam 8 pagi sehingga jam 10 pagi...pelajar dan guru akan rehat selama 30 minit dan disambung semula dari jam 10.30 pagi sehingga jam 12 tengahari. akan tetapi kehadiran pelajar pada hari tersebut amat mengecewakan. tindakan sewajarnya akan diambil. di sini disertakan beberapa gambar sepanjang gotong royong tersebut.

Khamis, 11 Februari 2010

Obligatory Charity Tax (Zakat)


Allah's Apostle said, "Whoever is made wealthy by Allah and does not pay the Zakat of his wealth, then on the Day of Resurrection his wealth will be made like a bald-headed poisonous male snake with two black spots over the eyes. The snake will encircle his neck and bite his cheeks and say, 'I am your wealth, I am your treasure.' " Then the Prophet recited the holy verses:-- 'Let not those who withhold . . .' (to the end of the verse). (3.180).

Rabu, 10 Februari 2010

Ibadah Sunat


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.”

(Bukhari & Muslim)

Huraian
1. Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu ialah dengan melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalam-amalan an-Nawafil (sunat).
2. Maka untuk melakukan amalan-amalan tersebut memerlukan jihad, kemampuan serta kerelaan hati, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
3. Antara amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ialah seperti:
i. Sembahyang sunat Dhuha- iaitu sembahyang yang dikerjakan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan afdhalnya ialah lapan rakaat. Masuk waktunya pula ialah apabila matahari meninggi kadar segalah
ii. Berpuasa sunat terutamanya tiga hari dalam sebulan iaitu di hari-hari putih (13, 14 dan 15 haribulan dari bulan Qamariah).
iii. Sembahyang witir iaitu sembahyang sunat yang paling utama setelah sembahyang wajib. Waktunya bermula selepas sembahyang Isyak hinggalah terbit fajar. Paling sedikit bilangan rakaatnya ialah 1 rakaat dan paling banyak ialah 11 rakaat. Ia dinamakan sembahyang Witir kerana ia dikerjakan dengan bilangan rakaat yang ganjil.
4. Dalam mengerjakan ibadat janganlah kita hanya mementingkan kuantiti amalan yang dilakukan tanpa memikirkan kualitinya kerana tiada gunanya amalan yang banyak sedangkan ianya tidak diterima oleh Allah SWT. Hal ini mungkin disebabkan ibadat tersebut dikerjakan tanpa khusyuk atau kerana timbulnya perasaan riya' dan ujub yang membinasakan pahala.

sumber: ii.islam.gov.my

Isnin, 8 Februari 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan SMKBP Ke-22

pada 6 Februari yang lepas telah berlangsung kejohanan olaraga ke 22 bagi sekolah aku....dan aku seperti biasa diberi tugas sebagai pelepas dan akulah antara yang sibuk..sebab kalau aku takda, pelari tak dapat berlepas dari garis permulaan..hehehhe. perasmi ialah YDP PIBG dan semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah tamat dengan acara tarik tali antara pelajar dan guru....ni ada gambar sikit..


Nilah barisan pelepas dan penolong pelepas.....kontrol macho semua


Tahniah Panglima Juara Keseluruhan Tahun 2010...senyum cikgunya kat depan sekali


Acara guru lawan pelajar tingkatan 6 tarik tali..aku tak join...sakit lutut...


Barisan pengetua dan gpk-gpk...

Ni lah hadiah kejohanan pada hari tersebut...

Ahad, 7 Februari 2010

10 Perkara Hal Sia-sia


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Renung-renungkanlah....

Sabtu, 6 Februari 2010

Berita Baik Untuk Atlit Sukan Sekolah


SEMUA 24 bidang sukan, termasuk 11 yang dikatakan bakal digugurkan daripada kalendar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2010 akan dikekalkan apabila Kementerian Pelajaran bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak RM89 juta.

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu secara tidak langsung memberikan kelegaan kepada banyak pihak yang memberikan pelbagai reaksi berhubung perkembangan MSSM itu.

Muhyiddin berkata, kerajaan prihatin sukan sekolah penting dalam pembentukan sahsiah pelajar di samping melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia, oleh itu kementeriannya bersetuju menyalurkan peruntukan itu.

