MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA
Jumaat, 26 Mac 2010
Guru Cemerlang....
Berita Harian Bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Ingin Merujuk Kepada Surat Pembaca “GURU KELIRU, Pahang” Dalam Ruangan Surat Kepada Pengarang Akhbar Berita Harian Bertarikh 15 Mac 2010 - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS.
Untuk Makluman, Kerajaan Mewujudkan Jawatan Naik Pangkat Sebagai Guru Cemerlang Adalah Untuk Mengiktiraf Khidmat Guru-guru yang Benar-benar Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Yang Diajar tanpa Perlu Ditukarkan Ke Jawatan Pentadbiran Selari Dengan Usaha Untuk Mermartabatkan Profesion Keguruan. Pengiktirafan Guru-guru Yang Dilantik Sebagai Guru Cemerlang Akan Menjadi role Model, sumber Inspirasi Dan Pakar Rujuk Kepada Guru-guru Lain Untuk Mempertingkatkan Kualiti Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P).
Bermula Tahun 2009, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), KPM telah Diberi Mandat Mentadbir Urus Segala Hal Berkaitan Dengan Penilaian Calon-calon Guru Cemerlang. Tugas Ini Adalah Selaras Dengan Fungsi Kewujudan JNJK Iaitu Sebagai Bahagian Di KPM Yang Berkecuali Dan Bertanggungjawab Bagi Memastikan Taraf Pengajaran Yang Memuaskan Diwujudkan Dan Dikekalkan Di Institusi Pendidikan.
Dalam Melaksanakan Tugas Penilaian Guru Cemerlang, JNJK sentiasa Menegaskan Agar Setiap Pegawai Yang Terlibat Sepanjang Proses Penilaian Melaksanakan Tanggungjawab Secara Beretika, Bersikap Profesional Dan Memberi Keutamaan Kepada Kualiti. Unit Guru Cemerlang Di JNJK Bertanggungjawab Dalam Menyelaras Segala Urusan Yang Berkaitan Dengan Penilaian Calon-calon Guru Cemerlang.
Proses Pemilihan Guru Cemerlang Dibuat Secara Teliti. Setiap Permohonan Yang Dikemukakan Kepada JNJK Akan Melalui Dua Proses Penilaian, Bermula Dengan Saringan Borang Permohonan Yang Dikemukakan Oleh Calon Guru Cemerlang. Setiap Borang Permohonan Yang Diterima Direkod Dan Maklumat Permohonan Dimasukkan Dalam Tapak Pangkalan Data GC 2010. Setiap Borang Permohonan Disemak Oleh Jawatankuasa Penilaian GC Di JNJK Bagi Memastikan Calon-calon Memenuhi Syarat-syarat Umum Dan Syarat-syarat Khusus. Jawatankuasa Penilai Juga Mengambil Kira Prestasi Tahunan Calon (LNPT Bagi 3 Tahun Berturut-turut), Sumbangan Dan Aspirasi Calon Yang Dihuraikan Dalam Bentuk Esei. Hanya Permohonan Yang Melepasi Syarat Dan Skor Markah Yang Ditetapkan Melalui Proses Penilaian Yang Kedua Iaitu Proses Penilaian P&P.
Dua Nazir Sekolah Akan Turun Ke Sekolah Untuk Menilai Proses P&P Yang Dilaksanakan Oleh Pemohon. Selain Itu, Semasa Di Sekolah, Nazir Penilai Juga Akan Menemubual Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Dan Murid-murid Untuk Mengesahkan Kepakaran Pemohon Sebagaimana Yang Dihuraikan Dalam Borang Permohonan. JNJK Melantik Nazir Penilai Yang Mempunyai Kepakaran Yang Sama Dengan Mata Pelajaran Yang Dipohon Calon.
Hanya Calon-calon Yang Melepasi Proses Penilaian Yang Pertama Dan Kedua Akan Dipertimbang Untuk Diperakukan. Senarai Calon Yang Diperakukan Akan Dikemukakan Kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sebelum Dikemukakan Kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di Sinilah berakhirnya Proses Kerja Penilaian Guru Cemerlang Oleh JNJK.
Untuk Melayakkan Seseorang Guru Itu Menjadi GC, Beliau Mestilah Seorang Yang Berdedikasi, Bermotivasi Dalam Melaksanakan Tugas Dan Bertanggungjawab Mereka, Terutamanya Dalam Hal-hal Yang Berkaitan P&P Di Dalam Bilik Darjah. Seorang GC Juga Sewajarnya Memiliki Pengetahuan, Kemahiran Dan Kepakaran Yang Tinggi Dalam Mata Pelajarannya. Beliau Perlu Hebat Dalam Menyampaikan Ilmu Dengan Berkesan Dan Menggerakkan Akal Fikiran Murid Untuk Terus Memperoleh Ilmu Tambahan. Dengan Lain Perkataan, Seorang GC Itu Adalah Seorang Pendidik Yang Luar Biasa, “an extraordinary Educator With A Towering Personality”.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
(Teringat masa En Subhan Nazir Johor datang memantau aku tahun 2008)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan