SELAMAT MELAYARI MYBLOG

MUAT NAIK TERKINI DI BLOG SAYA

Khamis, 20 Mei 2010

Seminar Bina Negara Guru Cemerlang Guru Pendidikan Islam Johor 2010


pada hari semalam iaitu 19 mei telah berlangsungnya Seminar Bina Negara GC GPI yang telah diadakan di Kem Biro Tatanegara di Kem Gunung Pulai. Seminar ini dujalankan sehari bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran. Kami yang datang dari Muar mula bergerak dari Tol Pagoh seawal jam 6.15 pagi. Di antara peserta GC GPI Muar yang telah terlibat ialah aku sendiri, Ustaz Abd Ghani, Ustaz Mujib, Ustaz Aswandi, Ustaz Amran dan Ustaz Azemee. Manakala di kalangan ustazah pula iaitu Ustazah Suhaila, Ustazah Faridah, Ustazah Surianna dan Ustazah Zainura. Kami pergi dengan dua kereta.




Slot pertama telah diisi dengan tajuk "Guru Pembina Negara Bangsa dalam konsep 1Malaysia serta cabaran profesyen perguruan" yang disampaikan oleh Datuk Ibrahim Saad, Pengarah BTN Cawangan Sabah


Slot Kedua pula diisi oleh Pak Lah (Abdullah bin Sulaiman) dari UTHM Batu Pahat dengan tajuk Kelangsungan Politik dan Ancaman Keselamatan Negara.



Dan pada jam 2.30-4.30 petang dan disambung lagi 5.00 - 6.30 petang dengan perbincangan dalam kumpulan mengenai tajuk tertentu dan diakhiri dengan pelan tindakan SWOT. tamat jam 6.30 petang terus balik Muar..pehh..esok nak pi segamat plak untuk Seminar Kajian Tindakan GPI plak...letih nya...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...