“Peruntukan RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum itu sebagai memastikan semua 24 bidang sukan di bawah kalendar MSSM dapat terus dipertandingkan bagi semua peringkat umur, meskipun keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Stadium dan Kompleks Sukan Educity@Iskandar di Bandar Nusajaya di Kota Iskandar, Johor Bahru, semalam. Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Akhbar sebelum ini melaporkan 11 sukan digugurkan daripada kalendar MSSM untuk 2010, atas apa disifatkan sebagai reaksi balas ekoran pemotongan belanjawan tahun semasa.

Sebaliknya, MSSM hanya akan mempertandingkan 13 jenis sukan, dengan penentuan dibuat berdasarkan sukan yang akan dipertandingkan di peringkat sekolah Asia.

Semua 11 acara sukan sebelum ini digugurkan ialah tenpin bowling, skuasy, memanah, ping pong, ragbi, kriket, kapal layar, sofbol, bola baling, merentas desa dan catur gara-gara bajet tahunan MSSM dipotong dari RM6 juta kepada RM1.5 juta.

Tiga belas acara dikekalkan adalah gimnastik artistik, gimrama, golf, renang, olahraga, badminton, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola sepak, tenis dan hoki.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sukan peringkat sekolah perlu digiatkan dengan menambah baik kemudahan prasarana sukan di sekolah.

“Kita ada 5.6 juta pelajar dan 10,000 sekolah di seluruh negara. Dalam masa yang sama juga kita mahu seorang pelajar sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam satu jenis sukan .

“Namun saya tahu sejak beberapa tahun lalu, ada kemudahan infrastruktur sukan di sekolah tidak dinaikkan taraf seperti padang dan gelanggang. Oleh itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kementerian akan memberi tumpuan kepada menaik taraf kemudahan sukan di sekolah,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro Jumaat 5 Februari 2010...

Jumaat, 5 Februari 2010

MSSD Bowling 2010






pada 2-4 Februari lepas telah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Bowling MSSD Muar 2010 yang diadakan di Muar Perfect Bowl. Kejohanan ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Sekolah aku hantar satu pasukan lelaki bawah 18 tahun je. Setelah berhempas pulas, akhirnya nasib tidak menyebelahi kami, acara berpasukan kami kalah. akan tetapi sedikit terubat apabila salah seorang dari pasukan kami iaitu BP3 Ipin telah terpilih ke acara masters selepas menduduki kedudukan ke 7 dari kesemua peserta lelaki 18 tahun. Di sini aku selitkan beberapa gambar sepanjang kejohanan berlangsung. Peringkat MSSJ pula akan diadakan di Daiman BOwl JB pada 23-24 februari ini.

Rabu, 3 Februari 2010

Dari Hadith 40


Hadis Kelima
" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "

Isnin, 1 Februari 2010

Cinta Halal dan Cinta Haram?


SEORANG ulama pernah ditanya soalan iaitu, "Apakah cinta itu halal atau haram? Lalu ulama itu menjawab: "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram."

Ia adalah jawapan yang didasari sebuah hadis yang masyhur iaitu, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara-perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya." (Riwayat Muslim no.4178)

Di antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami menyintai isterinya atau isterinya menyintai suaminya dan lelaki yang menyintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang menyintai lelaki yang meminangnya.

Dan di antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki menyintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan. Hal itu boleh membawa kerosakan rumah tangganya dan kadang-kadang ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri.

Perkara itu juga, kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. Kelakuan lelaki itu dikira berdosa. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda, "Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya." (Riwayat Abu Daud no.2177)

Contoh yang lain iaitu, wanita menaruh cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya. Ia sering terkenang dan sibuk memikirkannya. Sehinggakan sanggup berpaling atau tidak mempedulikan suaminya. Kadang-kadang mendorongnya untuk melakukan hal-hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak iaitu berzina dan seumpamanya.

Mungkin juga kalau tak berlaku demikian, ia boleh menggoncangkan hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri. Sikap-sikap sedemikian sebenarnya tiada nilai sama sekali melainkan ia semata-mata mengikut keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu adalah seburuk-buruk yang disembah di muka bumi.

Kesimpulannya, wanita yang sudah bersuami wajib berasa cukup dengan suaminya dan reda kepadanya serta cinta yang sepenuhnya kepada suaminya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada lelaki lain dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat bertiupnya angin fitnah pada dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadam bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan.

Ahad, 31 Januari 2010

Indahnya Hidup Bersyariat


Alangkah indahnya jika hidup sentiasa mengikut syariat. Menerusi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini InsyaAllah akan memandu kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Ditulis daripada bermulanya saat kelahiran hinggalah ke saat kematian.

Panduan yang pastinya berguna untuk diri sendiri, seisi keluarga, masyarakat dan umat Islam sejagat yang merangkumi fardhu ain dan fardhu kifayah. Fahami dan amalkan syariat ketika kelahiran, fardhu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan berzikir, doa dan adab.

Semua ilmu yang dicurahkan di dalam buku ini bersumberkan al-Quran dan hadis-hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk panduan bergambar, rajah, carta dan jadual.

Miliki buku tulisan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen.
Harga RM55.00 sahaja
Untuk pembelian sila emailkan kepada saya abuafif08@gmail.com
(Dalam email sila sertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi)

Sabtu, 30 Januari 2010

Times of the Prayers


Narrated Abu Huraira:

I heard Allah's Apostle saying, "If there was a river at the door of anyone of you and he took a bath in it five times a day would you notice any dirt on him?" They said, "Not a trace of dirt would be left." The Prophet added, "That is the example of the five prayers with which Allah blots out (annuls) evil deeds."

Khamis, 28 Januari 2010

Cadangan Perlaksanaan Peperiksaan Persekolahan Awam Malaysia 2010


UPSR 21,22,23 SEPTEMBER 2010

PMR 5,6,7,11,12 OKTOBER 2010

SPM 22 NOVEMBER 2010 HINGGA 16 DISEMBER 2010

SPM (U) 2 & 23 JUN 2010

STAM (LISAN) 12 HINGGA 23 JULAI 2010

STPM 22 NOVEMBER HINGGA 14 DISEMBER 2010

STPM - UJIAN LISAN BAHASA ARAB 21,22,23,27,28 DAN 29 SEPTEMBER 2010

MUET – UJIAN BERTULIS (PERTENGAHAN TAHUN) 24 APRIL 2010

MUET - UJIAN SPEAKING (PERTENGAHAN TAHUN) 3,4,5,10,11,12 MEI 2010

MUET - UJIAN BERTULIS (AKHIR TAHUN) 13 NOVEMBER 2010

MUET - UJIAN SPEAKING (AKHIR TAHUN) 12,13,14,18,19,20 OKTOBER 2010

STAM (BERTULIS) 18,19,20,26,27 OKTOBER 2010


NOTA :

10 & 11 SEPTEMBER 2010 : HARI RAYA PUASA
16 SEPTEMBER 2010 : HARI MALAYSIA
5 NOVEMBER 2010 : PERAYAAN DEEPAVALI
17 & 18 NOVEMBER 2010 : HARI RAYA AIDILADHA
7 DISEMBER 2010 : AWAL MUHARAM

SUMBER MAKLUMAT :
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KPM
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA.

Rabu, 27 Januari 2010

Hukum Merokok?



Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya.
Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, yaitu:

1. Haram
2. Makruh
3. Boleh
4. Memperincikan hukum

Berikut ini adalah perinciannya:
1. Haram
Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak. Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala:(Al-A’raf:157)

2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala(Al-Nisaa’:29)

3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala:
(Al-Isra’:26)

4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda Rasulullah s.a.w.:"Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.:‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)

6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti jirannya." (HR Bukhari & Muslim)

2. Makruh
Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa alasan, antaranya ialah:
1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi banyak juga.
2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir. Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah lebih baik lagi.
3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya.
4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok.
5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna.
6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak dapat merokok dalam jangka waktu tertentu.

Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhanmerokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti).



3. Boleh
Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia akan bertukar menjadi haram seandainya:

a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram,tetapi sebab al-Quran mengharamkannya.

b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram. Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi,kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan.

c. Diqiyaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia diqiyaskan dengan khamar yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut(memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti arak.

Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum)bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi – adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari maksud `keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu yang besifat nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak
semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya dengan hujah lain yang diketengahkan, yaitu: kebersihan dan pembaziran. Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya.


Komentar :
Mengingat mudharatnya yang sangat jelas, nampaknya pendapat 1 dan 2, lebih hati-hati

Tarjih

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok..
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum makruh.
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan boleh
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum merokok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...